Mari kenali kami

Sunday, March 15, 2026

Blog 15hb Mac 2026 (Ahad)

15hb Mac 2026, Ahad

Kelas Melukis Digital app Procreate

Q&K Art Studio

Q&K Ruqaiyah N Maski Resources

(IP0590910-M)


Kelas Online dari Cyberjaya


Sesi Malam

8.30pm - 10.30pm

PDASS 2 jam

Arianna (9)

dari Taiping, Perak

 

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim


Assalamualaikum wbt


Sudah Ramadhan ke 25 kita. Ok ya semua? Masih kuat semangat meneruskan kebaikan yang baru dibina? Hehe, moga Allah permudahkan usaha dan niat kita utk menjadi manusia yang versi lebih better.


Hari ini jadual kita ada peserta seorang sahaja. Jadi cikgu boleh share feedbacknya di sini ya. Moh baca.


Alhamdulillah malam ini adik Arianna mendapat task baru iaitu melukis lukisan bertemakan raya.


Kami bersama-sama cuba hasilkan poster & adik Arianna memberi idea pada lukisan posternya kali ini. Walaupun lukisan kali ini agak mencabar kerana melibatkan lukisan motor & karakter, adik Arianna dapat hasilkan sketch yg sgt kemas & baik.


Untuk sesi akan datang kita akan bersama-sama cuba siapkan poster ini ya. Terbaik buat adik Arianna ✨🎉👍👏🏻


Baiklah, juga jom refresh tentang projek e-majalah kita. Buat yang baru dan yang mahu refresh balik tentangnya meh saya kongsi semula ya.


.

RESHARE


Jadi kami di Q&K Art Studio merancangkan sebuah e-majalah (komik dan lukisan) secara bulanan.

(utk sebuah majalah - kita sediakan bayaran penyemangat ya! Moga akan datang kita boleh kongsi rezeki lebih lagi, doakan ya!)


Kategori Komik Strip - 

(cerita sempoi dalam 1 muka dalam 4 kotak/ 8 kotak)

hitam putih (upah rm2)/ berwarna (upah rm4) (1 page)

total 4 slot


2 slot : hitam putih

2 slot : berwarna

——————


Kategori Komik Bersiri - 9 page termasuk cover
(Hasilkan komik yang bersambungan di majalah berikutnya sehingga cerita selesai)

total 10 slot


8 slot : + hitam putih (upah rm2x9=rm18) 

2 slot : + bewarna (upah rm4x9=rm32)

——————


Kategori Komik One-shot - berwarna (4 page x rm4 = rm16)
(Komik yang diceritakan dan tamat terus dalam 4 muka surat shj)

total 2 slot : berwarna shj

——————


Kategori Ilustrasi Berwarna A4 (poster 1 page rm5)
(lukisan ilustrasi yang pelbagai untuk kalian ekspressi diri - boleh jadi ala poster, atau ala cover buku dll untuk tatapan dan difikirkan)

total 10 entri : berwarna

——————


Kategori Buku Cerita - berwarna (8 page x rm3 = rm24)
(Lapan muka surat cerita yang terus tamat dilukis secara ilustrasi penuh dengan teks yang ringkas)

total 2 Slot : berwarna

MAKLUMAN
*Bayaran akan direlease selepas majalah kita publish untuk bacaan umum okeh. Boleh ya.


Kita kumpul bahan utk 3 buah majalah dulu, kemudian baru publish. 👍 Limit 1 orang sertai 1 kategori. Orang yang sama boleh sertai kategori lain dalam edisi majalah sama. Contoh pilih Kategori ilustrasi Berwarna A4, hanya 1 entri. Kemudian hantar entri Komik Strip (berwarna) 1 utk 1 majalah, diperbolehkan. Boleh terus wasap Cikgu Qay untuk pertanyaan lanjut ya.


Mudah mudahan ini adalah platform selamat dan terbaik untuk anak-anak mahupun dewasa yg  ingin kembangkan ilmu dan berkarya seiring redha Ilahi. Tak semestinya cerita pasal dakwah, banyak story2 yang kreatif kita boleh hasilkan tanpa perlu melanggar apa yang Allah telah hadkan kita hamba-hambaNya. All the best semua!


Itu sahaja seringkasnya kali ini. Selamat pagi selamat petang selamat malam semua Assalamualaikum wbt.


🤲🌷🌸❤️👍

.


Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :

www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital


Channel Telegram: 

https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate


#kelasprocreatemalaysia

#kelasmelukisdigital

#melukisdiipad

#procreateclass 

#digitaldrawingclass

#qnkartstudio

#supportlocal

No comments:

Post a Comment

Blog 15hb Mac 2026 (Ahad)

15hb Mac 2026, Ahad Kelas Melukis Digital app Procreate Q&K Art Studio Q&K Ruqaiyah N Maski Resources (IP0590910-M) Kelas Onli...