22 Ogos 2025, jumaat
Kelas Melukis Digital app Procreate
Q&K Art Studio
Q&K Ruqaiyah N Maski Resources
(IP0590910-M)
Kelas Online dari Cyberjaya
Sesi Pagi - PDASS 1 jam
9am - 10.00am - Aisyah (8 )
10.00am - 11.00am - Zahraa (12)
dari Kota Bharu, Kelantan
Sesi Malam
8.30pm - 9.30pm
Personal Coaching : Buku Cerita Digital
Fatima (8 )
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Assalamualaikum wbt
Bersama lagi kita di KMDP di hari jumaat yang mulia. Hope semua sihat sihat ya. Dah tengok tak poster kami, ada bengkel sempena cuti sekolah september nanti! hehe nanti checkidout ya :D
Baik ini feedback dari Cikgu Maski ya. Hari ini adik Aisyah berjaya siapkan lakaran komik pada muka surat ke-2. Walaupun cikgu ada berikan contoh pd adik Aisyah, namun adik Aisyah sentiasa ada idea yg lebih menarik & sgt comel. Ada juga terkadang adik Aisyah memerlukan assist dari cikgu utk terjemahkan ideanya kepada lukisan. InsyaAllah jika banyak latihan & membaca komik akan menambahkan lagi pengetahuan ttg susun atur komik yg baik.
Adik Zahraa pula berjaya siapkan scene ke-5. Idea ini sepenuhnya dari adik Zahraa. Cikgu suka kerana adik Zahraa sentiasa tahu apa yg perlu dilukisnya. Sama juga seperti Aisyah, jika banyakkan rujukkan melalui komik insyaAllah skill akan lebih terbuka utk berkembang.
Baru sebentar tadi cikgu bersama-sama adik Fatima telah siapkan page ke-2 lukisan & siap lakaran kasar untuk page ke-3 pula. Cikgu ada tanya tadi tentang jalan cerita yg dilukis adik Fatima, katanya akan panjang & akan banyak chapter nanti. Hihi bersemangat betul adik Fatima.
Cuma untuk buku digital pertama ini cikgu request untuk cuba selesaikan dgn page yg minimum ya, sbb nak pastikan projek ini betul2 selesai. Dan jika semua ok, adik Fatima boleh sambung ceritanya semula nanti. Berkenaan dgn lukisan malam ini, cikgu suka angle2 lukisan adik Fatima. Memang ada idea2 kreatif dari adik Fatima setiap kali hasilkan lukisan yg berkonsepkan story telling begini.
Terbaik buat mereka hari iniππ€²π€©ππ»
Moga sihat dan ceria selalu ya, jumpa lagi di sesi seterusnya☺️
Baik ini sahaja kisah dari KMDP. Nantikan update posting untuk sabtu pula. Sihat selalu semua ya aamin.
Assalamualaikum wbt
π€²π·πΈ❤️π
.
Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :
www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital
Channel Telegram:
https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate
#kelasprocreatemalaysia
#kelasmelukisdigital
#melukisdiipad
#procreateclass
#digitaldrawingclass



No comments:
Post a Comment