Mari kenali kami

Friday, April 10, 2026

Blog 10hb Apr 2026 (jumaat)

10hb Apr 2026, jumaat

Kelas Melukis Digital app Procreate

Q&K Art Studio

Q&K Ruqaiyah N Maski Resources

(IP0590910-M)


Kelas Online dari Cyberjaya


Sesi Pagi 

10am - 11am

PDASS 1 jam 

Zayyan (13)

dari Kelantan










Sesi Petang

5pm - 6pm

PDASS 1 jam 

Fatima (9)

dari Cheras, Kuala Lumpur








Sesi Malam

8pm - 10pm

C2 : Advance Production

Aufa Annisa’ (9)

dari Kuantan, Pahang










PS: Untuk lihat attachment berbentuk video/ pdf semasa kelas dan/atau hasil animasi/komik/buku cerita peserta, 

boleh ke Telegram Channel atau FB kami dan cari tarikh post yang dimahukan. Terima kasih.




Bismillah Ar Rahman Ar Rahim


Assalamualaikum wbt 


Salam jumaat semua. 17 April nanti merupakan syawal terakhir. Sudah puasa 6? Sempat tak? Jom mula kalau belum buat lagi hehe. Jadi kisah kita hari ini ada 3 peserta online kesemuanya. Dan juga hari ini kelas terakhir bagi 5 foundation buat adik Aufa Annisa’. Alhamdulillah dan tahniah kerana berjaya menamatkan kelas asas utama melukis digital procreate. 


Hehe cuti-cuti ni masih ada yang buat rumah terbuka ke? Hope pada yang ada jauh perjalanan, selamat sampai ke destinasi. Buat yang diuji kesakitan, diri sendiri, ahli keluarga mahupun kenalan, moga Allah kembalikan sembuhkan dan beri peluang buat kita utk terus baiki diri menjadi umat manusia yang diredhai. Aamin.


Jom kita baca feedback cikgu ya.


——

Alhamdulillah hari ini cikgu memberikan task baru iaitu tentang melukis karakter yg unik & kreatif dengan menggunakan reference dari tema objek, haiwan & manusia.


Melalui ketiga-tiga reference ini adik Zayyan telah mencipta watak uniknya sendiri dengan sgt baik. Ada 2 watak yg dilukis & kedua-duanya ada keunikkan tersendiri.


Terbaik buat adik Zayyan hari ini✨🀲πŸ₯³πŸ€©πŸŽ‰

——


Hari ini cikgu bersama-sama adik Fatima menghasilkan satu lukisan cover komik yg mengikut pilihan serta kreativiti sendiri.


Untuk cover yg dihasilkan adik Fatima tadi, cikgu suka dgn keceriaan yg ada pad cover terutama pada watak & pemilihan warna. Mybe boleh letak sedikit background agar tidak kelihatan kosong.


Dengan masa berbaki tadi, adik Fatima juga berjaya siapkan sketch komik stripnya di page yg ke-3 nya. InsyaAllah nanti kita sambung bersama-sama komik strip ni ya.


Terbaik buat adik Fatima hari iniπŸŽ‰πŸ₯³πŸ‘πŸ€©


——


Syukur alhamdulillah, berakhir sudah sesi pembelajaran full course bersama cikgu tadi. Seperti biasa, setiap task adik Imani akan buat yg terbaik & adik Aufa sgt kreatif dalam menghasilkan setiap karya. Cikgu amat kagum kerana setiap kelas adik Aufa sgt fokus & dapat siapkan task yg diberikan cikgu. 


Hasil artwork malam ini adik Aufa telah siapakan task melukis ekspresi wajah karakter & seterusnya poster. Hasil artwork juga sgt memuaskan.


Jangan lupa sentiasa praktis di rumah ya. Boleh recap balik topik2 yg sudah kita belajar bersama seperti komik, karakter & animasi.


Terbaik adik Aufa🎊✨πŸ‘πŸ˜ŠπŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰ terima kasih kerana belajar bersama-sama cikgu ya🀩


——

.

Jom teruskan berdoa agar dikurniakan kesihatan dan kekuatan serta dilancarkan rezeki demi meneruskan hari hari mendatang. Dunia ini sedang banyak dilanda ujian. Moga kita kuat dan setiap bertauhid kepadaNya.


Reshare : Projek e-majalah kita still on ya, its ok hantar lambat, janji kalian tepati tarikh submit yg kalian targetkan. Mudah mudahan usaha kecil ini menjadi permulaan untuk suatu yg besar dan bermakna aamin. Buat yang telah mendaftar, terima kasih banyak sudi memberi kepercayaan kepada kami. Didoakan kita semua sama-sama diberikan kesihatan yang baik selalu dan dicukupkan segala keperluan serta dimakbulkan doa-doa aamin aamin. 


Selamat malam guys. Assalamualaikum wbt


🀲🌷🌸❤️πŸ‘

.


Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :

www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital


Channel Telegram: 

https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreateuga ya : http://kelasmelukisdigitalprocreate.blogspot.com utk lihat kompilasi testimoni yg ada dll ya. Terima kasih


#kelasprocreatemalaysia

#kelasmelukisdigital

#melukisdiipad

#procreateclass 

#digitaldrawingclass

#qnkartstudio

#supportlocal

No comments:

Post a Comment

Blog 01hb Jun 2026 (isnin)

01hb Jun 2026, isnin Kelas Melukis Digital app Procreate Q&K Art Studio Q&K Ruqaiyah N Maski Resources (IP0590910-M) Kelas Onl...