19 Ogos 2025, Selasa
Kelas Melukis Digital app Procreate
Q&K Art Studio
Q&K Ruqaiyah N Maski Resources
(IP0590910-M)
Kelas Online dari Cyberjaya
Sesi Malam
8pm - 9.30pm
A : Basic App Procreate
Pn Naimmah (43)
dari Perak
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Assalamualaikum, salam selasa semua. Bagaimana khabar kalian hari ini? Kali ini kami berbesar hari menerima penyertaan seorang guru PPKI dari negeri Perak, Puan Naimmah yang dihormati.
Beliau terpanggil belajar kelas procreate ini kerana mendapati ramai muridnya yang selalu menghasilkan lukisan digital. Alhamdulillah malam ini adalah kelas pertama beliau bersama kami. Nampak semangat dan usaha puan ini untuk memahami fungsi asas app procreate. Alhamdulillah beliau juga telah berdaftar kelas kelas berikutnya untuk lebih menguasai lagi teknik melukis digital. Baik, Ini feedback cikgu ya seringkasnya.
Alhamdulillah Puan Naimmah dapat membuat tugasan tracing yang diberi cikgu dengan baik sekali. Puan Naimmah juga faham dengan beberapa fungsi asas procreate ini dan dapat membuat lukisan tanpa sebarang masalah. Kena banyakkan latihan sebelum kita berjumpa disesi seterusnya ya. Semoga jumpa lagi dikelas selanjutnya ya😊👍
Okay guys, Itu sahaja cerita dari kami. Semoga apa yang kami kongsikan bermanfaat, dan memudahkan kalian semua menuju cita-cita kalian ya aamin aamin.
Selamat malam, Assalamualaikum wbt.
🤲😍🌷👍
.
Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :
www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital
Channel Telegram:
https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate
#kelasprocreatemalaysia
#kelasmelukisdigital
#melukisdiipad
#procreateclass
#digitaldrawingclass
No comments:
Post a Comment