Mari kenali kami

Sunday, April 27, 2025

Blog 27hb apr 2025 (ahad)

27 Apr 2025, ahad

Kelas Melukis Digital app Procreate

Q&K Art Studio

Q&K Ruqaiyah N Maski Resources

(IP0590910-M)


Kelas Fizikal di Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor


Sesi Pagi

10am - 12pm

PDASS 2 jam -Alamkhir (15), Amelyz (11), Hidayah (13)

C2 : Advance Production (Illustration poster)- Pn Eishatun (30)










Sesi Tengahari

12.30pm - 2.30pm

PDASS 2 jam - Damia (14), Adelina (10), Amna (7), Aya (9)












Sesi Malam (online)

8pm - 10pm

C1 : Advance Draw

Dari Shah Alam

Aisya (10)









Bismillah Ar Rahman Ar Rahim


Salam ahad semuanya. Sibuk attend open houses lagi ya weekend ni? Huhu rezeki ya dapat kenalan saudara mara sahabat handai yang baik hati menjemput dan menjamu semua. Alhamdulillah. syukur. Baik, jadi kisah kita di KMDP hari ini kita menerima 9 orang peserta kesemuanya, 4 pagi, 4 tengahari dan 1 online malam. Alhamdulillah semua dapat hadir hari ini.


Tak dapat nak celoteh panjang malam ini, agak keletihan jadi tepu sikit kepala nak menaip haha. Yang paling penting, Kami awali dengan jutaan terima kasih buat kesemua ibubapa yang telah memberi kepercayaan kepada kami sejak mereka mula mendaftarkan anak2 kreatif mereka, ada dari tahun 2023, 2024 dan masih setia bersama kami sehingga kini. Allah saja yang dapat membalas kebaikan kalian dan melipatganda rezeki kalian.


Hanya dengan sokongan, pandangan, nasihat dari kalianlah kami masih dapat menapak di sini, kekal utuh berdiri dan semangat membimbing anak2 kreatif ini. Kami cuba berikan segala impian yang kami tidak pernah dapat rasai masa kami kecil dahulu, untuk anak2 semuanya. Doakan kami, agar kami dapat tingkatkan lagi pengurusan, serta dapat aturkan pelbagai kerjasama. Mengatur jadual2 yang seronok untuk para peserta insyaAllah moga Allah makbul aamin.


Pujian buat semua peserta hari ini, telah memberikan usaha yang sangat baik, menghasilkan dan menyiapkan task yang diminta. Kami doakan agar kalian juga berpuas hati dengan tip dan trick yang telah kami amalkan dan  telah diturunkan buat kalian. Moga ianya bermanfaat. Moga ia membawa kebaikan dalam hidup kalian sehari hari aamin.


Baik cukup di sini, terima kasih juga buat yang baru mendaftar, yang mengambil full course, yang menyambung kelas selepas full course, sertai kelas bulanan pula dengan menjadi ahli. Jutaan terima kasih tak terhingga dari kami. All the best always anak2, ibu ayah sudah berkorban demi cita-cita melihat kalian berbahagia mengejar cita dan impian kalian. Balas usaha keras mereka dengan belajar bersungguh, belajar bertolak ansur, belajar kerjasama, belajar terima teguran, belajar persediakan diri untuk terima ilmu2 baru.


PS: haa tu dia dalam ngantuk bagai, panjang juga hamba mengarang. hahai. ampunkan hamba 🙈. Selamat malam semua. 


Assalamualaikum wbt


🤲🌷🌸❤️👍

.


Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay : 

www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital


Channel Telegram: 

https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate


#kelasprocreatemalaysia

#kelasmelukisdigital

#melukisdiipad

#procreateclass 

#digitaldrawingclass

No comments:

Post a Comment

Blog 10hb Mac 2026 (Selasa)

10hb Mac 2026, Selasa Kelas Melukis Digital app Procreate Q&K Art Studio Q&K Ruqaiyah N Maski Resources (IP0590910-M) Kelas On...