21hb Apr 2026, Selasa
Kelas Melukis Digital app Procreate
Q&K Art Studio
Q&K Ruqaiyah N Maski Resources
(IP0590910-M)
Kelas Online dari Cyberjaya
Sesi Petang - *tidak hadir*
5.30pm - 6.30pm
Personal Coaching : Komik
Rayyan (15)
dari Alor Gajah, Melaka
Sesi Malam
8pm - 9.30pm
A : Basic App Procreate
Huzaifah (10)
dari Singapura
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Hai hai semua. Salam selasa. Didoakan segala urusan kita Allah lancarkan serta menjadilah kita orang2 yang bersyukur.
Jadi di jadual hari ini kita ada 2 peserta online, namun seorang tidak dapathadir kerana ada hal tidak dapat dielakkan. Jadi seorang sahaja dapat kita kongsikan aktivitinya. Selamat datang adik Huzaifah ke KMDP. Akhirnya kita ada peserta dari Singapura pula. Seronok dapat ramai pelajar dari pelbagai negara.
Ok tanpa membuang masa kita share feedback cikgu ya.
——
Alhamdulillah adik Huzaifah dapat selesaikan tugasan yang diberi cikgu dengan baik sekali. Adik Huzaifah juga faham dengan beberapa fungsi asas procreate ini.
Cikgu faham agak struggle sikit mahu melukis tadi kerana perlu biasakan diri dgn teknik2 melukis di ipad dgn lebih kerap. Cikgu ajarkan adik Huzaifah dgn menaikkan stabilisation pada setting brush tadi. Ini membantu adik Huzaifah melukis garisan yg lebih kemas & teratur.
Nanti cikgu akan berikan gambar yg sesuai & mudah di trace ya. Semoga dapat membiasakan diri utk selalu guna app ini agar tidak lupa dgn basic yg telah dipelajarinya tadi. Terbaik buat adik Huzaifah hari ini๐๐๐ป๐๐คฒ Berjumpa lagi dikelas selanjutnya๐
—-
Subhanallah
Alhamdulillah
Laa ila ha ilallah
Allahu akhbar
Jom istighfar banyak2. Kelebihannya luar biasa buat mereka yang beriman.
Itu sahaja dari kami, see u again another day~!
Goodnight dan Assalamualaikum wbt
๐คฒ๐๐ท๐
.
Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :
www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital
Channel Telegram:
https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate
#kelasprocreatemalaysia
#kelasmelukisdigital
#melukisdiipad
#procreateclass
#digitaldrawingclass
#qnkartstudio
#supportlocal
No comments:
Post a Comment