24 Mei 2025, Sabtu
Kelas Melukis Digital app Procreate
Q&K Art Studio
Q&K Ruqaiyah N Maski Resources
(IP0590910-M)
Kelas Fizikal di Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor
Sesi Pagi
10am - 12pm
PDASS -Mus’ab (11), Syifa (9),
Nadia (15) - tak dapat hadir
Sesi Petang (Hometutor FR1M - Kepong)
3pm - 5pm
C1 : Advance Draw
Animasi 2D - Afiyah (5) & Asyikin (8 )
Komik - Umar (10)
Sesi Malam : Online *tak dapat hadir*
8.30pm - 9.30pm
Asma’ (10)
Dari Batu Pahat, Johor
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Salam Sabtu semuanya. Hari ini kita ada 2 sahaja sesi yang aktif. Syukur semua dapat dijayakan dengan baik. Terima kasih buat yang mampu untuk hadir, dan moga dipermudahkan bagi mereka yang diuji dan tidak dapat mengikuti jadual yang ditetapkan. Kami doakan segala kemudahan dan jika ada kesakitan moga diberikan kesembuhan segera aamin.
Alhamdulillah pagi hari ini bersama dua beradik iaitu Mus’ab dan Syifa’. Adik Mus’ab belajar cara manipulation photo dengan kaedah copy, crop, color adjustment & cara blend photo. Selain dari menghasilkan lukisan, procreate sebenarnya boleh digunakan sebagai photo editing.
Sebelum ini nampak adik Mus’ab ada tunjuk photo yg diolahnya sendiri. Dan sebab itu cikgu berikan task pada hari ini untuk cuba buat sekemas yang boleh. Hasilnya memuaskan & insyaAllah boleh improve lagi.
Adik Syifa’ pula akhirnya dapat siapkan projek komik stripnya ini dengan hasil yg sgt kemas sekali. Cikgu suka dengan usahanya setiap kali kelas walaupun ada cabaran dalam memikirkan idea setiap panel. Ini adalah pengalaman baru yg bermakna buat adik Syifa’ agar dpt mematangkan cara storytelling dalam teknik komik.
Selepas task komik siap, cikgu ajarkan teknik melukis background bertemakan galaksi. InsyaAllah ada rezeki nanti kita sambung kelas ya.
Terbaik buat mereka berdua hari ini yg sentiasa fokus & menerima tunjuk ajar dari cikgu dengan baik👍
Alhamdulillah petang tadi merupakan sesi pertama kelas advance untuk adik Umar, Asyikin & Afiyah.
Adik Umar memilih topik komik untuk pelajari cara pembuatan komik dgn lebih mendalam lagi. Adik Umar melukis watak utama dahulu & seterusnya mencipta logo komik yg bersesuaian dengan watak. Seterusnya panel/ layout komik dilukis untuk menghasilkan jalan cerita nanti. InsyaAllah kelas seterusnya cikgu akan ajarkan cara masukkan bubble komik/dialog & juga melukis page pertama komik adik Umar ini.
Adik Asyikin & Afiyah pula memilih topik animasi. Mereka berdua juga mulakan task dengan melukis watak utama bertemakan ghost ini. Masing2 dapat hasilkan watak yg sgt comel. Seterusnya mereka hasilkan background untuk digunakan pada animasi. Alhamdulillah untuk hari ini adik Asyikin & Afiyah dapat selesaikan scene animasi mereka, insyaAllah kelas akan dtg pula cikgu akan ajarkan cara editing utk masukkan sound, filter & text.
Semua hari ini telah buat yang terbaik & cikgu personally amat berpuas hati.
Jumpa lagi nanti di sesi kelas advance ke-2😉👋
Baik berakhir sudah liputan di KMDP hari ini, jumpa pula pada posting berikutnya ya minna-san! Hehe Assalamualaikum.
🤲😍🌷👍
.
Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :
www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital
Channel Telegram:
https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate
#kelasprocreatemalaysia
#kelasmelukisdigital
#melukisdiipad
#procreateclass
#digitaldrawingclass













No comments:
Post a Comment