Mari kenali kami

Friday, May 1, 2026

Blog 01hb Mei 2026 (jumaat)

01hb Mei 2026, jumaat

Kelas Melukis Digital app Procreate

Q&K Art Studio

Q&K Ruqaiyah N Maski Resources

(IP0590910-M)


Kelas Online dari Cyberjaya


Sesi Pagi 

9am - 10am

Personal Coaching : Komik

Rayyan (15)

dari Alor Gajah, Melaka







10am - 11am

PDASS 1 jam 

Zayyan (13)

dari Kelantan








Sesi Petang

3.30pm - 5.30pm

B1 : Basic Draw (character & background)

Huzaifah (10)

dari Singapura










Sesi Malam

8.30pm - 9.30pm

PDASS 1 jam 

Fatima (9)

dari Cheras, Kuala Lumpur









Bismillah Ar Rahman Ar Rahim


Assalamualaikum wbt 


Salam jumaat dan Selamat Hari Pekerja semua! Ke mana cuti2 ni guys? Jom sambil-sambil kita ucapkan syukur alhamdulillah masih dipinjamkan nyawa hari ini. Baik dalam jadual kita ada 4 peserta online hari ini, dari Melaka, Kelantan, Singapore dan Kuala Lumpur. MasyaAllah tabarakallah, syukur ya diatas sambutan semua. Dan kami amat berharap kalian gembira dengan sesi pembelajaran serta mendapat manfaatnya, aamin.


Okeh, tanpa celoteh panjang lebar, jom kita baca feedback cikgu.


——

Hari ini cikgu bersama-sama adik Rayyan mula hasilkan tajuk komik yg sesuai. Kami juga ada letakkan shadow pada character design yg sudah di lukis sebelum ini.


Adik Rayyan juga telah hasilkan lakaran berkenaan muka surat pertama komiknya. Alhamdulillah jalan cerita komik yg dihasilkan mudah difahami dari segi visual. InsyaAllah kami akan mula tracing & warna muka surat pertama ini sebelum mula buat page yg seterusnya.


Terbaik buat adik Rayyan hari ini ya✨🀲πŸ₯³πŸŽ‰

——


Alhamdulillah hari ini cikgu mula berikan task yg baru pula pada adik Zayyan.


Kali ini cikgu berikan topik komik strip. Bermula dengan hasilkan watak utama iaitu dgn hanya lukis bentuk kepala sahaja , kami mula meletakkan setiap karakteristik pd watak yg dilukis.


Cikgu suka dgn idea adik Zayyan yg sentiasa kreatif hasilkan watak & cerita. Selepas watak siap dilukis, adik Zayyan hasilkan pula tajuk & layout komik. Dengan masa berbaki tadi adik Zayyan dapat sketch cerita pertamanya dgn baik.


Selepas ini kita akan sambung projek komik strip ini ya. Terbaik buat adik ZayyanπŸŽ‰πŸ˜‰πŸ‘πŸ₯³


——

Cikgu sangat suka melihat perkembangan & kreativiti yang adik Huzaifah tunjukkan sepanjang kelas tadi. Adik Huzaifah sangat bijak membuat karakter yang disukai dengan menggunakan teknik ‘Basic T’. Walaupun ini kali pertama melukis watak, insyaAllah lama kelamaan stroke lukisan akan kemas jika adik Huzaifah rajin berlatih.


Cikgu juga ajarkan teknik melukis background dgn kaedah silhouette. Dan teknik ini digunakan dengan hanya meletakkan warna sahaja tanpa ada outline lukisan. Hasil artwork hari memuaskan ya.  


Berjumpa pula dikelas seterusnya untuk sama2 mempelajari asas membuat komik & animasi di procreate. Jumpa lagi nantiπŸ˜ŠπŸ€²πŸ‘


——

Alhamdulillah malam ini adik Fatima mula melukis buku cerita digitalnya. Kali ini kami bersama-sama cuba hasilkan sesuatu yg unik & mempunyai jalan cerita yg berbeza agar adik Fatima dapat improve dari segi penceritaan & lukisan.


Watak utama telah kami sketch & adik Fatima menghasilkan karakter yg sgtlah naive & bersahaja. Ini bersesuaian dgn jalan cerita yg dihasilkan nanti.


Dapat adik Fatima sgt baik dalam mengolah serta menghasilkan cerita. Terbaik buat adik Fatima hari iniπŸ˜‰✨πŸ₯³πŸŽ‰πŸ€²
——


.

Mari istiqamah zikir hari ini! Subhanallah Alhamdulillah Lailahailallah Allahuakhbar.


Reshare : Projek e-majalah kita still on ya, its ok hantar lambat, janji kalian tepati tarikh submit yg kalian targetkan. Mudah mudahan usaha kecil ini menjadi permulaan untuk suatu yg besar dan bermakna aamin. Buat yang telah mendaftar, terima kasih banyak sudi memberi kepercayaan kepada kami. Didoakan kita semua sama-sama diberikan kesihatan yang baik selalu dan dicukupkan segala keperluan serta dimakbulkan doa-doa aamin aamin. 


Selamat malam guys. Assalamualaikum wbt


🀲🌷🌸❤️πŸ‘

.


Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :

www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital


Channel Telegram: 

https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate


#kelasprocreatemalaysia

#kelasmelukisdigital

#melukisdiipad

#procreateclass 

#digitaldrawingclass

#qnkartstudio

#supportlocal

No comments:

Post a Comment

Blog 01hb Jun 2026 (isnin)

01hb Jun 2026, isnin Kelas Melukis Digital app Procreate Q&K Art Studio Q&K Ruqaiyah N Maski Resources (IP0590910-M) Kelas Onl...