18 Okt 2025, Sabtu
Kelas Melukis Digital app Procreate
Q&K Art Studio
Q&K Ruqaiyah N Maski Resources
(IP0590910-M)
Sesi Pagi (Kelas Fizikal di Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor)
10am - 11am
PDASS 2 jam - Alamkhir (15), Amelyz (11)
C1 : Advance Draw - Khaira Husna (11)
Sesi Tengahari
12.30pm-2.30pm
PDASS 2 jam - Zahra (8 ), Khayra (10)
C2 : Advance Production - Hayden (10)
Sesi Malam
Kelas Online dari Cyberjaya
8.30pm - 9.30pm
PDASS 2 Jam
Furqan (9)
Labuan
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Kesihatan Cikgu Qay masih on off on off demam. Minta doa semua ya moga diberikan kesembuhan segera, dan moga kalian juga dapat doa yang sama aamin. Baik untuk hari ini kita ada 3 sesi, 2 fizikal dan 1 online. Seramai 7 pelajar semuanya hari ni alhamdulillah semua dapat hadiri kelas tanpa masalah.
Oh ya tahniah buat adik Hayden kerana telah berjaya menamatkan kelas 5 Foundation di KMDP. Tidak dilupakan peserta bulanan kami yang sertai kelas secara konsisten dan rajin berlatih melukis melalui tugasan yang diberikan cikgu.
Pada malam hari pula kami bersama adik Furqan dari Labuan juga di sesi kelas bulanan dan kali ini kami memfokuskan kepada task melukis komik. Dikesempatan ini kami ini mendoakan kepada semua pelajar yang bakal atau pun sudah menduduki peperiksaan pada bulan ini dengan ucapan semoga berjaya dan mendapat keputusan cemerlang.
Juga, buat mereka yang belum tahu. Kami sedang membuka penyertaan untuk mengadakan e-majalah khas untuk para peserta show off karya karya terbaik mereka. Boleh ikuti posting terbaru untuk info lanjut atau terus wasap Cikgu Qay ya.
Baik itu sahaja, selamat malam, jumpa esok. Assalamualaikum wbt.
.
Jemput hubungi sekiranya mahukan bimbingan kami. Mari WhatsApp Pn Qay : www.wasap.my/60199368133/kelasmelukisdigitalprocreate
Channel Telegram:
Jemput Search ‘Kelas Melukis Digital app Procreate’ di telegram ok.
TQ sudi follow. Kalian memang the best lah.
Blogspot kami juga ya : http://kelasmelukisdigitalprocreate.blogspot.com utk lihat kompilasi testimoni yg ada dll ya. Terima kasih
#kelasprocreatemalaysia
#kelasmelukisdigital
#melukisdiipad
#procreateclass
#digitaldrawingclass






















No comments:
Post a Comment