17 Mei 2025, Sabtu
Kelas Melukis Digital app Procreate
Q&K Art Studio
Q&K Ruqaiyah N Maski Resources
(IP0590910-M)
Kelas Fizikal di Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor
Sesi Pagi
10am - 12pm
PDASS - Aya Zasya (9), Mus’ab (11), Syifa (9),
Nadia (15) - tak dapat hadir
Sesi Tengahari
12.30pm - 2.30pm
PDASS - Amna Salsabila (12), Zahra Saffya (8 ), Aisyah Nizam (11)
B1 : Basic Draw - Adam (18 )
Sesi Malam : Online *tak dapat hadir*
8.30pm - 9.30pm
Asma’ (10)
Dari Batu Pahat, Johor
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Salam di hujung minggu semua kenalan yang membaca.
Sihat hari ini? Moga kuat semangat ya dalam usaha mencapai apa yg dicita. Baru-baru ini ada sedikit kaji tentang ilmu kehidupan dan ya walau ianya memang sudah biasa kita dengar, mungkin kali ini lain ‘hit’ nya , siapa tahu kan? hehe
Jika kita manusia bercita cita menjadi seseorang itu. Makanya harus kita jelas bagaimana setiap langkah kita menuju ke arah itu. Rutin harian dan habit yang kita bina hari hari yg kita lakukan amat memainkan peranan penting dalam membentuk peribadi baru menuju apa yg kita impikan itu.
Contoh mudahlah. Kalau kita berangan mahu menjadi pelukis yang berjaya, dunia akhirat misalnya. Bermula hari ini kita sudah plan dalam rutin harian kita apa aktiviti yg kita mahu luangkan dengan masa yang sangat terhad diberikan kepada kita. Hakikatnya semua kita diberikan 24 jam yang sama sehari.
Jadi selitkanlah 1 aktiviti latihan misalnya dalam rutin harian kita. Konsistensi inilah yang nampak macam ringan tapi amat amat bermakna untuk menjayakan impian kita di masa akan datang.
Wah mutiara kata sikit hari ini, harap tak mengapa ya. hihi. Untuk semua peserta yang dapat hadir hari ini, kami ucapkan ribuan terima kasih atas komited yang diberikan. Buat yang tidak dapat hadir diatas perkara yang tak dapat dielakkan, tidak mengapa Allah pasti memudahkan urusan kita andai kita mudahkan urusan orang lain.
Terus sebarkan kebaikan dan mudah mudahan, segala amalan itu Allah terima sebagai ibadah yang baik.
Jumpa di posting berikutnya, Assalamualaikum.
🤲😍🌷👍
.
Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :
www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital
Channel Telegram:
https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate
#kelasprocreatemalaysia
#kelasmelukisdigital
#melukisdiipad
#procreateclass
#digitaldrawingclass










No comments:
Post a Comment