Mari kenali kami

Monday, March 9, 2026

Blog 09hb Mac 2026 (isnin)

09hb Mac 2026, isnin

Kelas Melukis Digital app Procreate

Q&K Art Studio

Q&K Ruqaiyah N Maski Resources

(IP0590910-M)


Kelas Online dari Cyberjaya


Sesi Petang

2.30pm - 4.30pm

Personal Coaching: Buku Cerita Digital

Nadia (16)

dari Kajang









Assalamualaikum wbt


Salam ramadhan yang ke #19 muslimin muslimat sekalian! Salam sejahtera juga buat kenalan satu Malaysia. Kami di sini mahu ucapkan jutaan terima kasih diatas kebaikan dan sokongan tanpa henti kalian demi menjayakan cita-cita kami ini demi mengembangkan ilmu lukis digital bersama app Procreate di ipad ini.


Bagi yang belum tahu, app Procreate adalah sebuah app yang dicipta untuk permudahkan pelukis profesional mencipta karya dengan mudah serta mengikut zaman ini. Dengan mudah kita boleh hasilkan poster ilustrasi, cipta karakter, lukisan bunga, objek dan corak. Komik, Buku Cerita dan animasi 2D juga mampu kita buat di app ini seandainya tahu caranya.


Disebabkan sudah kami biasakan guna sejak tahun 2016, kami berniat mahu menyebar luaskan lagi teknik melukis ini agar lebih ramai dapat berkarya dengan mudah dan mudah mudahan lebih banyak bahan dan karya seni yang berkualiti dicipta setiap tahun. 


Syukur, walau di bulan puasa ini, para peserta menunjukkan komitmen yang baik dengan menghadiri kelas seperti yang dijadualkan. Didoakan moga segala usaha yang dicurahkan membuahkan hasil. Yang paling penting, apa saja yang kita usahakan ini diredhai serta dalam lindunganNya aamin. Baik, ini kisah di hari isnin kita dan kita share feedback cikgu ya, jemput baca semua.


——

Alhamdulillah hari ini adik Nadia bersama-sama cikgu sudah mula hasilkan muka surat pertama siap berwarna & ada teks sekali.


Pada permulaan cerita adik Nadia ini cikgu dapat faham tentang suasana & jalan cerita yg ingin disampaikan. Ini sgt bagus kerana adik Nadia tanpa ragu2 dapat ekspresi kan ideanya & tahu apa yg perlu dilukis.


Hari ini juga adik Nadia hampir siapkan page keduanya. Hasil artwork hari ini memuaskan & sesi akan datang kita cuba improve dibahagian warna ya agar suasana cerita yg berelemenkan seram komedi ini sampai.


Terbaik buat adik Nadia hari ini✨👏🏻🥳🤩🎉


——



Ok guys, itu sahaja dari kami, nantikan kisah di hari berikutnya. Selamat berbuka puasa, moga amal ibadah kita Allah terima dengan penuh kasih sayangNya aamin. Assalamualaikum wbt.


🤲🌷🌸❤️👍

.


Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :

www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital


Channel Telegram: 

https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate


#kelasprocreatemalaysia

#kelasmelukisdigital

#melukisdiipad

#procreateclass 

#digitaldrawingclass

#qnkartstudio

#supportlocal

No comments:

Post a Comment

Blog 10hb Mac 2026 (Selasa)

10hb Mac 2026, Selasa Kelas Melukis Digital app Procreate Q&K Art Studio Q&K Ruqaiyah N Maski Resources (IP0590910-M) Kelas On...