23 Mei 2025, jumaat
Kelas Melukis Digital app Procreate
Q&K Art Studio
Q&K Ruqaiyah N Maski Resources
(IP0590910-M)
Kelas Online dari Cyberjaya
Sesi Pagi
9am - 11am
C1 : Advance Draw (character)
Aisyah (8 )
Dari Kota Bharu, Kelantan
Sesi Petang
5pm - 7pm
C1 : Advance Draw (2D Animation)
Zahraa (12)
Dari Kota Bharu, Kelantan
Sesi Malam
8.30pm - 9.30pm
PDASS 1 jam
dari Kuala Lumpur
Fatima (9)
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Assalamualaikum wbt hai hai salam malam jumaat semuanya. Moga semua dalam sihat sejahtera dan dilancarkan hari.
Alhamdulillah hari ini adalah sesi kelas advance yg pertama utk adik Aisyah dlm topik karakter. Adik Aisyah ingin mendalami cara atau teknik melukis karakter dengan lebih baik. Cikgu berikan task membuat 1 karakter dengan pelbagai pose.
Ini penting agar adik Aisyah dapat kekalkan kemiripan muka karakter walaupun berlainan pose & gaya. InsyaAllah di sesi kelas advance ke-2, kami akan melukis 3 ekspresi wajah ( senyum, marah & sedih ) beserta 1 lukisan poster berkaitan karakter ini. Jumpa lagi nanti ya.
Alhamdulillah tadi pagi bersama adiknya kini sesi petang bersama kakak pula. Untuk sesi kelas advance kali ini adik Zahraa memilih topik animasi. Topik ini kami pecahkan kepada 2 3 bahagian.
Pertama, hasilkan watak utama animasi. Kedua, melukis background yg sesuai dengan animasi. Dan ketiga adalah proses menggerakkan animasi dengan tools animation assist di procreate. Hasil adik Zahraa hari ini kemas & cantik seperti biasa.
Adik Zahraa sgt menjaga kualiti/ kekemasan garisan. InsyaAllah sesi kelas seterusnya kami akan bersama-sama siapkan animasi ini.
Sesi malam ini adik Fatima bersama-sama cikgu menyiapkan hasil lukisan dalam bentuk poster. Selepas karakter sudah siap diwarnakan, cikgu menunjukkan satu teknik utk membuat background dengan menggunakan aset 3d yg ada pd website sketchfab. Ini membuka lagi satu ruang utk adik Fatima belajar benda baru.
Selepas siap poster, cikgu mengajarkan pula teknik melukis planet di galaksi. Ini kami akan cuba letak sebanyak planet yg boleh agar background yg dihasilkan berwarna-warni. Hasil artwork adik Fatima malam ini terbaik & kemas sekali. Semoga semakin improve ya.
Diucapkan tahniah dan Terbaik buat semua peserta hari iniππππ»✨π€²π€©
Esok pula kita ada sesi fizikal di Tamarind Square, cyberjaya serta Hometutor di FRIM. Doakan moga perjalanan esok lancar buat cikgu pergi dan pulang ke rumah ya semua. Aaamin aamin. Tq untuk doanya, moga Allah lipatgandakan kemudahan buat kalian juga aamin.
Assalamualaikum wbt selamat malam.
π€²π·πΈ❤️π
.
Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :
www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital
Channel Telegram:
https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate
#kelasprocreatemalaysia
#kelasmelukisdigital
#melukisdiipad
#procreateclass
#digitaldrawingclass



No comments:
Post a Comment