Mari kenali kami

Tuesday, March 31, 2026

Blog 31hb Mac 2026 (Selasa)

31hb Mac 2026, Selasa

Kelas Melukis Digital app Procreate

Q&K Art Studio

Q&K Ruqaiyah N Maski Resources

(IP0590910-M)


Kelas Online dari Cyberjaya


Sesi Petang

2.30pm - 4.30pm

Personal Coaching : Buku Cerita Digital

Nadia (16)

dari Kajang, Selangor







PS: Untuk lihat attachment berbentuk video/ pdf semasa kelas dan/atau hasil animasi/komik/buku cerita peserta, 

boleh ke Telegram Channel atau FB kami dan cari tarikh post yang dimahukan. Terima kasih.




Sesi Petang

5.30pm - 6.30pm

Personal Coaching : Buku Cerita Digital

Rayyan (15) *tak dapat hadir

dari Alor Gajah, Melaka


Sesi Malam

8pm - 9.30pm

A : Basic App Procreate 

Meor (13)

dari Shah Alam, Selangor








Bismillah Ar Rahman Ar Rahim


Salam selasa semua. Didoakan sentiasa dalam kemudahan dan lancar segala urusan demi meneruskan hidup serta mengumpul amal ibadah di dunia sementara ini. Aamin. Moga Allah bantu dan bimbing kita untuk terus kuat jalaninya.


Hari ini, dalam jadual kita bersama 3 peserta online dari Kajang, Shah Alam dan Alor Gajah, Melaka. Namun seorang tidak dapat hadir oleh kerana ada hal tidak boleh dielakkan. No worries, moga semuanya baik baik aja ya aamin. Oh ya, nak ucapkan selamat datang buat peserta baru kita iaitu adik MeorπŸŽ‰ Terima kasih kerana sudi menyertai kelas kami ini. Tidak dilupa adik Nadia yang kreatif, tahniah kerana berjaya menyiapkan projek personalnya bagi sesi Personal Coaching: Buku Cerita Digital. Apa lagi? Jom kita baca apa kata cikgu dan lihat progress mereka.


——


Alhamdulillah hari ini adik Nadia telah siapkan buku cerita digital yg amatlah menarik.


Adik Nadia mempunyai kelebihan dari segi warna yg menarik & mampu hasilkan karakter-karakter yg mempunyai keunikkan tersendiri. Dan yang paling penting adik Nadia juga boleh hasilkan lukisan mengikut kebolehannya sendiri.


Hasil artwork hari ini sgt awesome & cikgu amat bangga sekali. Memang ada beberapa teknik yg masih lagi memerlukan latihan, namun apa yg dapat dicapai hari ini sgt memuaskan.

Terbaik buat adik Nadia yaπŸ˜‰πŸ‘πŸ»πŸŽ‰✨🀩


Ada rezeki kita akan berjumpa lagi😊


—-

Alhamdulillah adik Meor dapat selesaikan tugasan yang diberi cikgu. Adik Meor juga dapat gunakan tools procreate dengan sgt baik.


Cikgu faham agak struggle sikit mahu melukis tadi kerana perlu biasakan diri dgn teknik2 melukis di ipad dgn lebih kerap. Cikgu kagum adik Meor sgt fokus dalam menjaga garisan/outline agar menjadi lebih kemas & teratur.


Cadangan cikgu boleh repeat kelas basic ini lagi ya. Sebab cikgu mahu adik Meor cuba warna & ada shadow sekali pada lukisan. Terbaik buat adik Meor hari ini yaπŸ˜‰πŸ€©πŸ€²πŸ‘


—-


Astaghfirullahal azim, alla dzi laila ha illa, huwal hayyul qayyum wa atu bu ilaih..


Jom amalkan setiap malam kita, beristighfar dan amal sunnah sebelum tidur. Ambil wuduk, Al Mulk, 3 kul, istighfar, zikir fatimah, dan tiup seluruh badan. Assalamualaikum wbt salam syawal ke 11.


πŸ€²πŸ˜πŸŒ·πŸ‘

.


Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :

www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital


Channel Telegram: 

https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate


#kelasprocreatemalaysia

#kelasmelukisdigital

#melukisdiipad

#procreateclass 

#digitaldrawingclass

#qnkartstudio

#supportlocal 

Monday, March 30, 2026

Blog 30hb Mac 2026 (isnin)

30hb Mac 2026, isnin

Kelas Melukis Digital app Procreate

Q&K Art Studio

Q&K Ruqaiyah N Maski Resources

(IP0590910-M)


Kelas Online dari Cyberjaya


Sesi Malam

8pm - 10pm

C1 : Advance Draw

Aufa Annisa (9)

dari Kuantan, Pahang









Assalamualaikum wbt


Hari raya keberapa dah ya hari ni? Oh 10 dah! Alhamdulillah masih sihat, masih Allah pinjamkan nyawa, masih Allah beri kita bernafas, berdiri, buat apa saja, makan apa saja yang kita boleh dapat walaupun kita masih lagi orang-orang yang kurang sana sini, dalam membaiki diri.

Mari ambil masa istighfar atas dosa serta ucap alhamdulillah atas nikmat rezeki yang tidak berhenti melimpah pada kita. Hari ini di KMDP kita ada seorang peserta online, memasuki topik ke 4 iaitu Advance pertama berfokuskan karakter. Jom kita baca komentar cikgu ya.


——

Hari ini adalah kelas advance pertama adik Aufa dalam topik karakter. Alhamdulillah hari ini banyak teknik2 yg diajarkan pada adik Aufa untuk perkemaskan lagi teknik melukis karakter.


Cikgu memberikan tema utk melukis karakter ini & adik Aufa telah memilih tema watak budak sekolah. Karakter yg dilukisnya bagus hanya perlu selalu guna tools yg akan memudahkan proses mencipta karakter. 


Idea adik Aufa juga kreatif & cikgu bantu untuk tune bagi kemas lagi agar karakter yg dihasilkan lebih firm & solid. InsyaAllah kelas akan dtg kita akan siapkan pose ke-2 karakter, ekspresi wajah & poster karakter ya. Terbaik buat adik Aufa hari iniπŸ€©πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸŽ‰✨


——



Itu sahaja guys. Esok pula insyaAllah kita. Selamat meneruskan hidup, moga Allah terima segala usaha baik kita dengan penuh kasih sayangNya aamin. Assalamualaikum wbt.


🀲🌷🌸❤️πŸ‘

.


Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :

www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital


Channel Telegram: 

https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate


#kelasprocreatemalaysia

#kelasmelukisdigital

#melukisdiipad

#procreateclass 

#digitaldrawingclass

#qnkartstudio

#supportlocal

Sunday, March 29, 2026

Blog 29hb Mac 2026 (Ahad)

29hb Mac 2026, Ahad

Kelas Melukis Digital app Procreate

Q&K Art Studio

Q&K Ruqaiyah N Maski Resources

(IP0590910-M)


Kelas Fizikal di Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor


Sesi Pagi 

10am - 12pm

PDASS 2 jam - Alamkhir (16), Amelyz (12), Aya Zasya (10), Harriz (13) * tak dapat hadir









PS: Untuk lihat attachment berbentuk video/ pdf semasa kelas dan/atau hasil animasi/komik/buku cerita peserta, 

boleh ke Telegram Channel atau FB kami dan cari tarikh post yang dimahukan. Terima kasih.




Kelas Online dari Cyberjaya


Sesi Malam

8pm - 10pm

PDASS 2 jam

Arianna (9)

dari Taiping, Perak











 

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim


Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah raya ke 9 sudah kita. Syukur dapat jalani bulan puasa tahun ini ya guys? Bagaimana, Ok ya semua? Masih kuat semangat meneruskan kebaikan yang baru dibina? Hehe, moga Allah permudahkan usaha dan niat kita utk menjadi manusia yang versi lebih better.


Hari ini jadual kita ada peserta seramai 5 orang dan seorang sahaja tidak dapat hadir. Tanpa buang masa, cikgu boleh share feedbacknya di sini ya. Moh baca.


Memandangkan kita masih berada pada mood beraya lagi, cikgu berikan tema melukis komik raya. Cikgu mahu adik Alam & Amelyz menghasilkan jalan cerita yang berkaitan dengan diri mereka.


Dalam komik kita boleh explore, exaggerate & tune cerita yg cuba dihasilkan agar menjadi lebih impak & menarik. 


Menerusi karya dari adik Alam & Amelyz cikgu sgt hargai usaha mereka untuk hasilkan satu cerita yg padu & ringkas. Semoga latihan hari ini memberi semangat pada mereka untuk terus berkarya ya.


Terbaik buat adik Alam & Amelyz hari iniπŸ‘πŸŽ‰πŸ€²✨πŸ₯³


Hari ini adik Aya sangat bersemangat mahu menerima task baru dari cikgu. Cikgu berikan task animasi hari ini berkenaan tentang simple movement iaitu cara karakter melompat.


Adik Aya memilih karakternya yg mahu dilukisnya kemudian mula menghasilkan animasi. Alhamdulillah movement animasi adik Aya sgt smooth & cikgu suka ciri-ciri detail yg diletakkan pada background animasi.


Terbaik buat adik Aya hari ini yaπŸ₯³πŸ€²✨πŸ€©πŸŽ‰


Alhamdulillah malam ini adik Arianna bersama-sama cikgu menyambung semula task melukis poster bertemakan raya ini.


Adik Arianna dapat hasilkan lukisan watak yg amat kemas & memuaskan, begitu juga dgn lukisan latar belakang yang ada elemen2 alam & haiwan menerusi idea adik Arianna sendiri.


Terbaik buat adik Arianna ya✨🀲🀩πŸ₯³πŸŽ‰



Baiklah, juga jom refresh tentang projek e-majalah kita. Buat yang baru dan yang mahu refresh balik tentangnya meh saya kongsi semula ya.


.

RESHARE


Jadi kami di Q&K Art Studio merancangkan sebuah e-majalah (komik dan lukisan) secara bulanan.

(utk sebuah majalah - kita sediakan bayaran penyemangat ya! Moga akan datang kita boleh kongsi rezeki lebih lagi, doakan ya!)


Kategori Komik Strip - 

(cerita sempoi dalam 1 muka dalam 4 kotak/ 8 kotak)

hitam putih (upah rm2)/ berwarna (upah rm4) (1 page)

total 4 slot


2 slot : hitam putih

2 slot : berwarna

——————


Kategori Komik Bersiri - 9 page termasuk cover
(Hasilkan komik yang bersambungan di majalah berikutnya sehingga cerita selesai)

total 10 slot


8 slot : + hitam putih (upah rm2x9=rm18) 

2 slot : + bewarna (upah rm4x9=rm32)

——————


Kategori Komik One-shot - berwarna (4 page x rm4 = rm16)
(Komik yang diceritakan dan tamat terus dalam 4 muka surat shj)

total 2 slot : berwarna shj

——————


Kategori Ilustrasi Berwarna A4 (poster 1 page rm5)
(lukisan ilustrasi yang pelbagai untuk kalian ekspressi diri - boleh jadi ala poster, atau ala cover buku dll untuk tatapan dan difikirkan)

total 10 entri : berwarna

——————


Kategori Buku Cerita - berwarna (8 page x rm3 = rm24)
(Lapan muka surat cerita yang terus tamat dilukis secara ilustrasi penuh dengan teks yang ringkas)

total 2 Slot : berwarna

MAKLUMAN
*Bayaran akan direlease selepas majalah kita publish untuk bacaan umum okeh. Boleh ya.


Kita kumpul bahan utk 3 buah majalah dulu, kemudian baru publish. πŸ‘ Limit 1 orang sertai 1 kategori. Orang yang sama boleh sertai kategori lain dalam edisi majalah sama. Contoh pilih Kategori ilustrasi Berwarna A4, hanya 1 entri. Kemudian hantar entri Komik Strip (berwarna) 1 utk 1 majalah, diperbolehkan. Boleh terus wasap Cikgu Qay untuk pertanyaan lanjut ya.


Mudah mudahan ini adalah platform selamat dan terbaik untuk anak-anak mahupun dewasa yg  ingin kembangkan ilmu dan berkarya seiring redha Ilahi. Tak semestinya cerita pasal dakwah, banyak story2 yang kreatif kita boleh hasilkan tanpa perlu melanggar apa yang Allah telah hadkan kita hamba-hambaNya. All the best semua!


Itu sahaja seringkasnya kali ini. Selamat pagi selamat petang selamat malam semua Assalamualaikum wbt.


🀲🌷🌸❤️πŸ‘

.


Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :

www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital


Channel Telegram: 

https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate


#kelasprocreatemalaysia

#kelasmelukisdigital

#melukisdiipad

#procreateclass 

#digitaldrawingclass

#qnkartstudio

#supportlocal

Blog 01hb Jun 2026 (isnin)

01hb Jun 2026, isnin Kelas Melukis Digital app Procreate Q&K Art Studio Q&K Ruqaiyah N Maski Resources (IP0590910-M) Kelas Onl...