2hb Nov 2025, Ahad
Kelas Melukis Digital app Procreate
Q&K Art Studio
Q&K Ruqaiyah N Maski Resources
(IP0590910-M)
Kelas Fizikal di Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor
Sesi Pagi (Kelas Fizikal di Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor)
10am - 12pm
Personal Coaching : Buku Cerita Digital
Harriz (12)
Sesi Tengahari
12.30pm-2.30pm
Personal Coaching : Buku Cerita Digital
Rayyan (13)
Sesi Malam
Kelas Online dari Cyberjaya
8pm - 9.30pm
A : Basic App Procreate
Aisyah Hana (13)
dari Bintulu, Sarawak
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Assalamualaikum wbt semua, sudah hari kedua untuk bulan November ini. Juga kita berbaki 6 hari lagi promosi 50% diskaun khas buat peserta baru dan yang mahu sambung kelas mereka dalam 5F anjuran kami. Tak dilupa, juga dibuka buat peserta lama yang berminat mahu nikmati diskaun ini untuk sesi Personal Coaching.
Hari ini kita ada seramai 3 peserta. 2 di sesi 1 to 1 manakala online pada malam baru aja selesai sebentar tadi. Syukur semuanya dapat hadir dalam keadaan sihat dan menunjukkan komitmen yang bagus semata mata niat mahukan skill dipertingkat dengan lukisan digital pula. Mudah mudahan Allah permudah segala perjalanan cita-cita kita semua aamin.
Buat adik Aisyah Hana, kami ucapkan Selamat Datang ke KMDP. Terima kasih buat ibu ayah yang support minat anak2 seni dan dapat mereka menimba ilmu baru ini. Moga Allah balas segala jasa baik kalian yang telah berbuat baik untuk anak-anak tercinta aamin.
Kami sentiasa berharap, segala apa yang kami berikan membawa kebaikan kepada semua para peserta. Dan kami amat berharap para ibu bapa berpuas hati dengan servis kami ini. Sebarang feedback amat kami hargai, dan kami mendoakan Allah berikan keupayaan demi meningkatkan kualiti servis dan perkongsian ilmu ke tahap yang lebih baik aamin.
Oh ya, juga mahu ingatkan lagi, kami masih lagi membuka penyertaan untuk mengadakan e-majalah khas untuk para peserta show off karya karya terbaik mereka. Boleh terus wasap Cikgu Qay untuk pertanyaan lanjut ya.
Itu sahaja seringkasnya malam ini. Selamat malam semua Assalamualaikum wbt.
🤲🌷🌸❤️👍
.
Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :
www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital
Channel Telegram:
https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate
#kelasprocreatemalaysia
#kelasmelukisdigital
#melukisdiipad
#procreateclass
#digitaldrawingclass
#qnkartstudio






No comments:
Post a Comment