16 Mei 2025, jumaat
Kelas Melukis Digital app Procreate
Q&K Art Studio
Q&K Ruqaiyah N Maski Resources
(IP0590910-M)
Kelas Online dari Cyberjaya
Sesi Pagi
9am - 11am
B2 : Basic Production (comic & animation)
Zahraa (12)
Dari Kota Bharu, Kelantan
Sesi Petang
5pm - 7pm
B1: Basic Draw (character & background)
Tuan Syahrul (34)
Dari Kulai, Johor
Sesi Malam
8.30pm - 9.30pm
PDASS 1 jam
dari Kuala Lumpur
Fatima (9)
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Assalamualaikum wbt salam di malam jumaat semuanya. Didoakan moga semua dalam sihat sejahtera dan dalam kemudahan mengejar cita-cita aamin. Hari ini kita ada 3 sesi kelas online.
Sesi pagi bersama adik Zahraa. Alhamdulillah suka cikgu melihat kesungguhan & semangat adik Zahraa dalam menyiapkan task yg diberikan cikgu tadi. Hari ini adik Zahraa belajar melukis komik & membuat asas animasi di procreate.
Komik adik Zahraa sangat kemas, warna cantik & cerita pula sampai. Cikgu berpuas hati dengan kesemua hasil artwork adik Zahraa. Terbaik adik Zahraa✨πππ€²ππ»π€©
Sesi petang pula, Cikgu sangat suka melihat perkembangan & kreativiti yang Tuan Syahrul tunjukkan sepanjang kelas tadi. Tuan Syahrul membuat karakter menggunakan teknik ‘Basic T’ dgn begitu kemas sekali.
Teknik melukis background dgn kaedah silhouette dapat Tuan Syahrul ikuti dgn baik. Berjumpa dikelas seterusnya untuk sama2 mempelajari asas membuat komik & animasi di procreate. Jumpa lagi nantiππ€²π
Untuk sesi kelas advance pula sama seperti adik Aisyah, boleh memilih salah satu topik utk belajar dgn lebih mendalam lagi ya. Boleh pilih sama ada mahu belajar karakter, background, komik atau animasi. jumpa lagi nantiππ
Malam sebentar tadi pula, Alhamdulillah cikgu bersama adik Fatima menyambung muka surat ke-2 komik baru yg kami lukisan pada kelas lalu. Cerita yang sangat bersahaja menjadi satu daya tarikkan utk membaca komik yg dihasilkan adik Fatima. Semoga kemahiran & story telling melalui komik akan semakin baik.
Selepas task komik, cikgu berikan pula task mengejut pd adik Fatima utk menghasilkan 1 lukisan poster dengan menggunakan watak2 yg pernah dilukisnya bersama cikgu. Cikgu ada perasan konsep lukisan adik Fatima ada vibe doodle style. Terbaik adik Fatima✨ππππ»π€© nanti kita sambung lukis poster tu pula ya.
Hari yang penuh produktif hari ini huhu. Alhamdulillah.
Sebaik baik harian kita, sibuk dengan perkara ibadah dan memberi manfaat buat yang menghargainya. Jumpa sesi fizikal pula. Doakan moga lancar dan moga sihat kita semua ya aamin aamin. Allahumma solli ala saidina Muhammad.
π€²π·πΈ❤️π
.
Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :
www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital
Channel Telegram:
https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate
#kelasprocreatemalaysia
#kelasmelukisdigital
#melukisdiipad
#procreateclass
#digitaldrawingclass


No comments:
Post a Comment