Mari kenali kami

Saturday, May 2, 2026

Blog 02hb Mei 2026 (Sabtu)

02hb Mei 2026, Sabtu

Kelas Melukis Digital app Procreate

Q&K Art Studio

Q&K Ruqaiyah N Maski Resources

(IP0590910-M)


Kelas Fizikal di Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor


Sesi Pagi 

10am - 12pm

Personal Coaching : Animasi 2D

Adam Isyraq (19)







Kelas Hometutor di Kajang


Sesi Petang

2.30pm - 4pm : A : Basic App Procreate

4pm - 6pm : B1 : Basic Draw (character & background)

Delisa (13)












Kelas Online dari Cyberjaya


Sesi Malam *cancel ada urgent

8pm - 10pm

B1 : Basic Draw (character & background)

Aafiyah (8)

dari Semenyih, Selangor


Bismillah Ar Rahman Ar Rahim


Assalamualaikum wbt semua. Masuk di bulan baru di hari sabtu. Hujung bulan ini kita bakal menyambut Raya Haji pula. Semua sudah merancang perjalanan bercuti? Di dalam kesibukan hari hari kita, tetap juga kelas melukis digital procreate menjadi pilihan anak-anak kreatif untuk mereka berlatih serta mengembangkan bakat ke tahap yang baru. Alhamdulillah.


Jadi dalam jadual kita, ada 3 orang peserta. Oh ya, diucapkan selamat datang ke KMDP ya adik Delisa yang berbakat 🌸🌸🌸 Hari ini merupakan sesi pertama secara hometutor. Kami amat amat berharap sesi ini memberi adik Delisa ilmu yang bermanfaat ya. Mari kita baca feedback cikgu hari ini ya.


Alhamdulillah hari ini merupakan sesi pertama adik Adam bersama dengan cikgu di sesi personal coaching menghasilakan animasi pendek.


Kami mula task dgn melukis storyboard dahulu agar dapat melihat idea yg sebaik2 nya serta solid utk animasi nanti. Adik adam dapat hasilkan satu storyboard yg amat mudah difahami. 


Untuk task di rumah adik Adam boleh proceed hasilkan scene pertama beserta dengan warna sekali ya. Untuk sesi akan datang cikgu akan assist pula bab susunan animasi.


Terbaik buat adik Adam hari iniπŸ˜‰πŸ‘πŸ€©πŸ₯³πŸ€²πŸŽ‰

Alhamdulillah adik Delisa dapat selesaikan tugasan yang diberi cikgu dengan baik sekali. Adik Delisa juga faham dengan beberapa fungsi asas procreate ini. Hasil tracing tadi juga amat baik & mempunyai pemilihan warna yg harmoni.


Nanti adik Delisa boleh cari gambar yg sesuai & mudah di trace di google ya. Ini agar dapat biasakan diri untuk hasilkan outline yg kemas & solid. 


Untuk sesi ke-2 iaitu kelas karakter & background, Cikgu sangat suka melihat perkembangan & kreativiti yang adik Delisa tunjukkan sepanjang kelas tadi. 


Adik Delisa sangat bijak membuat karakter yang disukai dengan menggunakan teknik ‘Basic T’. Cikgu juga ajarkan teknik melukis background dgn kaedah silhouette.  Hasil kesemua artwork pada hari ini memuaskan & terbaik.


Berjumpa pula dikelas seterusnya untuk sama2 mempelajari asas membuat komik & animasi di procreate. Jumpa lagi nantiπŸ˜ŠπŸ€²πŸ‘


Baik you alls TQ ya, selamat malam. InsyaAllah jumpa esok pula kita, insyaAllah.
Moga nyawa dan kesihatan terus dipinjamkan.

Assalamualaikum wbt


🀲🌷🌸❤️πŸ‘

.


Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :

www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital


Channel Telegram: 

https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate


#kelasprocreatemalaysia

#kelasmelukisdigital

#melukisdiipad

#procreateclass 

#digitaldrawingclass

#qnkartstudio

#supportlocal


No comments:

Post a Comment

Blog 01hb Jun 2026 (isnin)

01hb Jun 2026, isnin Kelas Melukis Digital app Procreate Q&K Art Studio Q&K Ruqaiyah N Maski Resources (IP0590910-M) Kelas Onl...