Mari kenali kami

Friday, March 27, 2026

Blog 27hb mac 2026 (jumaat)

27hb Mac 2026, jumaat

Kelas Melukis Digital app Procreate

Q&K Art Studio

Q&K Ruqaiyah N Maski Resources

(IP0590910-M)


Kelas Online dari Cyberjaya


Sesi Pagi 

9am - 11am

B2 : Basic Production (comic & animation)

Aufa Annisa (9)

dari Kuantan, Pahang







PS: Untuk lihat attachment berbentuk video/ pdf semasa kelas dan/atau hasil animasi/komik/buku cerita peserta, 

boleh ke Telegram Channel atau FB kami dan cari tarikh post yang dimahukan. Terima kasih.




Sesi Malam

8.30pm - 9.30pm

PDASS 1 jam 

Fatima (9)

dari Cheras, Kuala Lumpur








Bismillah Ar Rahman Ar Rahim


Assalamualaikum wbt 


MasyaAllah, kelas pertama selepas cuti berhari raya. Selamat Hari Raya semua ya. Dihari jumaat yang mulia ini, kita di KMDP ada peserta online seramai 2 orang. Adik Aufa menyambung kelas ke3 topik 5 Foundationnya secara atas talian setelah mengikuti kelas fizikal hujung bulan feb lalu.


Tidak dilupa seorang peserta online cilik kita, adik Fatima dengan semangat dan konsisten hadiri kelas latihan bulanannya. Baiklah tanpa celoteh panjang, jemput baca feedback cikgu buat mereka.


——


Alhamdulillah hari ini telah masuk kelas topik asas melukis komik & animasi. Komik yg diajarkan oleh cikgu adalah berkenaan dgn komik strip yg tiada dialog. Agak mencabar nk lukis komik seperti ini kerana tiada dialog & hanya bergantung pada lukisan utk menyampaikan cerita. Syukur adik Aufa mempunyai idea yg sgt baik & mudah difahami. 


Seterusnya cikgu juga ajarkan topik asas motion animasi. Dan kesemua artwork pd hari ini semuanya kemas & sgt memuaskan. Untuk sesi kelas advance pula, adik Aufa boleh memilih salah satu topik utk belajar dgn lebih mendalam lagi ya. Boleh pilih sama ada mahu belajar karakter, background, komik atau animasi. Terbaik buat adik  Aufa hari iniπŸŽ‰πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸ€©✨🀲 jumpa lagi nanti😁

——


Hari ini kami rehat sebentar dari projek komik strip, cikgu berikan task berkenaan tema komik raya pula pada adik Fatima.


Untuk lebih menarik, cikgu minta adik Fatima masuk elemen/perkara yg menarik berkenaan pengalaman raya sendiri. Ini secara tak langsung dapat jadikan pengalaman sendiri sebagai idea komik.


Tadi adik Fatima hampir selesaikan task komiknya & boleh siapkannya dengan meletakkan shadow & seterusnya teks pada komik. Hasil artwork adik Fatima hari ini pun memuaskan & nampak sgt terperinci stroke lukisannya.


Terbaik buat adik FatimaπŸ₯³✨πŸ€©πŸŽ‰πŸŽ‰



.

Baik, seringkasnya kita malam ini. Mood beraya masih on. huhu

Sesambil itu jom sambung kita berzikir fatimah

Subhanallah Alhamdulillah Lailahailallah Allahuakhbar


Reshare : Projek e-majalah kita still on ya, its ok hantar lambat, janji kalian tepati tarikh submit yg kalian targetkan. Mudah mudahan usaha kecil ini menjadi permulaan untuk suatu yg besar dan bermakna aamin. Buat yang telah mendaftar, terima kasih banyak sudi memberi kepercayaan kepada kami. Didoakan kita semua sama-sama diberikan kesihatan yang baik selalu dan dicukupkan segala keperluan serta dimakbulkan doa-doa aamin aamin. 


Selamat malam guys. Assalamualaikum wbt


🀲🌷🌸❤️πŸ‘

.


Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay : www.wasap.my/60199368133/kelasmelukisdigitalprocreate


Channel Telegram: 

Jemput Search ‘Kelas Melukis Digital app Procreate’ di telegram ok.

TQ sudi follow. Kalian memang the best lah. 


Blogspot kami juga ya : http://kelasmelukisdigitalprocreate.blogspot.com utk lihat kompilasi testimoni yg ada dll ya. Terima kasih


#kelasprocreatemalaysia

#kelasmelukisdigital

#melukisdiipad

#procreateclass 

#digitaldrawingclass

#qnkartstudio

#supportlocal

No comments:

Post a Comment

Blog 01hb Jun 2026 (isnin)

01hb Jun 2026, isnin Kelas Melukis Digital app Procreate Q&K Art Studio Q&K Ruqaiyah N Maski Resources (IP0590910-M) Kelas Onl...