Mari kenali kami

Tuesday, May 19, 2026

Blog 19hb Mei 2026 (Selasa)

19hb Mei 2026, Selasa

Kelas Melukis Digital app Procreate

Q&K Art Studio

Q&K Ruqaiyah N Maski Resources

(IP0590910-M)


Kelas Online dari Cyberjaya


Sesi Pagi

9am - 11am

C2 : Advance Production 

Huzaifah (10)

dari Singapura










Sesi Petang 

5.30pm - 6.30pm

Personal Coaching : Komik

Rayyan (15)

dari Alor Gajah, Melaka







Sesi Malam

8.30pm - 9.30pm

PDASS 2 jam

Aufa Annisa’ (9)

dari Kuantan, Pahang






PS: Untuk lihat attachment berbentuk video/ pdf semasa kelas dan/atau hasil animasi/komik/buku cerita peserta, 

boleh ke Telegram Channel atau FB kami dan cari tarikh post yang dimahukan. Terima kasih.




Bismillah Ar Rahman Ar Rahim


Selasa sudah kita, beberapa hari lagi bakal menjelang Hari Raya Korban. Moga kita menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya. Kami bersyukur menerima peserta dari pelbagai lokasi. Dan hari ini dalam jadual kita ada peserta dari Singapura, Melaka dan Pahang.


Terima kasih kerana semangat hadiri kelas ini, mudah mudahan ianya memberi kebaikan dan menaik taraf ilmu kalian ke tahap baru. aamin. Jom kita baca feedback cikgu ya.


——

Syukur alhamdulillah, berakhir sudah sesi pembelajaran full course bersama cikgu tadi. Seperti biasa, setiap task adik Huzaifah akan buat yg terbaik mengikut kemampuannya & adik Huzaifah juga kreatif dalam menghasilkan setiap karya serta berani mencuba sesuatu yg baru. Cikgu amat kagum kerana setiap kelas adik Huzaifah sgt fokus & dapat siapkan task yg diberikan cikgu. 


Hari ini adik Huzaifah berjaya siapkan pose karakter & ekspresi ( sedih, marah & gembira ). Selepas itu kami mula hasilkan poster berkaitan dgn watak yg dilukis. Hasil artwork hari ini ditahap yg baik & cikgu suka lihat kreativiti adik Huzaifah yg pelbagai.


Jangan lupa sentiasa praktis di rumah ya. Boleh recap balik topik2 yg sudah kita belajar bersama seperti komik, karakter & animasi.


Terbaik adik Huzaifah🎊✨πŸ‘πŸ˜ŠπŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰ terima kasih kerana belajar bersama-sama cikgu ya🀩

——


Alhamdulillah hari ini adik Rayyan bersama-sama cikgu mula tracing komik page ke-2 yg bertemakan seram ini.


Stroke/hasil garisan lukisan adik Rayyan mulai semakin kemas & baik sekali. Hanya perlu selalu ingat susunan layer bagi layer tracing & color agar dapat elakkan kesilapan semasa warna.


Berjumpa pula untuk masukkan dialog/ teks pada komik. Terbaik buat adik RayyanπŸ‘πŸ€²πŸ€©πŸ₯³

—-

Hari ini merupakan sesi pertama kelas PDASS adik Aufa bersama cikgu. Untuk sesi seperti ini cikgu akan berikan tugasan yang dapat memberi latihan agar selalu ingat dengan teknik2 melukis di procreate. 


Untuk hari ini cikgu berikan task berkenaan lukisan doodle. Ini agak mencabar kerana adik Aufa akan gunakan solid pen terus untuk hasilkan doodle. Doodle perlu ada elemen spontan tanpa ada sketch. Jadi cikgu mahu lihat idea-idea spontan adik Aufa.


Hasil doodle tadi bertemakan monster & adik Aufa dpt hasilkan satu lukisan yg sgt kemas & comel. Terbaik buat Aufa hari iniπŸ˜‰πŸ€©✨πŸŽ‰πŸ‘

—-


Allahumma solli ala saidina Muhammad. wa ala alihi wasohbihi wa barik wa salim


Mari kita berehat dengan seharian yang penuh aktiviti. Moga Allah terima ibadah kita dan usaha kita demi kebahagiaan dunia dan akhirat kita aamin. Assalamualaikum dan selamat malam!


πŸ€²πŸ˜πŸŒ·πŸ‘

.


Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :

www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital


Channel Telegram: 

https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate


#kelasprocreatemalaysia

#kelasmelukisdigital

#melukisdiipad

#procreateclass 

#digitaldrawingclass

#qnkartstudio

#supportlocal 

No comments:

Post a Comment

Blog 01hb Jun 2026 (isnin)

01hb Jun 2026, isnin Kelas Melukis Digital app Procreate Q&K Art Studio Q&K Ruqaiyah N Maski Resources (IP0590910-M) Kelas Onl...