Mari kenali kami

Saturday, January 24, 2026

Blog 23hb jan 2026 (jumaat)

23hb Jan 2026, jumaat

Kelas Melukis Digital app Procreate

Q&K Art Studio

Q&K Ruqaiyah N Maski Resources

(IP0590910-M)


Kelas Online dari Cyberjaya


Sesi Pagi

A : Basic App Procreate 

9am - 10.30am

Zayyan Aariz (13)

dari Kelantan









Sesi Petang

PDASS 1 jam

5pm - 6pm : Aisyah (9)

6pm - 7pm : Zahraa (13)

dari Kelantan










Sesi Malam

8pm - 9pm

Personal Coaching : Animasi 2D

Maya (8)

dari Jasin, Melaka





PS: Untuk lihat attachment berbentuk video/ pdf semasa kelas dan/atau hasil animasi/komik/buku cerita peserta, 

boleh ke Telegram Channel atau FB kami dan cari tarikh post yang dimahukan. Terima kasih.




Bismillah Ar Rahman Ar Rahim


Assalamualaikum wbt 


Hai semua. Sihat ya? Lambat sikit posting kisah jumaat. (Terlupa sebenarnya 🙈🙏) Manusia biasa tak lari dari silap. Yang penting elak buat perkara dosa ok.


Okeh tanpa sembang panjang, kita share feedback cikgu untuk kisah jumaat ini ya.


——


Alhamdulillah adik Zayyan dapat selesaikan tugasan yang diberi cikgu dengan baik sekali. Adik Zayyan juga faham dengan beberapa fungsi asas procreate ini. 


Cikgu faham agak struggle sikit mahu melukis tadi kerana perlu biasakan diri dgn teknik2 melukis di ipad dgn lebih kerap. 


Nanti adik Rayyan boleh sambung baki tugasan kita yg ke-2 tadi ya. Mesti biasakan & selalu guna app ini agar tidak lupa dgn basic yg telah dipelajarinya tadi. Terbaik buat adik Zayyan hari ini👍👏🏻🎉🤲Berjumpa pula dikelas selanjutnya👋


——

Alhamdulillah hari ini merupakan sesi bersama adik Aisyah melukis karakter dgn menggunakan 3 elemen iaitu objek, haiwan & manusia.


Hasil gabungan 3 elemen ini telah membolehkan adik Aisyah dapat hasilkan lukisan karater yg unik & kreatif.


Buat adik Zahraa pula hari ini kami bersama-sama telah lengkapkan lukisan bertemakan doodle. Adik Zahraa memilih tema makanan utk doodle ini & hasilnya sgt lah kemas & terbaik.


Cikgu bangga dgn kesemua hasil artwork dari adik Zahraa & Aisyah hari ini. Terbaik buat mereka berdua🎉👏🏻🤩✨🤲

——

Alhamdulillah malam ini adik Maya berjaya siapkan animasinya dibahagian pertengahan. Hasil animasi kemas & jika buat dengan teliti pergerakkan animasi akan lebih smooth.


Adik Maya sangat kreatif & cikgu sentiasa suka dgn perkembangan kreativiti yg ditunjukkan sepanjang kelas bersama. Terbaik buat adik Maya yg selalu gigih berusaha👍🎉🤩🤲✨ 


Terima kasih belajar bersama-sama cikgu ya😉

——

.

Jom Selawat, Allahumma solli ala saidina Muhammad, wa ala ali Muhammad


Reshare : Projek e-majalah kita still on ya, its ok hantar lambat, janji kalian tepati tarikh submit yg kalian targetkan. Mudah mudahan usaha kecil ini menjadi permulaan untuk suatu yg besar dan bermakna aamin. Buat yang telah mendaftar, terima kasih banyak sudi memberi kepercayaan kepada kami. Didoakan kita semua sama-sama diberikan kesihatan yang baik selalu dan dicukupkan segala keperluan serta dimakbulkan doa-doa aamin aamin. 


Selamat malam guys. Assalamualaikum wbt


🤲🌷🌸❤️👍

.


Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay : 

www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital


Channel Telegram: 

https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate


#kelasprocreatemalaysia

#kelasmelukisdigital

#melukisdiipad

#procreateclass 

#digitaldrawingclass

#qnkartstudio

#supportlocal

No comments:

Post a Comment

Blog 13hb Mac 2026 (jumaat)

13hb Mac 2026, jumaat Kelas Melukis Digital app Procreate Q&K Art Studio Q&K Ruqaiyah N Maski Resources (IP0590910-M) Kelas Fi...