Mari kenali kami

Saturday, May 3, 2025

Blog 03 Mei 2025 (sabtu)

03 Mei 2025, Sabtu

Kelas Melukis Digital app Procreate

Q&K Art Studio

Q&K Ruqaiyah N Maski Resources

(IP0590910-M)


Kelas Fizikal di Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor


Sesi Pagi

10am - 11.30am

C2 : Advance Art Production : Ufair (8)

Personal Coaching : Character : Asma' (10) dari Johor










Sesi Malam : Online 

9pm - 11pm

Alisya (11)

Dari Saudi, Arabia








Bismillah Ar Rahman Ar Rahim

Salam semua Baru dapat update kelas hari sabtu. Hehe Baik kita ada 2 sesi iaitu pagi fizikal dan malam sesi online. 


Sesi fizikal pagi adalh sesi 1 to 1 bersama adik Ufair, namun ada permintaan peserta cilik online kita dari Johor mahu hadiri sesi fizikal,. Ibu adik Ufair mengizinkan untuk sama sama dalam sesi beliau, jadi kami amat2 berterima kasih atas jasa dan kebaikan beliau. Moga dimakbulkan doa doamu puan aamin aamin 🤲😍🌷


Baik, dengan tamatnya kelas sabtu ini makan sudah lengkaplah sesi kelas 5 utama adik Ufair bersama cikgu. Cikgu memang nampak improvement yang positif pada adik Ufair. 


Dari kelima-lima kelas bersama cikgu ini, nampak memang adik Ufair amat minat dengan story telling melalui medium komik. Syukur kerana setiap kali kelas adik Ufair akan buat sehabis baik mengikut kreativiti darinya. Sebagai cikgu yg hanya boleh guide & membantu sahaja, adik Ufair lah yang sendiri berusaha meningkatkan mutu & kualiti lukisannya. Jumpa di sesi latihan berikutnya😁


Adik Asma’ pula kali ini cuba mencipta komik ringkas dengan mencipta watak berdasarkan bentuk bulat. 


Kaedah ini diperkenalkan agar memudahkan adik Asma’ praktis dengan kerap supaya dapat pelbagaikan ciptaan watak terutama paras rupa dan emosi yang bakal ditonjolkan wataknya. Tajuk

Komik juga adik Asma telah buat & insyaAllah di sesi berikutnya kami akan membuat jalan cerita yang bersesuaian dgn karakter hari ini. 


Sesi malamnya pula kita bersama adik Alisya dari Saudi. Cikgu sangat suka melihat perkembangan & kreativiti yang adik Alisya tunjukkan sepanjang kelas tadi. Adik Alisya sangat bijak membuat karakter yang disukai dengan menggunakan teknik ‘Basic T’. Cikgu juga ajarkan teknik melukis background dengan kaedah silhouette. Artwork pada sesi kali ini sangat memuaskan & terbaik🤩👍


Berjumpa di kelas seterusnya untuk sama2 mempelajari asas membuat komik & animasi di procreate. Baik semua, kalia telah buat dengan baik, tahniah ya Ufair, Asma' dan Alisya. Jumpa lagi nanti😊🤲👍


Assalamualaikum wbt. Jumpa posting ahad pula hihi.
🤲😍🌷👍


.

Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay : 

www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital


Channel Telegram: 

https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate


#kelasprocreatemalaysia

#kelasmelukisdigital

#melukisdiipad

#procreateclass 

#digitaldrawingclass

No comments:

Post a Comment

Blog 13hb Mac 2026 (jumaat)

13hb Mac 2026, jumaat Kelas Melukis Digital app Procreate Q&K Art Studio Q&K Ruqaiyah N Maski Resources (IP0590910-M) Kelas Fi...