Mari kenali kami

Sunday, February 1, 2026

Blog 01hb feb 2026 (ahad)

01hb Feb 2026, Ahad

Kelas Melukis Digital app Procreate

Q&K Art Studio

Q&K Ruqaiyah N Maski Resources

(IP0590910-M)


Kelas Fizikal di Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor


Sesi Pagi 

10am - 12pm

PDASS 2 jam - Harriz (13), Amna (13)

A : Basic App Procreate - Rumi (13) & Nursi (11)













Kelas Online dari Cyberjaya


Sesi Malam *tak dapat hadir

8pm - 10pm

C2 : Advance Production 

Rizq Arianna (9)
dari Taiping, Perak

 

Bismillah Ar Rahman Ar Rahim


Assalamualaikum wbt


Salam pagi petang dan malam buat semua yang dikasihi lagi dihormati, ini kisah di hari ahad pula ya kita. Terima kasih buat yang dapat hadir, juga Selamat Datang diucapkan kepada peserta baru dari Muar, Johor iaitu adik Rumi dan Nursi yang manis. Ribuan terima kasih ayahanda beliau kerana sudi mendaftar kelas kami ini.


Hari ini telahpun masih bulan baru iaitu Februari 2026. Sekejap aja kan pejam celik pejam celik, haa nak ramadhan dahh.. Haa nak raya dah.. huhuhu apa-apa pun yang berlaku dalam hidup, moga kita terus melangkah, merancang masa depan kita. ‘Memang gila mengharapkan perubadahan dalam hidup jika kita masih melakukan hal yang sama setiap hari’


Apa yang mahu kita terjemah dari kata-kata ini, sekiranya kita mahukan suatu perkara yang lain dari hari2 biasa kita, ambillah sedikit kelainan, risiko (yg kita boleh tanggung dan mental juga bersedia), cuba new things, cabar diri, keluar dari comfort zone. InsyaAllah dengan minta bantuan dan bimbinganNya, kita takkan tersalah langkah.


Baiklah. Setakat itu celoteh kita hari ini. Jumpa lagi ya semua yang kreatif dan dreamers. Moga kita berjaya dunia kahirat dengan melalukan perkara yang kita sukai. aamin.


Oh ya, Ingat lagi projek e-majalah kita? Buat yang baru dan yang mahu refresh balik tentangnya meh saya kongsi semula ya.


.

RESHARE


Jadi kami di Q&K Art Studio merancangkan sebuah e-majalah (komik dan lukisan) secara bulanan.

(utk sebuah majalah - kita sediakan bayaran penyemangat ya! Moga akan datang kita boleh kongsi rezeki lebih lagi, doakan ya!)


Kategori Komik Strip - 

(cerita sempoi dalam 1 muka dalam 4 kotak/ 8 kotak)

hitam putih (upah rm2)/ berwarna (upah rm4) (1 page)

total 4 slot


2 slot : hitam putih

2 slot : berwarna

——————


Kategori Komik Bersiri - 9 page termasuk cover
(Hasilkan komik yang bersambungan di majalah berikutnya sehingga cerita selesai)

total 10 slot


8 slot : + hitam putih (upah rm2x9=rm18) 

2 slot : + bewarna (upah rm4x9=rm32)

——————


Kategori Komik One-shot - berwarna (4 page x rm4 = rm16)
(Komik yang diceritakan dan tamat terus dalam 4 muka surat shj)

total 2 slot : berwarna shj

——————


Kategori Ilustrasi Berwarna A4 (poster 1 page rm5)
(lukisan ilustrasi yang pelbagai untuk kalian ekspressi diri - boleh jadi ala poster, atau ala cover buku dll untuk tatapan dan difikirkan)

total 10 entri : berwarna

——————


Kategori Buku Cerita - berwarna (8 page x rm3 = rm24)
(Lapan muka surat cerita yang terus tamat dilukis secara ilustrasi penuh dengan teks yang ringkas)

total 2 Slot : berwarna

MAKLUMAN
*Bayaran akan direlease selepas majalah kita publish untuk bacaan umum okeh. Boleh ya.


Kita kumpul bahan utk 3 buah majalah dulu, kemudian baru publish. 👍 Limit 1 orang sertai 1 kategori. Orang yang sama boleh sertai kategori lain dalam edisi majalah sama. Contoh pilih Kategori ilustrasi Berwarna A4, hanya 1 entri. Kemudian hantar entri Komik Strip (berwarna) 1 utk 1 majalah, diperbolehkan. Boleh terus wasap Cikgu Qay untuk pertanyaan lanjut ya.


Mudah mudahan ini adalah platform selamat dan terbaik untuk anak-anak mahupun dewasa yg  ingin kembangkan ilmu dan berkarya seiring redha Ilahi. Tak semestinya cerita pasal dakwah, banyak story2 yang kreatif kita boleh hasilkan tanpa perlu melanggar apa yang Allah telah hadkan kita hamba-hambaNya. All the best semua!


Itu sahaja seringkasnya kali ini. Selamat pagi selamat petang selamat malam semua Assalamualaikum wbt.


🤲🌷🌸❤️👍

.


Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :

www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital


Channel Telegram: 

https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate


#kelasprocreatemalaysia

#kelasmelukisdigital

#melukisdiipad

#procreateclass 

#digitaldrawingclass

#qnkartstudio

#supportlocal

No comments:

Post a Comment

Blog 13hb Mac 2026 (jumaat)

13hb Mac 2026, jumaat Kelas Melukis Digital app Procreate Q&K Art Studio Q&K Ruqaiyah N Maski Resources (IP0590910-M) Kelas Fi...