12hb Apr 2026, Ahad
Kelas Melukis Digital app Procreate
Q&K Art Studio
Q&K Ruqaiyah N Maski Resources
(IP0590910-M)
Kelas Fizikal di Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor
Sesi Pagi
10am - 12pm
PDASS 2 jam - Ufair (9), Zahra (9)
Sesi Tengahari
12.30pm - 2.30pm
PDASS 1 jam - Rizq (12)
PDASS 2 jam - Khayra (11)
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Assalamualaikum wbt
Salam ahad semua kenalan! Alhamdulillah syukur hari ini kita ada 2 sesi kelas sahaja iaitu sesi fizikal. Seramai 4 peserta yang hadir hari ini. Terima kasih kerana dapat hadir ya, moga urusan kalian sekeluarga semua Allah permudahkan aamin. Hehe. Jom kita lihat apa cerita hari ini.
——
Alhamdulillah hari ini cikgu berikan task berkenaan dengan lukisan background. Ini adalah latihan untuk membiasakan diri dengan menghasilkan lukisan selain karakter & juga mengingat kembali fungsi tools selection utk menghasilkan warna pada background.
Teknik shilloute ini memudahkan kita untuk drop & fill warna. Adik Ufair dan Zahra sgt bijak dalam menggunakan tools ini, insyaAllah jika lebih kerap praktis akan lebih ingat & membiasakan diri.
Hasil artwork dari kalian hari ini sgt memuaskan. Terbaik peserta pagiπ₯³✨ππ€©
——
Hari ini cikgu berikan task melukis komik yg bertemakan elemen seram.
Ini antara genre yg belum pernah adik Rizq cuba untuk lukis. Jadi cikgu ajarkan cara untuk hasilkan artwork dgn elemen seram yg lebih menarik untuk di sampaikan dlm bentuk komik ini.
Alhamdulillah hasil dari adik Rizq mudah di fahami & jelas segala scene yg cuba dilukisnya. InsyaAllah sesi akan datang kita akan mula hasilkan page seterusnya & mula warna.
Terbaik buat adik Rizq yaπ€©πππ₯³✨
——
Alhamdulillah hari ini cikgu berikan task untuk hasilkan komik bertemakan raya.
Melalui task sebegini, adik Khayra boleh hasilkan satu cerita yg berdasarkan pengalaman sebenar atau boleh hasilkan cerita rekaannya sendiri.
Alhamdulillah hasil outline artwork hari ini sgt memuaskan, cerita juga mudah difahami & jelas.
InsyaAllah sesi seterusnya kita akan mula masukkan warna & teks pada komik ya. Terbaik buat adik Khayra hari iniππ€²✨π€©
——
Baiklah, juga jom refresh tentang projek e-majalah kita. Buat yang baru dan yang mahu refresh balik tentangnya meh saya kongsi semula ya.
.
RESHARE
Jadi kami di Q&K Art Studio merancangkan sebuah e-majalah (komik dan lukisan) secara bulanan.
(utk sebuah majalah - kita sediakan bayaran penyemangat ya! Moga akan datang kita boleh kongsi rezeki lebih lagi, doakan ya!)
Kategori Komik Strip -
(cerita sempoi dalam 1 muka dalam 4 kotak/ 8 kotak)
hitam putih (upah rm2)/ berwarna (upah rm4) (1 page)
total 4 slot
2 slot : hitam putih
2 slot : berwarna
——————
Kategori Komik Bersiri - 9 page termasuk cover
(Hasilkan komik yang bersambungan di majalah berikutnya sehingga cerita selesai)
total 10 slot
8 slot : + hitam putih (upah rm2x9=rm18)
2 slot : + bewarna (upah rm4x9=rm32)
——————
Kategori Komik One-shot - berwarna (4 page x rm4 = rm16)
(Komik yang diceritakan dan tamat terus dalam 4 muka surat shj)
total 2 slot : berwarna shj
——————
Kategori Ilustrasi Berwarna A4 (poster 1 page rm5)
(lukisan ilustrasi yang pelbagai untuk kalian ekspressi diri - boleh jadi ala poster, atau ala cover buku dll untuk tatapan dan difikirkan)
total 10 entri : berwarna
——————
Kategori Buku Cerita - berwarna (8 page x rm3 = rm24)
(Lapan muka surat cerita yang terus tamat dilukis secara ilustrasi penuh dengan teks yang ringkas)
total 2 Slot : berwarna
MAKLUMAN
*Bayaran akan direlease selepas majalah kita publish untuk bacaan umum okeh. Boleh ya.
Kita kumpul bahan utk 3 buah majalah dulu, kemudian baru publish. π Limit 1 orang sertai 1 kategori. Orang yang sama boleh sertai kategori lain dalam edisi majalah sama. Contoh pilih Kategori ilustrasi Berwarna A4, hanya 1 entri. Kemudian hantar entri Komik Strip (berwarna) 1 utk 1 majalah, diperbolehkan. Boleh terus wasap Cikgu Qay untuk pertanyaan lanjut ya.
Mudah mudahan ini adalah platform selamat dan terbaik untuk anak-anak mahupun dewasa yg ingin kembangkan ilmu dan berkarya seiring redha Ilahi. Tak semestinya cerita pasal dakwah, banyak story2 yang kreatif kita boleh hasilkan tanpa perlu melanggar apa yang Allah telah hadkan kita hamba-hambaNya. All the best semua!
Itu sahaja seringkasnya kali ini. Selamat pagi selamat petang selamat malam semua Assalamualaikum wbt.
π€²π·πΈ❤️π
.
Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :
www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital
Channel Telegram:
https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate
#kelasprocreatemalaysia
#kelasmelukisdigital
#melukisdiipad
#procreateclass
#digitaldrawingclass
#qnkartstudio
#supportlocal
No comments:
Post a Comment