13hb Mac 2026, jumaat
Kelas Melukis Digital app Procreate
Q&K Art Studio
Q&K Ruqaiyah N Maski Resources
(IP0590910-M)
Kelas Fizikal di Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor
Sesi Pagi (sesi 1 to 1)
9am - 12.30pm
A : Basic App Procreate + B1 : Basic Draw (character & background)
Haneef (14)
dari Kluang, Johor
Kelas Online dari Cyberjaya
Sesi Malam
8.30pm - 9.30pm
PDASS 1 jam
Fatima (9)
dari Cheras, Kuala Lumpur
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Assalamualaikum wbt
Salam jumaat buat semua sahabat handai. Kisah kita di KMDP hari ini ada peserta baru yang baru sahaja mencuba lukisan secara digital di ipad, berasal dari Johor, tetapi belajar di Pahang. Selamat datang ya ke KMDP dan cikgu sangat berharap pertemuan pertama ini memberi makna dan manfaat buat adik Haneef.
Tak dilupa seorang peserta online kita, adik Fatima dengan kelas latihan bulanannya. Baiklah tanpa celoteh panjang, jemput baca feedback cikgu buat mereka.
——
Alhamdulillah di kelas pertama adik Haneef dapat selesaikan tugasan yang diberi cikgu dengan baik sekali. Adik Haneef juga faham dengan beberapa fungsi asas procreate ini.
Cikgu faham agak struggle sikit mahu melukis tadi kerana perlu biasakan diri dgn teknik2 melukis di ipad dgn lebih kerap.
Di rumah nanti adik Haneef boleh cari gambar yg sesuai & mudah di trace di google ya. Mesti biasakan & selalu guna app ini agar tidak lupa dgn basic yg telah dipelajarinya tadi.
.
Pada kelas ke-2 pula cikgu sangat suka melihat perkembangan & kreativiti yang adik Haneef tunjukkan sepanjang kelas tadi. Adik Haneef sangat bijak membuat karakter yang disukai dengan menggunakan teknik ‘Basic T’.
Cikgu juga ajarkan teknik melukis background dengan kaedah silhouette. Berjumpa pula di kelas seterusnya untuk sama2 mempelajari asas membuat komik & animasi di procreate. Jumpa lagi nantiππ€²π
——
Alhamdulillah sesi malam ini sepatutnya kami bersama-sama melukis task komik siri strip, namun memandangkan tidak lama lagi nak raya jadi cikgu beri task melukis lukisan bertemakan raya.
Melalui task ini cikgu mahu adik Fatima gambarkan suasana raya melalui lukisannya. Alhamdulillah hasil artwork adik Fatima memuaskan, lukisan juga kelihatan comel & sesuai dgn tema raya ini. Terbaik buat adik Fatima yaππ€²ππ₯³
.
Baik, seringkasnya kita malam ini. Jom sambung kita berzikir fatimah
Subhanallah Alhamdulillah Lailahailallah Allahuakhbar
Plus, ada ustaz cakap sebelum nak masuk tidur tu, kita amal istighfar yang panjang tu, baca 3x kali, insyaAllah dengan rahmat dan kasih sayangNya, dosa kita walau sebanyak buih dilautan akan dihapuskan aamin.
Macamana? Astaghfirullah hal azim, alladzi laa ila ha illa, huwal hayyul qayyum wa atu bu ilaih..
senangkan? Jom amal!
Reshare : Projek e-majalah kita still on ya, its ok hantar lambat, janji kalian tepati tarikh submit yg kalian targetkan. Mudah mudahan usaha kecil ini menjadi permulaan untuk suatu yg besar dan bermakna aamin. Buat yang telah mendaftar, terima kasih banyak sudi memberi kepercayaan kepada kami. Didoakan kita semua sama-sama diberikan kesihatan yang baik selalu dan dicukupkan segala keperluan serta dimakbulkan doa-doa aamin aamin.
Selamat malam guys. Assalamualaikum wbt
π€²π·πΈ❤️π
.
Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :
www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital
Channel Telegram:
https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate
#kelasprocreatemalaysia
#kelasmelukisdigital
#melukisdiipad
#procreateclass
#digitaldrawingclass
#qnkartstudio
#supportlocal
No comments:
Post a Comment