24hb Apr 2026, jumaat
Kelas Melukis Digital app Procreate
Q&K Art Studio
Q&K Ruqaiyah N Maski Resources
(IP0590910-M)
Kelas Online dari Cyberjaya
Sesi Pagi
10am - 11am
PDASS 1 jam
Zayyan (13)
dari Kelantan
PS: Untuk lihat attachment berbentuk video/ pdf semasa kelas dan/atau hasil animasi/komik/buku cerita peserta,
boleh ke Telegram Channel atau FB kami dan cari tarikh post yang dimahukan. Terima kasih.
Sesi Petang
3.30pm - 5pm
A : Basic App Procreate
Aafiyah (8)
dari Semenyih
Sesi Malam
8.30pm - 9.30pm
PDASS 1 jam
Fatima (9)
dari Cheras, Kuala Lumpur
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Assalamualaikum wbt
Salam jumaat semua! Kalian sihat? syukur alhamdulillah masih dipinjamkan nyawa hari ini. Baik kita ada 3 peserta online hari ini, seorang peserta baru, adik kepada peserta full course kami sebelum ini. Alhamdulillah terima kasih kerana sudi repeat kelas dan sentiasa berikan sokongan dan kepercayaan buat kami. Moga segala yang dikongsikan membawa manfaat ya. Selamat datang ke KMDP adik Aafiyah.
Apa lagi, aa jom kita baca feedback cikgu.
——
Hari ini task yg diberikan cikgu berkaitan tentang animasi.
Kali ini cikgu mahu adik Zayyan belajar cara membuat satu motion atau pergerakkan yg smooth. Maka cikgu berikan task animasi yg ada elemen air/liquid. Melalui latihan ini adik Zayyan dapat menyusun setiap movement animasinya dgn kemas & berhati-hati.
Hasil animasi hari ini pun memuaskan, jangan lupa buat beberapa latihan begini ya agar tidak lupa. Terbaik buat adik Zayyan๐คฒ๐๐๐ฅณ๐๐ป
——
Alhamdulillah adik Yaya dapat selesaikan tugasan yang diberi cikgu dengan baik sekali. Adik Yaya juga faham dengan beberapa fungsi asas procreate ini.
Cikgu faham agak struggle sikit mahu melukis tadi kerana perlu biasakan diri dgn teknik2 melukis di ipad dgn lebih kerap. Walaupun begitu, adik Yaya dapat hasilkan satu lukisan yg kemas & teratur.
Nanti adik Yaya boleh cari gambar yg sesuai & mudah di trace di google ya. Mesti biasakan & selalu guna app ini agar tidak lupa dgn basic yg telah dipelajarinya tadi. Terbaik buat adik Yaya hari ini๐๐๐ป๐๐คฒBerjumpa lagi dikelas selanjutnya๐
——
Alhamdulillah hari ini adik Fatima berjaya siapkan task melukis komik strip nya.
Ini antara task yg sedikit mencabar kebolehan adik Fatima dalam menjana idea yg baik utk di lukis. Akhirnya adik Fatima dapatkan hasilkan satu lukisan yg spontan & organik. Ini lah salah satu kelebihan bila lukis strip komik sebegini.
Terbaik buat adik Fatima ya✨๐๐ป๐ฅณ๐คฒ๐
——
.
Jom zikir hari ini! Subhanallah Alhamdulillah Lailahailallah Allahuakhbar.
Reshare : Projek e-majalah kita still on ya, its ok hantar lambat, janji kalian tepati tarikh submit yg kalian targetkan. Mudah mudahan usaha kecil ini menjadi permulaan untuk suatu yg besar dan bermakna aamin. Buat yang telah mendaftar, terima kasih banyak sudi memberi kepercayaan kepada kami. Didoakan kita semua sama-sama diberikan kesihatan yang baik selalu dan dicukupkan segala keperluan serta dimakbulkan doa-doa aamin aamin.
Selamat malam guys. Assalamualaikum wbt
๐คฒ๐ท๐ธ❤️๐
.
Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :
www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital
Channel Telegram:
https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate
#kelasprocreatemalaysia
#kelasmelukisdigital
#melukisdiipad
#procreateclass
#digitaldrawingclass
#qnkartstudio
#supportlocal
No comments:
Post a Comment