01hb Jun 2026, isnin
Kelas Melukis Digital app Procreate
Q&K Art Studio
Q&K Ruqaiyah N Maski Resources
(IP0590910-M)
Kelas Online dari Cyberjaya
Sesi Pagi
9am - 11am
B2 : Basic Production (comic & animation)
Saleha Raessa (11)
dari Kuala Lumpur
Sesi Petang
2.30pm - 3.30pm
PDASS 1 jam
Aufa Annisa’ (9)
dari Kuantan, Pahang
Sesi Malam
8pm - 10pm
C2 : Advance Production
Amira (16)
dari Kedah
Assalamualaikum wbt
Salam isnin semua. Moga diberikan kesihatan yang baik ya semua aamin aamin. Hari ini kita bermula dengan 3 peserta online di hari cuti sekolah. Selamat Hari Raya ya semua.
Sesi kali ini merupakan yang pertama buat Adik Amira untuk belajar secara online, sebelum ini beliau hadir sesi fizikal untuk 4 kelas pertama. Hari ini selesai sudah kelas 5 foundationnya. Tahniah ya. Mudah mudahan apa yang cikgu telah kongsikan memberi manfaat ya. Moga dapat berjumpa lagi, dapatlah cikgu lihat perkembangan adik Amira nanti.
Jom tanpa buang masa, kita baca apa feedback cikgu buat peserta hari ini.
——
Alhamdulillah hari ini telah masuk kelas topik asas melukis komik & animasi. Komik yg diajarkan oleh cikgu adalah berkenaan dgn komik strip yg tiada dialog. Agak mencabar nk lukis komik seperti ini kerana tiada dialog & hanya bergantung pada lukisan utk menyampaikan cerita. Syukur adik Saleha mempunyai idea yg sgt baik & mudah difahami.
Seterusnya cikgu juga ajarkan topik asas motion animasi. Dan kesemua artwork pd malam ini semuanya kemas & sgt memuaskan. Untuk sesi kelas advance pula, adik Saleha boleh memilih salah satu topik utk belajar dgn lebih mendalam lagi ya. Boleh pilih sama ada mahu belajar karakter, background, komik atau animasi. Terbaik buat adik Saleha hari iniπππ»ππ€©✨π€² jumpa lagi nantiπ
——
Alhamdulillah hari ini adik Aufa berjaya siapkan task poster storytelling ini.
Selepas menyiapkan warna, teks pula dimasukkan bagi melengkapkan poster yang ringkas & mudah difahami. Hasil artwork sgt memuaskan & cikgu suka dgn sentuhan naive yg ada pada lukisan karakter & warna adik Aufa.
Terbaik buat adik Aufa hari iniπ✨πππ₯³
Jumpa lagi nanti.
——
Syukur alhamdulillah, berakhir sudah sesi pembelajaran full course bersama cikgu tadi. Seperti biasa, setiap task adik Amira akan buat yg terbaik & adik Amira sgt kreatif dalam menghasilkan setiap karya. Cikgu amat kagum kerana setiap kelas adik Amira sgt fokus & dapat hasil artwork yg mempunyai tahap kekemasan yg baik.
Untuk task komik tadi, kami bersama-sama mula tracing selepas sketch sudah pun siap. Selepas itu adik Amira mula warna & memasukkan teks. Ini adalah proses/teknik secara profesional bagaimana sesebuah page komik itu dihasilkan.
Jangan lupa sentiasa praktis di rumah ya. Boleh recap balik topik2 yg sudah kita belajar bersama seperti komik, karakter & animasi.
Terbaik adik Amira yaπ✨πππππ terima kasih kerana belajar bersama-sama cikguπ€©
——
Alhamdulillah itu sahaja untuk hari ini. Selasa pula insyaAllah kita kongsi lagi. Janji Allah buat mereka yang usaha buat baik itu pasti tidak disia-siakan. Segalanya dicatat walau sekecilnya. Moga banyak pahala terkumpul buat bekalan di sana, aamin. Assalamualaikum wbt.
π€²π·πΈ❤️π
.
Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :
www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital
Channel Telegram:
https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate
#kelasprocreatemalaysia
#kelasmelukisdigital
#melukisdiipad
#procreateclass
#digitaldrawingclass
#qnkartstudio
#supportlocal