10hb Mei 2026, Ahad
Kelas Melukis Digital app Procreate
Q&K Art Studio
Q&K Ruqaiyah N Maski Resources
(IP0590910-M)
Kelas Fizikal di Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor
Sesi Pagi
10am - 12pm
PDASS 2 jam - Amna (13) *x hadir, Zahra (9) *x hadir, Alamkhir (16), Amelyz (12)
PS: Untuk lihat attachment berbentuk video/ pdf semasa kelas dan/atau hasil animasi/komik/buku cerita peserta,
boleh ke Telegram Channel atau FB kami dan cari tarikh post yang dimahukan. Terima kasih.
Sesi Tengahari
12.30pm - 2.30pm
PDASS 2 jam - Hayden (11)
1pm - 2.30pm
PDASS 1 jam - Rizq (12)
Personal Coaching : Buku Cerita Digital - Hana Najla (13) *tidak sihat
Sesi Malam *cancel
8.30pm - 9.30pm
PDASS 1 jam
Aufa Annisa’ (9)
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Kisah ahad di KMDP, syukur kehadrat ilahi kerana masih kita bernyawa, walau tersalah sana sini Allah tetap berikan nikmatNya dengan penuh kasih sayang buat hamba hambaNya yang lemah dan perlukan perlindungan.
Kali ini kita hanya ada sesi fizikal, jadual ada seramai 7 orang namun yang dapat hadir kali ini hanya 4 orang. Buat yang diuji kesihatan itu moga diberikan kesembuhan segera ya, aamin. Next time kita jumpa di sesi ganti no worries 🌸
Terima kasih pada yang komited hadir dihujung minggu dimana ramai yang memilih utk golek golek di rumah, kalian hadir bersama yang lain demi cita cita dan minat kreatif kalian. Tq so much sudi belajar bersama. Kami berharap kita sama sama berkembang maju menjadi lebih baik dari sebelum ini 🌷🤲
.
Baiklah, juga jom refresh tentang projek e-majalah kita. Buat yang baru dan yang mahu refresh balik tentangnya meh saya kongsi semula ya.
.
RESHARE
Jadi kami di Q&K Art Studio merancangkan sebuah e-majalah (komik dan lukisan) secara bulanan.
(utk sebuah majalah - kita sediakan bayaran penyemangat ya! Moga akan datang kita boleh kongsi rezeki lebih lagi, doakan ya!)
Kategori Komik Strip -
(cerita sempoi dalam 1 muka dalam 4 kotak/ 8 kotak)
hitam putih (upah rm2)/ berwarna (upah rm4) (1 page)
total 4 slot
2 slot : hitam putih
2 slot : berwarna
——————
Kategori Komik Bersiri - 9 page termasuk cover
(Hasilkan komik yang bersambungan di majalah berikutnya sehingga cerita selesai)
total 10 slot
8 slot : + hitam putih (upah rm2x9=rm18)
2 slot : + bewarna (upah rm4x9=rm32)
——————
Kategori Komik One-shot - berwarna (4 page x rm4 = rm16)
(Komik yang diceritakan dan tamat terus dalam 4 muka surat shj)
total 2 slot : berwarna shj
——————
Kategori Ilustrasi Berwarna A4 (poster 1 page rm5)
(lukisan ilustrasi yang pelbagai untuk kalian ekspressi diri - boleh jadi ala poster, atau ala cover buku dll untuk tatapan dan difikirkan)
total 10 entri : berwarna
——————
Kategori Buku Cerita - berwarna (8 page x rm3 = rm24)
(Lapan muka surat cerita yang terus tamat dilukis secara ilustrasi penuh dengan teks yang ringkas)
total 2 Slot : berwarna
MAKLUMAN
*Bayaran akan direlease selepas majalah kita publish untuk bacaan umum okeh. Boleh ya.
Kita kumpul bahan utk 3 buah majalah dulu, kemudian baru publish. 👍 Limit 1 orang sertai 1 kategori. Orang yang sama boleh sertai kategori lain dalam edisi majalah sama. Contoh pilih Kategori ilustrasi Berwarna A4, hanya 1 entri. Kemudian hantar entri Komik Strip (berwarna) 1 utk 1 majalah, diperbolehkan. Boleh terus wasap Cikgu Qay untuk pertanyaan lanjut ya.
Mudah mudahan ini adalah platform selamat dan terbaik untuk anak-anak mahupun dewasa yg ingin kembangkan ilmu dan berkarya seiring redha Ilahi. Tak semestinya cerita pasal dakwah, banyak story2 yang kreatif kita boleh hasilkan tanpa perlu melanggar apa yang Allah telah hadkan kita hamba-hambaNya. All the best semua!
Itu sahaja seringkasnya kali ini. Selamat pagi selamat petang selamat malam semua Assalamualaikum wbt.
🤲🌷🌸❤️👍
.
Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :
www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital
Channel Telegram:
https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate
#kelasprocreatemalaysia
#kelasmelukisdigital
#melukisdiipad
#procreateclass
#digitaldrawingclass
#qnkartstudio
#supportlocal
No comments:
Post a Comment