Mari kenali kami

Saturday, January 24, 2026

Blog 24hb jan 2026 (sabtu)

24hb Jan 2026, Sabtu

Kelas Melukis Digital app Procreate

Q&K Art Studio

Q&K Ruqaiyah N Maski Resources

(IP0590910-M)


Kelas Fizikal di Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor


Sesi Pagi 

10am - 12pm

PDASS 2 jam - Ufair (9), Alamkhir (16), Amelyz (12) & Aya Zasya (10)


















Kelas Fizikal Hometutor di Jalan Duta, Kuala Lumpur


Sesi Tengahari

2.50pm - 4.50pm

Personal Coaching : Buku Cerita Digital

Nurin (14), Nadia (12) & Don (9)
















Kelas Online dari Cyberjaya


Sesi Malam

8.30pm - 9.30pm

PDASS 1 jam

Fatima (9)

dari Kuala Lumpur






PS: Untuk lihat attachment berbentuk video/ pdf semasa kelas dan/atau hasil animasi/komik/buku cerita peserta, 

boleh ke Telegram Channel atau FB kami dan cari tarikh post yang dimahukan. Terima kasih.




Bismillah Ar Rahman Ar Rahim


Salam kisah sabtu untuk pembaca yang tidak kita pasti baca post ini pada hari apa huhu. Kalian ok hari ni? Segala keperluan kalian cukup? Sihat tak? Andai ada kekurangan pada keperluan harianmu, kami doakan moga Allah berikan kecukupan. Andai Allah menguji kesihatan buat kita dan keluarga, didoakan moga Allah berikan jalan ikhtiar yang kita mampu dengan itu Allah akan menyembuhkan selepas kita usaha.


Hari ini ramai peserta jadi tak mampu nak share semua feedback. Kita macam biasa as overall, syukur kehadrat Ilahi kerana semua dapat hadir dalam keadaan sihat, dan biasalah ada masa semangat dan mood melukis ni ada naik turun jadi cikgu cuba yang terbaik untuk memberi task yang menaikkan rasa seronok kalian untuk berkarya.


Masa kita kanak-kanak ni memang kita tak rasa sebarang tekanan untuk lebih kepada menghasilkan pendapatan dengan karya. Kerana itu, kanak-kanak lebih cenderung hasilkan karya semata ikut ‘mood’, rasa, lebih kepada luahan hati, atau mahu share stori kepada penontonnya. Oleh disebabkan itu, mereka juga mudah kehilangan idea, atau tiada arah tuju membuat karya apabila sudah diekspressikan kepada beberapa lukisan.


Cuba cabar diri praktis lukis hal-hala yang sebenarnya kita minat tapi sangat rumit untuk hasilkan, contohnya jari jemari, kasut, kaki, latar belakang perspektif, dan banyak lagi cabaran yang boleh dicuba.


All the best dan jangan terus mengalah. Berkaryalah dengan niat yang betul, agar dapat hasilkan karya bermanfaat nanti aamin.

Seperti biasa jemput lihat karya2 peserta yang hadir hari ini dan bolehlah berikan penghargaan buat usaha mereka dengan sedikit klik like dan komen hehehe. Terima kasih semua yang baik hati, Moga kebaikan kalian dibalas kebaikan 10x ganda ganti aamin.


Okay geng, itu sahaja dari KMDP, kisah pada hari ahad pula insyaAllah, doakan moga berjalan lancar semua aamin. Moga semua peserta sihat dan dapat hadir dengan semangat melukis ya hehe. Selamat malam, assalamualaikum.


🤲🌷🌸❤️👍

.


Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay : 

www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital


Channel Telegram: 

https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate


#kelasprocreatemalaysia

#kelasmelukisdigital

#melukisdiipad

#procreateclass 

#digitaldrawingclass

#qnkartstudio

#supportlocal


No comments:

Post a Comment

Blog 13hb Mac 2026 (jumaat)

13hb Mac 2026, jumaat Kelas Melukis Digital app Procreate Q&K Art Studio Q&K Ruqaiyah N Maski Resources (IP0590910-M) Kelas Fi...