Mari kenali kami

Tuesday, June 2, 2026

Blog 02hb Jun 2026 (Selasa)

02hb Jun 2026, Selasa

Kelas Melukis Digital app Procreate

Q&K Art Studio

Q&K Ruqaiyah N Maski Resources

(IP0590910-M)


Kelas Online dari Cyberjaya


Sesi Pagi

9am - 11am

C1 : Advance Draw

Saleha Raessa (11)

dari Kuala Lumpur









Sesi Petang 

5.30pm - 6.30pm

Personal Coaching : Komik

Rayyan (15)

dari Alor Gajah, Melaka









Sesi Malam

8pm - 10pm

C2 : Advance Production 

Saleha Raessa (11)

dari Kuala Lumpur










Bismillah Ar Rahman Ar Rahim


Salam di hari Selasa semua, masih mood beraya ke tu? Hihi, hari ini dalam jadual kita ada 3 sesi dengan 2 peserta online. Juga hari ini merupakan hari tamatnya sesi 5 foundation buat adik Saleha kita yang berbakat, alhamdulillah dan tahniah. Cikgu amat amat berharap adik Saleha merasa berbaloi belajar bersama cikgu dan dapat bertanya puas puas masa kelas.


Baik, marilah kita baca feedback cikgu ya.


——

Hari ini kami bersama-sama memasuki sesi kelas advance & adik Saleha telah memilih topik karakter untuk lebih belajar secara detail lg.


Kali ini cikgu kongsikan bagaimana cara industri terutama pada animasi & komik dalam menghasilkan pose karakter mengikut tema.

Dan tema yg kami buat pada hari ini berkaitan fantasy.


Di permulaan task, adik Saleha sebenarnya sudah hasilkan karakternya. Namun sebab ianya terlalu simple & Cikgu minta agar adik Saleha hasilkan lukisannya semula & perlu ada keunikkan & fresh.

Alhamdulillah akhirnya adik Saleha berjaya hasilkan watak yg comel mengikut keupayaannya sendiri.


Tadi kami baru siapkan first pose karakter, akan ada lagi 2 pose, 3 ekspresi karakter & poster. InsyaAllah kami akan cuba siapkan bersama-sama malam ini ya.


Terbaik buat adik Saleha✨πŸ₯³πŸŽ‰πŸ€©

——

Alhamdulillah hari ini adik Rifqi mempelajari pula topik ke-2 iaitu karakter & background.


Di permulaan task adik Rifqi belajar cara melukis watak dgn menggunakan bentuk2 asas & teknik basic T. Kemudian kami bersama-sama pula hasilkan lukisan background menggunakan teknik silhouette.


Alhamdulillah hasil karakter & background yg dilukis adik Rifqi memuaskan. Nanti boleh berlatih lagi ya sebelum sesi kita yg seterusnya.


Terbaik buat adik Rifqi hari iniπŸ€©πŸ‘πŸ₯³πŸŽ‰πŸ€²

——

Alhamdulillah hari ini adik Rayyan telah berjaya siapkan page ke-3 komiknya dgn lengkap berwarna & mempunyai dialog komik.


Latihan sebegini yg berulang akan membiasakan adik Rayyan utk membiasakan diri dgn proses penghasilan komik seperti mana yg cikgu & artis komik lain praktikkan.


Hasil artwork hari ini pun sgt memuaskan & semoga adik Rayyan dpt biasakan diri dgn teknik2 yg telah dipelajari. Tahniah kerana memenangi art challenge. Terbaik buat adik RayyanπŸ˜‰πŸ€©πŸ‘πŸŽ‰πŸ₯³

—-

Alhamdulillah berakhir sudah sesi kelas advance ke-2 adik Saleha sebentar tadi.


Adik Saleha dapat hasilkan pose ke-2 & 3 dengan baik sekali. Latihan kali ini dapat menguji kita sebagai artis untuk sentiasa kekalkan wajah & aksesori karakter walaupun dilukis dgn pelbagai angle.


Seterusnya kami bersama-sama melukis poster berkaitan dgn watak yg dilukis. Hasil artwork adik Saleha sgt memuaskan, hanya teguran dari cikgu jika boleh adik Saleha boleh cuba hasilkan watak2 atau lukisan yg belum pernah dicuba sebelum ini. 


Overall adik Saleha mmg student yg berbakat besar. Terbaik buat adik Saleha yaπŸ˜‰✨πŸ‘πŸ₯³πŸŽ‰




Baik semua, moga berjumpa lagi di kelas seterusnya untuk sama2 mempelajari asas melukis digital di procreate. Jumpa lagi πŸ˜ŠπŸ€²πŸ‘

—-


Allahumma solli ala saidina Muhammad. wa ala alihi wasohbihi wa barik wa salim


Selamat bercuti semua. Moga Allah terima ibadah kita dan usaha kita demi kebahagiaan dunia dan akhirat kita aamin. Assalamualaikum dan selamat malam!


πŸ€²πŸ˜πŸŒ·πŸ‘

.


Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :

www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital


Channel Telegram: 

https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate


#kelasprocreatemalaysia

#kelasmelukisdigital

#melukisdiipad

#procreateclass 

#digitaldrawingclass

#qnkartstudio

#supportlocal 

No comments:

Post a Comment

Blog 02hb Jun 2026 (Selasa)

02hb Jun 2026, Selasa Kelas Melukis Digital app Procreate Q&K Art Studio Q&K Ruqaiyah N Maski Resources (IP0590910-M) Kelas On...