26hb Mei 2026, Selasa
Kelas Melukis Digital app Procreate
Q&K Art Studio
Q&K Ruqaiyah N Maski Resources
(IP0590910-M)
Kelas Online dari Cyberjaya
Sesi Pagi
9am - 10.30am
A : Basic App Procreate
Aisyah Humaira (13)
dari Perak
10.45am - 12.45pm
B1 : Basic Draw (character & background)
A : Basic App Procreate
Rifqi (12)
dari Alor Gajah, Melaka
Sesi Petang
2pm - 3pm
Personal Coaching : Komik
Rayyan (15)
dari Alor Gajah, Melaka
Sesi Malam
8pm - 10pm
B1 : Basic Draw (character & background)
Saleha Raessa (11)
dari Kuala Lumpur
PS: Untuk lihat attachment berbentuk video/ pdf semasa kelas dan/atau hasil animasi/komik/buku cerita peserta,
boleh ke Telegram Channel atau FB kami dan cari tarikh post yang dimahukan. Terima kasih.
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Salam Selasa dan selamat menyambut Hari Raya Korban. Kita menerima seorang lagi peserta baru dari Perak pula, Salam kenal dan selamat datang ke KMDP ya adik Aisyah. Didoakan kelas pertama ini memberi manfaat dan keseronokan buat adik ya. Alhamdulilllah seramai 4 peserta hari ini. Syukur semua dipermudahkan.
Tanpa menulis panjang, jom kita baca feedback cikgu ya.
——
Alhamdulillah adik Aisyah dapat selesaikan tugasan yang diberi cikgu dengan baik sekali. Adik Aisyah juga faham dengan fungsi asas procreate ini dan dapat membuat lukisan tanpa sebarang masalah.
Hasil lukisan amat kemas & mempunyai pilihan warna yg baik. Outline/stroke sgt firm & confident.
Terbaik buat adik Aisyah😊🎉👍🥳🤩semoga berjumpa pula dikelas selanjutnya ya😉
——
Alhamdulillah hari ini adik Rifqi mempelajari pula topik ke-2 iaitu karakter & background.
Di permulaan task adik Rifqi belajar cara melukis watak dgn menggunakan bentuk2 asas & teknik basic T. Kemudian kami bersama-sama pula hasilkan lukisan background menggunakan teknik silhouette.
Alhamdulillah hasil karakter & background yg dilukis adik Rifqi memuaskan. Nanti boleh berlatih lagi ya sebelum sesi kita yg seterusnya.
Terbaik buat adik Rifqi hari ini🤩👍🥳🎉🤲
——
Hari ini adik Rayyan dapat selesaikan page ke-2 komiknya. Untuk kali ini cikgu memuji kekemasan setiap color pada panel komik yg dihasilkan adik Rayyan.
Cikgu ok sahaja dgn idea kreatif dari adik Rayyan asalkan ianya jelas & mudah difahami. Tadi kami juga mula sketch pada ke-3 komik & sudah mula masuk pada peringkat tracing.
InsyaAllah berjumpa pula nanti ya. Terbaik buat adik Rayyan🎉👍🥳🤲✨
—-
Cikgu sangat suka melihat perkembangan & kreativiti yang adik Saleha tunjukkan sepanjang kelas tadi.
Adik Saleha sangat bijak membuat karakter yang disukai dengan menggunakan teknik ‘Basic T’. Cikgu juga ajarkan teknik melukis background dgn kaedah silhouette.
Hasil artwork dari adik Saleha sgt memuaskan & cikgu suka dgn style lukisan adik Saleha ini.
Berjumpa pula dikelas seterusnya untuk sama2 mempelajari asas membuat komik & animasi di procreate. Jumpa lagi nanti😊🤲👍
—-
Allahumma solli ala saidina Muhammad. wa ala alihi wasohbihi wa barik wa salim
Selamat bercuti semua. Moga Allah terima ibadah kita dan usaha kita demi kebahagiaan dunia dan akhirat kita aamin. Assalamualaikum dan selamat malam!
🤲😍🌷👍
.
Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :
www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital
Channel Telegram:
https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate
#kelasprocreatemalaysia
#kelasmelukisdigital
#melukisdiipad
#procreateclass
#digitaldrawingclass
#qnkartstudio
#supportlocal
No comments:
Post a Comment