20 Apr 2025, ahad
Kelas Melukis Digital app Procreate
Q&K Art Studio
Q&K Ruqaiyah N Maski Resources
(IP0590910-M)
Kelas Fizikal di Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor
Sesi Pagi
10am - 12pm
PDASS 2 jam -Nadia (15), Qaisara (10) & Amna (12)
C2 : Advance Production (Illustration poster)- Pn Eishatun (30)- tak dapat hadir ada open house
Sesi Tengahari
12.30pm - 2.30pm
PDASS 2 jam - Damia (14), Zahra (8), Alamkhir (15), Amelyz (10)
Sesi Malam
8pm - 10pm
B2 : Basic Production (Comic & 2D Animation)
Dari Shah Alam
Aisya (10)
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Salam ahad everybody! Sihat hari ni? Alhamdulillah. syukur. Baik, jadi hari ini kita menerima 9 orang peserta kesemuanya, 4 pagi, 4 tengahari dan 1 online malam. Hanya seorang peserta tidak dapat hadir, dan minta diganti slot beliau pada slot akan datang. Alhamdulillah kebetulan ada baki 1 slot shj minggu depan, makanya ada rezeki beliau setelkan kelas bulan ini huhu.
Alhamdulillah dengan sokongan para peserta dan ibu bapa kami menerima hampir 20 ahli berdaftar untuk kelas latihan bulanan. Mudah mudahan pelukis digital kita semua dapat berseronok dan berani mencuba perkara perkara baru dengan task yang cikgu Maski berikan semasa kelas ya. InsyaAllah aamin. Cita-cita dan impian kami banyak untuk memberikan pengalaman baik untuk semua, mohon doa semua agar ianya menjadi kenyataan serta dipermudahkan aamin.
Disamping mencuba semampunya dalam perkongsian ilmu untuk para peserta, kami juga sedaya upaya menambah ilmu mahukan bisnes kecil ini ke tahap yang lebih baik. Sungguh, ramai dikalangan ibu bapa peserta yang kami temui, kami amat segani. Ada yang sudi berkongsi tips bisnes, pengurusan enterprise dan berkongsi kenalan yang dapat membantu.
Apa-apa pun, mudah mudahan dengan pengalaman dan ilmu yang bakal kita tempuhi ini dapatlah nanti kami sampaikan pula pada generasi pelukis akan datang.
Baiklah cukup celotehan hari ini. Kami doakan semua peserta, ibubapa, dan sesiapa yang mengenali, moga Allah makbulkan hajat kalian, permudahkan urusan cita-cita kalian dan moga mendapatkan kebahagiaan dunia akhirat.
PS: memang kami tak tahu siapa ajalah yang mahu baca posting kami ini, api andai ada yang baca, ribuan terima kasih kerana sudi menyokong dan mengikuti kami sehingga kini. Allah sahajalah sebaik baik pemberi balas baik kalian. Lipatgandakanlah rezekimya ya Allah aamin.
Assalamualaikum wbt
🤲🌷🌸❤️👍
.
Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :
www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital
Channel Telegram:
https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate
#kelasprocreatemalaysia
#kelasmelukisdigital
#melukisdiipad
#procreateclass
#digitaldrawingclass







No comments:
Post a Comment