Mari kenali kami

Monday, April 6, 2026

Blog 06hb Apr 2026 (isnin)

06hb Apr 2026, isnin

Kelas Melukis Digital app Procreate

Q&K Art Studio

Q&K Ruqaiyah N Maski Resources

(IP0590910-M)


Kelas Fizikal di Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor 


Sesi Pagi

10am - 11.30am

A : Basic App Procreate 

Cikpuan Azan (52)

dari Seri Kembangan, Selangor







Kelas Online dari Cyberjaya


Sesi Petang

2.30pm - 4.30pm

PDASS 2 jam

Nadia (16)

dari Kajang, Selangor








Assalamualaikum wbt


Hai hai semua! Hari raya keberapa dah hari ni? Syawal ke 17 dah! Syukur ya, Alhamdulillah masih sihat, masih Allah pinjamkan nyawa, masih Allah beri kita bernafas, berdiri, buat apa saja, makan apa saja yang kita boleh dapat walaupun kita masih lagi orang-orang yang kurang sana sini, dalam membaiki diri.

Jom, ambil masa istighfar atas dosa serta ucap alhamdulillah atas nikmat rezeki yang tidak berhenti melimpah pada kita. Baik untuk kisah kita hari ini kita nak ucapkan selamat datang kepada Cikpuan Azan untuk sesi pertamanya secara fizikal 1 to 1. Alhamdulillah terima kasih sudi memilih kami untuk berkongsikan ilmu mengenai lukisan digital Procreate. Moga ianya satu pengalaman yang berharga dan bermanfaat ya aamin.


Juga selepas zohor kita ada peserta online dengan sesi latihannya, terima kasih kerana continue kelas bersama kami. Bulan lalu baru sahaja selesai sesi Personal Coachingnya - membuat projek Buku Cerita Digital (jemout ke telegram untuk baca ebook komik pdf beliau ya). Hehe dan berikut adalah feedback cikgu ya buat peserta2 hari ini.


——

Alhamdulillah Cikpuan Hazana dapat selesaikan tugasan yang diberi cikgu dengan baik sekali. Cikpuan juga faham dengan fungsi asas procreate ini dan dapat membuat lukisan tanpa sebarang masalah. Hasil lukisan amat kemas & mempunyai pilihan warna yg harmoni. 


Ada pelbagai teknik yg dapat digunakan semasa proses inking tadi & alhamdulillah cikpuan dpt ikut satu persatu dengan baik.


Semoga jumpa lagi di kelas selanjutnya ya😊👍

——-

Memandangkan kita masih berada pada mood beraya lagi, cikgu berikan task melukis komik bertemakan raya. Pelajar boleh hasilkan cerita fiksyen atau pun yg berkaitan dgn pengalaman raya.


Adik Nadia dapat hasilkan satu komik yg amat kemas & ada jalan cerita yg mudah difahami. Yang penting adik Nadia tahu apa perlu dibuatnya utk sampaikan mesej melalui komiknya.


InsyaAllah kelas akan datang kami akan mula letakkan warna & teks pd komik ya.


Hasil artwork hari ini sgt memuaskan🌷


Terbaik buat adik Nadia🎉🤩🥳👍


——



Worait, Itu sahaja guys. Esok pula insyaAllah kita kongsi lagi. Jangan putus asa dengan balasan Allah, segala usaha baik itu tidaklah sia-sia di mataNya. Segalanya dicatat walau sekecilnya. Moga Banyak pahala terkumpul buat bekalan di sana, aamin. Assalamualaikum wbt.


🤲🌷🌸❤️👍

.


Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :

www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital


Channel Telegram: 

https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate


#kelasprocreatemalaysia

#kelasmelukisdigital

#melukisdiipad

#procreateclass 

#digitaldrawingclass

#qnkartstudio

#supportlocal

No comments:

Post a Comment

Blog 01hb Jun 2026 (isnin)

01hb Jun 2026, isnin Kelas Melukis Digital app Procreate Q&K Art Studio Q&K Ruqaiyah N Maski Resources (IP0590910-M) Kelas Onl...