1hb Nov 2025, Sabtu
Kelas Melukis Digital app Procreate
Q&K Art Studio
Q&K Ruqaiyah N Maski Resources
(IP0590910-M)
Sesi Pagi (Kelas Fizikal di Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor)
10am - 12pm
Personal Coaching : Buku Cerita Digital
Ufair (8 )
Sesi Tengahari (Hometutor di Jalan Duta, KL)
3pm-5pm
C1 : Advance Draw
Nurin (13), Nadia (11) & Don (8)
Sesi Malam
Kelas Online dari Cyberjaya
8pm - 9.30pm
A : Basic App Procreate
Aqil Zafry (13)
dari Terengganu
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Salam sabtu semua. Ujian datang silih berganti buat kita semua yang beriman. Dan bersangka baiklah dengan Allah kerana setiap kesusahan disusuli dengan kesenangan, setiap kesulitan disusuli dengan kemudahan. Terima dengan redha, kuat dan tabah lalui hidup yang mencabar ini, ingatlah Allah datangkan ujian dengan apa yang hambaNya boleh tanggung.
Alhamdulillah hari ini kelas kami diteruskan lagi dengan sesi 1 to 1 , sesi hometutor dan juga online. Kesemua peserta sangat gigih berusaha dalam menghasilkan artwork terbaik mereka. Yang terpenting adalah sikap yang ingin mahu belajar dan mencuba perkara baru kerana cikgu faham ada diantara pelajar yang sudah terbiasa melukis secara tradisional.
Beri masa buat diri sendiri agar dapat praktis melukis secara digital pula ya. Buat pelajar baru hari ini, Adik Aqil Selamat Datang kami ucapkan. Semoga ada rezeki dapat belajar di topik yang seterusnya. InsyaAllah moga Allah perkenankan.
Bagi yang belum tahu dan baru ikuti kami, sekarang ini kita sedang ada buka promosi 50% diskaun ya buat peserta baru untuk ikuti 5 Foundation dan juga buat peserta lama kita beri juga potongan sekiranya mahu ikuti Personal Coaching untuk menjayakan projek peribadi kalian secara serius. Jemput hubungi Cikgu Qay untuk tahu lebih lanjut.
Baik semua. Esok pula kita insyaAllah, Sihat hendaknya semua. Assalamualaikum wbt.
.
Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :
www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital
Channel Telegram:
https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate
#kelasprocreatemalaysia
#kelasmelukisdigital
#melukisdiipad
#procreateclass
#digitaldrawingclass
#qnkartstudio












No comments:
Post a Comment