Mari kenali kami

Sunday, May 4, 2025

Blog 04hb mei 2025 (ahad)

04 Mei 2025, ahad

Kelas Melukis Digital app Procreate

Q&K Art Studio

Q&K Ruqaiyah N Maski Resources

(IP0590910-M)


Kelas Fizikal di Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor


Sesi Pagi

10am - 12pm

PDASS 2 jam - Qaisara (10), Damia (15)

B1 : Basic Draw (character & background) - Qalisya (6)

A : Basic App Procreate - Hayden (10)












Sesi Tengahari
Hometutor di Gombak

2.30pm - 4pm

A : Basic App Procreate - Tolhah (9)








Sesi Malam (online)

8pm - 10pm

C2 : Advance Art Production

Dari Shah Alam

Aisya (10)








Bismillah Ar Rahman Ar Rahim


Salam hujung minggu semuanya. Didoakan moga sihat dan dilimpahkan rezeki yang luas buat kenalan semuanya aamin. Baik cerita di KMDP hari ini kita ada 3 sesi iaitu fizikal di cyberjaya, hometutor di Gombak dan pada malam sesi online macam biasa. Total semua peserta adalah 6 orang. Kesemuanya dapat hadir alhamdulillah. Syukur.


Kami ingin mengucapkan selamat datang buat 3 peserta baru kita iaitu adik Qalisya, adik Hayden dan adik Tolhah ke Kelas Melukis Digital app Procreate 👏🏻🎉✨ Terima kasih kerana bersama kami untuk pengalaman pertama kalian menimba ilmu dalam melukis digital ya. Kami amat hargainya.


Hari ini juga merupakan kelas terakhir untuk Topik 5 Foundation bagi adik Aisya. Tahniah ya sudah menamatkan kesemua topik asas ini. Hehe moga moga kami dapat bersama adik Aisya lagi supaya dapat kita lihat perkembangan adik karya dengan karya karya baru yg bakal dihasilkan bliau nanti.


DIucapkan terbaik buat peserta-peserta hari ini, teruskan berkarya, bila penat berehat. Kembali semula pada niat asal mengapa kalian mahu melukis ya. Betulkan tujuan kalian dan dengan itu moga Allah melimpahkan keredhaan dan permudah urusan kalian aamin.


Ya Allah terima kasih untuk peluang dan rezeki ini buat kami, dapat melakukan sebuah pekerjaan yang disukai dan memberi ketenteraman di jiwa kami. Kami doakan agar kami tidak terlalu sibuk dengan kerja semata, moga dengan kelebihan ini kami akan lebih dekat denganMu, lebih perbaiki amalan kami, kekuatan bertauhid denganMu.


Kami doakan juga moga moga impian para peserta kami juga dimakbulkan sesuai permintaan mereka. Dan sesungguhnya hanya Engkau lebih tahu apa yang terbaik buat kami.


Selamat malam semua ya. Jumpa sesi esok pula.

Assalamualaikum wbt


🤲🌷🌸❤️👍

.


Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay : 

www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital


Channel Telegram: 

https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate


#kelasprocreatemalaysia

#kelasmelukisdigital

#melukisdiipad

#procreateclass 

#digitaldrawingclass 

No comments:

Post a Comment

Blog 13hb Mac 2026 (jumaat)

13hb Mac 2026, jumaat Kelas Melukis Digital app Procreate Q&K Art Studio Q&K Ruqaiyah N Maski Resources (IP0590910-M) Kelas Fi...