Mari kenali kami

Friday, May 8, 2026

Blog 08hb Mei 2026 (jumaat)

08hb Mei 2026, jumaat

Kelas Melukis Digital app Procreate

Q&K Art Studio

Q&K Ruqaiyah N Maski Resources

(IP0590910-M)


Kelas Online dari Cyberjaya


10am - 11am

PDASS 1 jam 

Zayyan (13)

dari Kelantan





Sesi Malam

8.30pm - 9.30pm

PDASS 1 jam 

Fatima (9)

dari Cheras, Kuala Lumpur












Bismillah Ar Rahman Ar Rahim


Assalamualaikum wbt 


Salam jumaat rakan dan kenalan semua. Apa khabar kalian? Bilakah kali terakhir kita bertanyakan khabar pada sahabat kita yang dahulu kita rapat? Apakah mereka sihat sihat sahaja? Benar hari hari kita sentiasa penuh dengan jadual yang padat, sampaikan aja doa buat mereka agar sentiasa dalam kemudahan, dilancarkan rezeki. dan minta ringankan azab bagi mereka yang telah diuji awal pergi.


Walau nyawa kita tamat, dialam kubur kita masih boleh menerima tambahan pahala andai ada peninggalan kita membawa manfaat pada yang masih hidup. Doa anak yang soleh solehah juga amat penting. Maka sentiasalah kita berusaha mendidik anak2 kenali Allah dan Rasul. Dan sampaikan pesan buat mereka agar mendoakan kita apabila diuji pergi dahulu.


Hihi, sama sama kita nasihat menasihati. Dan teruskan sebar manfaat walau dengan menanam sebiji benih di tanah hari ini. Baik, jom kita baca feedback cikgu buat peserta hari ini.


——

Oleh kerana ada masalah teknikal, adik Zayyan terpaksa cancel class dan cikgu Maski sudah berikan latihan untuk dijadikan homework. Moga Adik Zayyan dapat commit dengan tugasan ya, jangan lupa hantar kerja sekolah huhuhu.

——


Alhamdulillah malam ini kami sudah mula lakukan proses tracing, warna serta meletakkan teks pada page 1 buku cerita adik Fatima.


Pada task kali ini ada beberapa teknik baru yg cikgu ajarkan. Ada teknik filter & cara letakkan sound effect text pada lukisan buku cerita. Ini memang optional sahaja, namun cikgu harap utk next page dapat lihat elemen2 ini ya.


Hasil lukisan adik Fatima sentiasa kemas. Dan adik Fatima juga sempat sketch pada page ke-2 tadi. Berjumpa pula di sesi berikutnya ya. Terbaik buat adik FatimaπŸ€©πŸ€²πŸ‘πŸŽ‰
——


.

Mari teruskan istiqamah zikir hari ini! Subhanallah Alhamdulillah Lailahailallah Allahuakhbar.


Reshare : Projek e-majalah kita still on ya, its ok hantar lambat, janji kalian tepati tarikh submit yg kalian targetkan. Mudah mudahan usaha kecil ini menjadi permulaan untuk suatu yg besar dan bermakna aamin. Buat yang telah mendaftar, terima kasih banyak sudi memberi kepercayaan kepada kami. Didoakan kita semua sama-sama diberikan kesihatan yang baik selalu dan dicukupkan segala keperluan serta dimakbulkan doa-doa aamin aamin. 


Selamat malam guys. Assalamualaikum wbt


🀲🌷🌸❤️πŸ‘

.


Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :

www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital


Channel Telegram: 

https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate


#kelasprocreatemalaysia

#kelasmelukisdigital

#melukisdiipad

#procreateclass 

#digitaldrawingclass

#qnkartstudio

#supportlocal

No comments:

Post a Comment

Blog 01hb Jun 2026 (isnin)

01hb Jun 2026, isnin Kelas Melukis Digital app Procreate Q&K Art Studio Q&K Ruqaiyah N Maski Resources (IP0590910-M) Kelas Onl...