17 Okt 2025, jumaat
Kelas Melukis Digital app Procreate
Q&K Art Studio
Q&K Ruqaiyah N Maski Resources
(IP0590910-M)
Kelas Online dari Cyberjaya
Sesi Pagi
PDASS 1 jam
9am - 10.00am - Aisyah (8)
10.00am - 11.00am - Zahraa (12)
dari Kota Bharu, Kelantan
Sesi Malam
8pm - 10pm
Personal Coaching : Komik Bersiri
Aqief (15)
dari Kelantan
PS: Untuk lihat attachment berbentuk video semasa kelas dan/atau hasil animasi peserta,
boleh ke Telegram Channel atau FB kami dan cari tarikh post yang dimahukan. Terima kasih.
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Assalamualaikum wbt
Salam jumaat semua ya. Hari ini diuji demam, tangan nyut nyut sendi adui tak larat. Syukur Cikgu Maski sihat dan peserta online hari ni sihat sihat. Alhamdulillah. Baik saya terus sharekan feedback cikgu ya utk malam ini.
Alhamdulillah hari ini adik Zahraa & Aisyah meyambung semula topik melukis mereka masing-masing.
Adik Aisyah berjaya siapkan projek komik pendeknya dgn sgt baik. Hasil artworknya sudah semakin kemas & cikgu amat berpuas hati. Alhamdulillah sempat cikgu berikan task ke-2 yg baharu pula buat adik Aisyah. Kali ini kami bersama-sama akan lukis 3 watak berdasarkan idea dari adik Aisyah sendiri.
Adik Zahraa pula seperti biasa amat fokus & teliti dlm menghasilkan lukisan berwarna yg cantik & kemas. Kami hampir menyiapkan task poster storytelling ini & jika siap nanti cikgu juga akan berikan task baru.
Terbaik buat adik Zahraa & adik Aisyah hari ini ππππ»✨π€©
——
Alhamdulillah dpt bersama adik Aqief semula untuk bersama-sama melukis komik yg baharu.
Malam ini kami bersama-sama fikirkan idea komik & akhirnya adik Aqief memilih komik bertemakan seram. Dan task pertama utk adik Aqief ialah mencipta karakter yg sesuai utk tema & jalan ceritan komik nanti.
Alhamdulillah walaupun dah lama tak belajar bersama, cikgu perasan lukisan adik Aqief sudah semakin matang. Ada beberapa elemen yg boleh diperkemaskan lagi namun secara overall lukisan adik Aqief pada malam ini terbaik & kemas.
Untuk teknik melukis kami gunakan stroke pencil & warna seakan2 color pencil. Ini adalah kerana kami mahu matching kan tema seram yg bakal dilukis nanti. Terbaik buat adik Aqief hari iniππ€²ππ»ππ€©
—
Itu sahaja ya semua, didoakan semua yang sudi follow dan baca diberikan kesihatan yang baik selalu serta dicukupkan segala keperluan aamin aamin. Assalamualaikum wbt selamat malam.
π€²π·πΈ❤️π
.
Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :
www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital
Channel Telegram:
https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate
#kelasprocreatemalaysia
#kelasmelukisdigital
#melukisdiipad
#procreateclass
#digitaldrawingclass


No comments:
Post a Comment