Mari kenali kami

Saturday, April 19, 2025

Blog 19hb apr 2025 (sabtu)

19 Apr 2025, Sabtu

Kelas Melukis Digital app Procreate

Q&K Art Studio

Q&K Ruqaiyah N Maski Resources

(IP0590910-M)


Kelas Fizikal di Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor


Sesi Pagi

10am - 11.30am

C1 : Advance Draw : Ufair (8)






Sesi Tengahari

12pm - 2pm

PDASS : Mus'ab (11), Syifa' (9), Zahra (8) 

*tak dapat hadir : Adelina (10), Amna (7)





ps: ada video animasi peserta, boleh lihat di fb/ telegram ya bertarikh posting ini.


Sesi Malam : Online

8.30pm - 9.30pm

Personal Coaching : Character

Dari Johor

Asma' (10)





Bismillah Ar Rahman Ar Rahim

Salam sabtu semua yang dihormatin didoakan kita semua berada dalam sihat sejahtera serta dilimpahkan rezeki yang tak disangka sangka aamin aamin.


Hari ini kita menerima pendaftaran seramai 7 orang kesemuanya. Sesi pagi adalah sesi 1 to 1 bersama adik Ufair yang manis. Kemudian ada sesi tengahari yang sepatutnya ada 5 peserta, tetapi 2 peserta tidak dapat hadir kerana ada majlis open house yang tak boleh dielakkan. Malam pula kita bersama adik Asma' dari Batu Pahat, Johor. 


Hari ini sesi bersama adik Ufair dimulakan dengan tema bebas, dan adik Ufair memilih watak yang mahu dilukis. Setakat yg cikgu lihat, adik Ufair masih ingat dgn asas2 procreate dgn baik. Task ke-2 pula cikgu berikan task melukis karakter diri sendiri dgn tema superhero. Memandangkan lukisan tadi tidak sempat siap, adik Ufair boleh sambung di rumah ya. 


Tengahari pula adik Mus’ab telah diberikan task membuat animasi bertemakan hidupan air. Setelah agak lama tidak membuat animasi, cikgu lega kerana adik Mus’ab masih ingat fungsi2 asas animasi di procreate. Adik Syifa’ pula menyambung semula projek komik stripnya, kali ini jalan cerita juga semakin kemas & menarik utk di lihat. Idea semakin berkembang & cikgu amat berpuas hati. 


Alhamdulillah hari ini merupakan sesi PDASS yg pertama bersama adik Zahra yg super talented ini. Cikgu memberikan projek membuat komik strip pd adik Zahra. Sebelum mula melukis cerita komik, adik Zahra mencipta watak utama dahulu & juga tajuk komik yg sesuai bersama-sama cikgu. Setiap teknik2 dapat diikut dgn baik oleh adik Zahra. InsyaAllah selepas ini kami akan menyambung semula komik ini ya.


Sesi malam pula cikgu memberikan tema lukisan poster raya pada adik Asma’. Karakter yg dilukis kemas & mempunyai garisan outline yg solid. Cikgu harapkan agar teknik2 ini adik Asma’ akan amalkan & ikuti selalu. Untuk sesi akan dtg cikgu mahu melihat hasil tracing lukisan tadi ya. 


Terbaik buat semua peserta ya 👍🎉👏🏻✨🤩 Baik semua, selamat malam ya. Jumpa kelas esok pula. Moga moga sihat ya semua aamin aamin.


Assalamualaikum wbt
🤲😍🌷👍


.

Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay : 

www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital


Channel Telegram: 

https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate


#kelasprocreatemalaysia

#kelasmelukisdigital

#melukisdiipad

#procreateclass 

#digitaldrawingclass

No comments:

Post a Comment

Blog 13hb Mac 2026 (jumaat)

13hb Mac 2026, jumaat Kelas Melukis Digital app Procreate Q&K Art Studio Q&K Ruqaiyah N Maski Resources (IP0590910-M) Kelas Fi...