Mari kenali kami

Sunday, March 1, 2026

Blog 1hb mac 2026 (ahad)

01hb Mac 2026, Ahad

Kelas Melukis Digital app Procreate

Q&K Art Studio

Q&K Ruqaiyah N Maski Resources

(IP0590910-M)


Kelas Fizikal di Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor


Sesi Pagi 

10am - 12pm

PDASS 2 jam - Qaisara (11), Qalisya (7)











Sesi Malam

8.30pm - 10.30pm

PDASS 2 jam

Arianna (9)

dari Taiping, Perak









 

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim


Assalamualaikum wbt


Salam Ramadhan semua. Apa khabar? Sihat ya?


Ahad kali ini kita ada peserta seramai 3 orang. Semuanya baru mendaftar untuk continue kelas latihan mereka di sesi PDASS.

Kami mahu ucapkan ribua terima kasih kepada ibu aya yang tidak jemu jemu meneruskan kelas bersama kami, beri kepercayaan kepada kami untuk berkongsi ilmu yang ada demi kembangkan bakat masing-masing.


Sementara itu, mari kita lihat hasil mereka kali ini. Dan juga, jom refresh tentang projek e-majalah kita. Buat yang baru dan yang mahu refresh balik tentangnya meh saya kongsi semula ya.


.

RESHARE


Jadi kami di Q&K Art Studio merancangkan sebuah e-majalah (komik dan lukisan) secara bulanan.

(utk sebuah majalah - kita sediakan bayaran penyemangat ya! Moga akan datang kita boleh kongsi rezeki lebih lagi, doakan ya!)


Kategori Komik Strip - 

(cerita sempoi dalam 1 muka dalam 4 kotak/ 8 kotak)

hitam putih (upah rm2)/ berwarna (upah rm4) (1 page)

total 4 slot


2 slot : hitam putih

2 slot : berwarna

——————


Kategori Komik Bersiri - 9 page termasuk cover
(Hasilkan komik yang bersambungan di majalah berikutnya sehingga cerita selesai)

total 10 slot


8 slot : + hitam putih (upah rm2x9=rm18) 

2 slot : + bewarna (upah rm4x9=rm32)

——————


Kategori Komik One-shot - berwarna (4 page x rm4 = rm16)
(Komik yang diceritakan dan tamat terus dalam 4 muka surat shj)

total 2 slot : berwarna shj

——————


Kategori Ilustrasi Berwarna A4 (poster 1 page rm5)
(lukisan ilustrasi yang pelbagai untuk kalian ekspressi diri - boleh jadi ala poster, atau ala cover buku dll untuk tatapan dan difikirkan)

total 10 entri : berwarna

——————


Kategori Buku Cerita - berwarna (8 page x rm3 = rm24)
(Lapan muka surat cerita yang terus tamat dilukis secara ilustrasi penuh dengan teks yang ringkas)

total 2 Slot : berwarna

MAKLUMAN
*Bayaran akan direlease selepas majalah kita publish untuk bacaan umum okeh. Boleh ya.


Kita kumpul bahan utk 3 buah majalah dulu, kemudian baru publish. 👍 Limit 1 orang sertai 1 kategori. Orang yang sama boleh sertai kategori lain dalam edisi majalah sama. Contoh pilih Kategori ilustrasi Berwarna A4, hanya 1 entri. Kemudian hantar entri Komik Strip (berwarna) 1 utk 1 majalah, diperbolehkan. Boleh terus wasap Cikgu Qay untuk pertanyaan lanjut ya.


Mudah mudahan ini adalah platform selamat dan terbaik untuk anak-anak mahupun dewasa yg  ingin kembangkan ilmu dan berkarya seiring redha Ilahi. Tak semestinya cerita pasal dakwah, banyak story2 yang kreatif kita boleh hasilkan tanpa perlu melanggar apa yang Allah telah hadkan kita hamba-hambaNya. All the best semua!


Itu sahaja seringkasnya kali ini. Selamat pagi selamat petang selamat malam semua Assalamualaikum wbt.


🤲🌷🌸❤️👍

.


Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :

www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital


Channel Telegram: 

https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate


#kelasprocreatemalaysia

#kelasmelukisdigital

#melukisdiipad

#procreateclass 

#digitaldrawingclass

#qnkartstudio

#supportlocal

No comments:

Post a Comment

Blog 10hb Mac 2026 (Selasa)

10hb Mac 2026, Selasa Kelas Melukis Digital app Procreate Q&K Art Studio Q&K Ruqaiyah N Maski Resources (IP0590910-M) Kelas On...