26 Apr 2025, Sabtu
Kelas Melukis Digital app Procreate
Q&K Art Studio
Q&K Ruqaiyah N Maski Resources
(IP0590910-M)
Kelas Fizikal di Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor
Sesi Pagi
10am - 11.30am
C2 : Advance Art Production : Ufair (8)
Sesi Petang
Hometutor @ FRIM, Kepong
3pm - 5pm
B2 : Basic Art Production (comic & 2D Animation)
Umar (9), Asyikin (7) & Afiyah (4)
Sesi Malam : Online
8.30pm - 9.30pm
Personal Coaching : Character
Dari Johor
Asma' (10) *cancel class = postpone*
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Salam sabtu semua yang dikasihi didoakan kita semua berada dalam sihat sejahtera serta dilimpahkan rezeki yang tak disangka sangka aamin aamin.
Hari ini kita 3 sesi kelas. Pagi sesi 1 to 1 bersama adik Ufair yang manis. Sesi petang pula bersama 3 beradik di Kepong. Manakala sesi malam pula kita bersama adik Asma' dari Batu Pahat, Johor (terpaksa cancel ada hal tak boleh elak).
Adik Ufair sangat fokus dalam menyiapkan task komiknya tadi. Sebelum mula melukis komik, kami bersama-sama mencipta dahulu watak utama komik. Seterusnya logo komik & panel/kotak komik. Sesi sebegini dapat meluaskan lagi pegetahuan adik Ufair terhadap penghasilan bahan komik & meningkatkan skill melukisnya.
Ketiga-tiga beradik ini sangat menunjukkan minat mendalam dengan seni lukis. Cikgu suka melihat skill/kemahiran 3 beradik ini. Masing2 ada style sendiri. Sepanjang kelas tadi pun nampak mereka sangat fokus & dapat siapkan task yang diberi cikgu. Cikgu memberikan tema silent comic ( komik yg tiada teks ) & asas animasi.
Ulasan secara overall:
Adik Umar- komik adik Umar berinspirasikan dari game roblox. Jalan cerita komiknya mudah difahami & adik Umar dapat siapkan dengan baik sekali. InsyaAllah kena banyak praktis ya agar dapat kemaskan lukisan lagi.
Adik Asyikin- stroke lukisan adik Asyikin sangat strong ( means dia ada identiti cara lukisan karakter sendiri ) cikgu suka dengan cerita komiknya yg mempunyai moral & nasihat tersendiri. Sekiranya selalu melukis cikgu yakin lama kelamaan hasil artwork akan makin hebat.
Adik Afiyah- cikgu sentiasa kagum pada adik Afiyah yg rajin bertanya & berusaha siapkan task yg diberi cikgu. Komiknya juga sgt comel & cikgu amat suka hasilnya. Rajin2 melukis ya adik Afiyah.
Syabas cikgu ucapkan buat mereka semua 😊👍🎉👏🏻✨🎊
Baik. Kita jumpa pula di sesi esok ya😁
Assalamualaikum wbt. Selamat malam.
🤲😍🌷👍
.
Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :
www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital
Channel Telegram:
https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate
#kelasprocreatemalaysia
#kelasmelukisdigital
#melukisdiipad
#procreateclass
#digitaldrawingclass










No comments:
Post a Comment