29hb Mac 2026, Ahad
Kelas Melukis Digital app Procreate
Q&K Art Studio
Q&K Ruqaiyah N Maski Resources
(IP0590910-M)
Kelas Fizikal di Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor
Sesi Pagi
10am - 12pm
PDASS 2 jam - Alamkhir (16), Amelyz (12), Aya Zasya (10), Harriz (13) * tak dapat hadir
PS: Untuk lihat attachment berbentuk video/ pdf semasa kelas dan/atau hasil animasi/komik/buku cerita peserta,
boleh ke Telegram Channel atau FB kami dan cari tarikh post yang dimahukan. Terima kasih.
Kelas Online dari Cyberjaya
Sesi Malam
8pm - 10pm
PDASS 2 jam
Arianna (9)
dari Taiping, Perak
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah raya ke 9 sudah kita. Syukur dapat jalani bulan puasa tahun ini ya guys? Bagaimana, Ok ya semua? Masih kuat semangat meneruskan kebaikan yang baru dibina? Hehe, moga Allah permudahkan usaha dan niat kita utk menjadi manusia yang versi lebih better.
Hari ini jadual kita ada peserta seramai 5 orang dan seorang sahaja tidak dapat hadir. Tanpa buang masa, cikgu boleh share feedbacknya di sini ya. Moh baca.
—
Memandangkan kita masih berada pada mood beraya lagi, cikgu berikan tema melukis komik raya. Cikgu mahu adik Alam & Amelyz menghasilkan jalan cerita yang berkaitan dengan diri mereka.
Dalam komik kita boleh explore, exaggerate & tune cerita yg cuba dihasilkan agar menjadi lebih impak & menarik.
Menerusi karya dari adik Alam & Amelyz cikgu sgt hargai usaha mereka untuk hasilkan satu cerita yg padu & ringkas. Semoga latihan hari ini memberi semangat pada mereka untuk terus berkarya ya.
Terbaik buat adik Alam & Amelyz hari iniπππ€²✨π₯³
—
Hari ini adik Aya sangat bersemangat mahu menerima task baru dari cikgu. Cikgu berikan task animasi hari ini berkenaan tentang simple movement iaitu cara karakter melompat.
Adik Aya memilih karakternya yg mahu dilukisnya kemudian mula menghasilkan animasi. Alhamdulillah movement animasi adik Aya sgt smooth & cikgu suka ciri-ciri detail yg diletakkan pada background animasi.
Terbaik buat adik Aya hari ini yaπ₯³π€²✨π€©π
—
Alhamdulillah malam ini adik Arianna bersama-sama cikgu menyambung semula task melukis poster bertemakan raya ini.
Adik Arianna dapat hasilkan lukisan watak yg amat kemas & memuaskan, begitu juga dgn lukisan latar belakang yang ada elemen2 alam & haiwan menerusi idea adik Arianna sendiri.
Terbaik buat adik Arianna ya✨π€²π€©π₯³π
—
Baiklah, juga jom refresh tentang projek e-majalah kita. Buat yang baru dan yang mahu refresh balik tentangnya meh saya kongsi semula ya.
.
RESHARE
Jadi kami di Q&K Art Studio merancangkan sebuah e-majalah (komik dan lukisan) secara bulanan.
(utk sebuah majalah - kita sediakan bayaran penyemangat ya! Moga akan datang kita boleh kongsi rezeki lebih lagi, doakan ya!)
Kategori Komik Strip -
(cerita sempoi dalam 1 muka dalam 4 kotak/ 8 kotak)
hitam putih (upah rm2)/ berwarna (upah rm4) (1 page)
total 4 slot
2 slot : hitam putih
2 slot : berwarna
——————
Kategori Komik Bersiri - 9 page termasuk cover
(Hasilkan komik yang bersambungan di majalah berikutnya sehingga cerita selesai)
total 10 slot
8 slot : + hitam putih (upah rm2x9=rm18)
2 slot : + bewarna (upah rm4x9=rm32)
——————
Kategori Komik One-shot - berwarna (4 page x rm4 = rm16)
(Komik yang diceritakan dan tamat terus dalam 4 muka surat shj)
total 2 slot : berwarna shj
——————
Kategori Ilustrasi Berwarna A4 (poster 1 page rm5)
(lukisan ilustrasi yang pelbagai untuk kalian ekspressi diri - boleh jadi ala poster, atau ala cover buku dll untuk tatapan dan difikirkan)
total 10 entri : berwarna
——————
Kategori Buku Cerita - berwarna (8 page x rm3 = rm24)
(Lapan muka surat cerita yang terus tamat dilukis secara ilustrasi penuh dengan teks yang ringkas)
total 2 Slot : berwarna
MAKLUMAN
*Bayaran akan direlease selepas majalah kita publish untuk bacaan umum okeh. Boleh ya.
Kita kumpul bahan utk 3 buah majalah dulu, kemudian baru publish. π Limit 1 orang sertai 1 kategori. Orang yang sama boleh sertai kategori lain dalam edisi majalah sama. Contoh pilih Kategori ilustrasi Berwarna A4, hanya 1 entri. Kemudian hantar entri Komik Strip (berwarna) 1 utk 1 majalah, diperbolehkan. Boleh terus wasap Cikgu Qay untuk pertanyaan lanjut ya.
Mudah mudahan ini adalah platform selamat dan terbaik untuk anak-anak mahupun dewasa yg ingin kembangkan ilmu dan berkarya seiring redha Ilahi. Tak semestinya cerita pasal dakwah, banyak story2 yang kreatif kita boleh hasilkan tanpa perlu melanggar apa yang Allah telah hadkan kita hamba-hambaNya. All the best semua!
Itu sahaja seringkasnya kali ini. Selamat pagi selamat petang selamat malam semua Assalamualaikum wbt.
π€²π·πΈ❤️π
.
Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :
www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital
Channel Telegram:
https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate
#kelasprocreatemalaysia
#kelasmelukisdigital
#melukisdiipad
#procreateclass
#digitaldrawingclass
#qnkartstudio
#supportlocal
No comments:
Post a Comment