14hb Mac 2026, Sabtu
Kelas Melukis Digital app Procreate
Q&K Art Studio
Q&K Ruqaiyah N Maski Resources
(IP0590910-M)
Kelas Fizikal di Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor
Sesi Pagi
10am - 12pm
PDASS 2 jam - Ufair (9), Amna (13)
Sesi Tengahari
12.30pm - 2.30pm
PDASS 2 jam - Zahra (9)
PDASS 1 jam - Rizq (12)
PS: Untuk lihat attachment berbentuk video/ pdf semasa kelas dan/atau hasil animasi/komik/buku cerita peserta,
boleh ke Telegram Channel atau FB kami dan cari tarikh post yang dimahukan. Terima kasih.
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Assalamualaikum wbt kenalan semuanya. Sudah mencapai puasa ke 24 kita hari ini. Apa khabar iman dan ibadah kita? Dapat bina karakter baik yang baru? Atau dapat kekalkan hal yang baik? Dapat kurangkan beberapa hal/ tabiat yang buruk tak? Alhamdulillah apa jua achievement kita, hanya kita tahu kesukarannya. Dan tahniah kerana menjadi better, dan untuk kekal istiqamah juga perkara yang tidak boleh dipandang rendah, kerana ramai yang gagal mengekalkan tabiat baik dalam hidup mereka.
Yang penting, jangan putus asa, jangan berhenti berusaha dan berdoa. Usaha kita penting namun ketahuilah bantuan Allah juga lagi penting untuk perkembangan karakter yang baik kita. InsyaAllah. Buat yang sudah ready2 nak balik kampung, moga selamat dan lancar semua urusan. Buat yang diuji kewangan, kenderaan rosak/ kemalangan, bersabar dan percayakan ketentuan Allah.. Sangka baik dan doa moga Allah fahamkan ujian itu adar kita berlapang dada dan mudah redha.
Jadi di hari sabtu ini kita ada 4 orang peserta hari dan merupakan kelas terakhir fizikal sebelum tibanya raya ini, dan insyaAllah ada beberapa lagi peserta online sebagai penamat bagi bulan ramadhan ini. Didoakan moga semua terus sihat dan berjumpa lagi kita nanti lepas raya, aamin.
Haa.. Jom kita lihat karya hari ini dan jemput berikan like tanda sokongan kalian untuk anak2 yang telah berusaha sebaiknya menghasilkan karya mereka.
TQ semua, selamat malam. InsyaAllah esok pula kita.
🤲🌷🌸❤️👍
.
Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :
www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital
Channel Telegram:
https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate
#kelasprocreatemalaysia
#kelasmelukisdigital
#melukisdiipad
#procreateclass
#digitaldrawingclass
#qnkartstudio
#supportlocal
No comments:
Post a Comment