25hb Jan 2026, Ahad
Kelas Melukis Digital app Procreate
Q&K Art Studio
Q&K Ruqaiyah N Maski Resources
(IP0590910-M)
Kelas Fizikal di Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor
Sesi Pagi
10am - 12pm
PDASS 2 jam - Nadia (16), Qaisara (11), Qalisya (7)
Personal Coaching : Buku Cerita Digital - Khayra (11)
Kelas Fizikal Hometutor di Jalan Duta, Kuala Lumpur
Sesi Tengahari
2.50pm - 4.50pm
Personal Coaching : Buku Cerita Digital
Nurin (14), Nadia (12) & Don (9)
PS: Untuk lihat attachment berbentuk video/ pdf semasa kelas dan/atau hasil animasi/komik/buku cerita peserta,
boleh ke Telegram Channel atau FB kami dan cari tarikh post yang dimahukan. Terima kasih.
Kelas Online dari Cyberjaya
Sesi Malam
8pm - 10pm
PDASS 2 jam
Furqan (10)
dari Labuan
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Assalamualaikum wbt
Apa khabar kalian? Didoakan moga kita semua sama sama diberikan kesihatan yang baik dan kekuatan meneruskan cita-cita kita ya aamin. Kisah di hari ahad jadual kita ada 8 peserta semuanya dan alhamdulillah dapat hadir semuanya dalam keadaan sihat. Seperti biasa, anak-anak masing2 ada momentum naik turun mereka. Hihi. Apa-apa pun cikgu amat hargai kehadiran kalian, cikgu faham kadang mood nak melukis ni susah nak dipaksa tiba-tiba, sebab cikgu juga pernah jadi budak-budak.
Cikgu hanya mengharapkan anak-anak semua hargai pengorbanan ibu ayah menghantar kelas bersama cikgu ini, dan kami sangat sangat berharap apa yang cikgu kongsikan memberi kebaikan dalam hidup kalian. Jangan give up untuk terus mencuba perkara baru dan cabaran mencari bakat terpendam masing-masing ya. Lagi tak cuba, mana kita tahu kita mampu ye dop?
Hehe. Memandangkan ramai peserta, jadi tak dapat nak kongsikan feedback semua. Oh ya, tahniah kita ucapkan buat 3 beradik cilik yang kreatif kerana telah berjaya menyiapkan personal project mereka dalam membuat Buku Cerita Digital pertama mereka. Tahniah adik Nurin, Nadia dan Don 🤲🌷🌸❤️👍
Cikgu doakan semua terus maju jaya, cikgu tidak menyekat kalian untuk cuba pelbagai perkara. Kelas kami ini hanyalah salah satu cara, insyaAllah moga semuanya berjaya satu hari nanti aamin.
Oh ya, Ingat lagi projek e-majalah kita? Buat yang baru dan yang mahu refresh balik tentangnya meh saya kongsi semula ya.
.
RESHARE
Jadi kami di Q&K Art Studio merancangkan sebuah e-majalah (komik dan lukisan) secara bulanan.
(utk sebuah majalah - kita sediakan bayaran penyemangat ya! Moga akan datang kita boleh kongsi rezeki lebih lagi, doakan ya!)
Kategori Komik Strip -
(cerita sempoi dalam 1 muka dalam 4 kotak/ 8 kotak)
hitam putih (upah rm2)/ berwarna (upah rm4) (1 page)
total 4 slot
2 slot : hitam putih
2 slot : berwarna
——————
Kategori Komik Bersiri - 9 page termasuk cover
(Hasilkan komik yang bersambungan di majalah berikutnya sehingga cerita selesai)
total 10 slot
8 slot : + hitam putih (upah rm2x9=rm18)
2 slot : + bewarna (upah rm4x9=rm32)
——————
Kategori Komik One-shot - berwarna (4 page x rm4 = rm16)
(Komik yang diceritakan dan tamat terus dalam 4 muka surat shj)
total 2 slot : berwarna shj
——————
Kategori Ilustrasi Berwarna A4 (poster 1 page rm5)
(lukisan ilustrasi yang pelbagai untuk kalian ekspressi diri - boleh jadi ala poster, atau ala cover buku dll untuk tatapan dan difikirkan)
total 10 entri : berwarna
——————
Kategori Buku Cerita - berwarna (8 page x rm3 = rm24)
(Lapan muka surat cerita yang terus tamat dilukis secara ilustrasi penuh dengan teks yang ringkas)
total 2 Slot : berwarna
MAKLUMAN
*Bayaran akan direlease selepas majalah kita publish untuk bacaan umum okeh. Boleh ya.
Kita kumpul bahan utk 3 buah majalah dulu, kemudian baru publish. 👍 Limit 1 orang sertai 1 kategori. Orang yang sama boleh sertai kategori lain dalam edisi majalah sama. Contoh pilih Kategori ilustrasi Berwarna A4, hanya 1 entri. Kemudian hantar entri Komik Strip (berwarna) 1 utk 1 majalah, diperbolehkan. Boleh terus wasap Cikgu Qay untuk pertanyaan lanjut ya.
Mudah mudahan ini adalah platform selamat dan terbaik untuk anak-anak mahupun dewasa yg ingin kembangkan ilmu dan berkarya seiring redha Ilahi. Tak semestinya cerita pasal dakwah, banyak story2 yang kreatif kita boleh hasilkan tanpa perlu melanggar apa yang Allah telah hadkan kita hamba-hambaNya. All the best semua!
Itu sahaja seringkasnya kali ini. Selamat pagi selamat petang selamat malam semua Assalamualaikum wbt.
🤲🌷🌸❤️👍
.
Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :
www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital
Channel Telegram:
https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate
#kelasprocreatemalaysia
#kelasmelukisdigital
#melukisdiipad
#procreateclass
#digitaldrawingclass
#qnkartstudio
#supportlocal
No comments:
Post a Comment