18hb Jan 2026, Ahad
Kelas Melukis Digital app Procreate
Q&K Art Studio
Q&K Ruqaiyah N Maski Resources
(IP0590910-M)
Kelas Fizikal di Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor
Sesi Pagi
10am - 12pm
PDASS 2 jam - Nadia (16) *x hadir, Qaisara (11), Qalisya (7)
Personal Coaching : Buku Cerita Digital - Khayra (11)
Sesi Tengahari
12.30pm - 2.30pm
PDASS 2 jam - Zahra (9), Rizq (12), Aisyah Hana (14)
Kelas Online dari Cyberjaya
Sesi Malam
8pm - 10pm
PDASS 2 jam
Furqan (10)
dari Labuan
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Assalamualaikum wbt
Apa khabar semua? Didoakan Allah memberi kelancaran hari dan kecukupan meneruskan sehari hari kita ya aamin.
Baik hari ni kita ada 8 peserta kesemuanya. Kelas fizikal di cyber 7 orang (seorang tak dapat hadir), dan online malam ini seorang. Macam biasa kita share feedback overall. Syukur buat yang dapat hadir dan komited dengan kelas ini. Masing2 telah berikan hasil terbaik mereka sesuai kemampuan dan kesungguhan yang dicurahkan.
Sebagai parents, usah kita bandingkan dan merendahkan hasil karya anak2 kerana ketahuilah kita dicipta masing2 ada ‘hebat’ kita yang tersendiri. Mungkin di kelas ini hanya salah satu medium untuk kita cungkil apa minat mereka, apa sebenarnya ‘core’ mereka? KIta belum tahu. Jadi jangan jemu memberi peluang anak2 mencuba perkara baru janji baik untuk perkembangan mereka. InsyaAllah, doa dan usaha serta istikharahlah yang terbaik utk kita tahu apa jalan terbaik Allah tetapkan buat anak2 ini.
Dan tak perlulah pula kita memandang rendah pada karya anak-anak lain sedangkan mereka masih di fasa belajar, tanpa kenal abc, masakan boleh menulisnya dengan baik, belajar bunyinya, belajar membuat ayat, malah mengarang sebuah cerita. Semuanya ada step by step. Bersihkan hati, tukar sudut pandang kita kepada mata seekor lebah, mencari yang baik, yang manis. Janganlah bermata lalat, lihat dan tertarik pada yang buruk, busuk dan rosak sahaja.
Ingat lagi projek e-majalah kita? Lupa? Ala tak mengapa. Buat yang baru dan yang mahu refresh balik tentangnya meh saya kongsi semula ya.
.
RESHARE
Jadi kami di Q&K Art Studio merancangkan sebuah e-majalah (komik dan lukisan) secara bulanan.
(utk sebuah majalah - kita sediakan bayaran penyemangat ya! Moga akan datang kita boleh kongsi rezeki lebih lagi, doakan ya!)
Kategori Komik Strip -
(cerita sempoi dalam 1 muka dalam 4 kotak/ 8 kotak)
hitam putih (upah rm2)/ berwarna (upah rm4) (1 page)
total 4 slot
2 slot : hitam putih
2 slot : berwarna
——————
Kategori Komik Bersiri - 9 page termasuk cover
(Hasilkan komik yang bersambungan di majalah berikutnya sehingga cerita selesai)
total 10 slot
8 slot : + hitam putih (upah rm2x9=rm18)
2 slot : + bewarna (upah rm4x9=rm32)
——————
Kategori Komik One-shot - berwarna (4 page x rm4 = rm16)
(Komik yang diceritakan dan tamat terus dalam 4 muka surat shj)
total 2 slot : berwarna shj
——————
Kategori Ilustrasi Berwarna A4 (poster 1 page rm5)
(lukisan ilustrasi yang pelbagai untuk kalian ekspressi diri - boleh jadi ala poster, atau ala cover buku dll untuk tatapan dan difikirkan)
total 10 entri : berwarna
——————
Kategori Buku Cerita - berwarna (8 page x rm3 = rm24)
(Lapan muka surat cerita yang terus tamat dilukis secara ilustrasi penuh dengan teks yang ringkas)
total 2 Slot : berwarna
MAKLUMAN
*Bayaran akan direlease selepas majalah kita publish untuk bacaan umum okeh. Boleh ya.
Kita kumpul bahan utk 3 buah majalah dulu, kemudian baru publish. 👍 Limit 1 orang sertai 1 kategori. Orang yang sama boleh sertai kategori lain dalam edisi majalah sama. Contoh pilih Kategori ilustrasi Berwarna A4, hanya 1 entri. Kemudian hantar entri Komik Strip (berwarna) 1 utk 1 majalah, diperbolehkan. Boleh terus wasap Cikgu Qay untuk pertanyaan lanjut ya.
Mudah mudahan ini adalah platform selamat dan terbaik untuk anak-anak mahupun dewasa yg ingin kembangkan ilmu dan berkarya seiring redha Ilahi. Tak semestinya cerita pasal dakwah, banyak story2 yang kreatif kita boleh hasilkan tanpa perlu melanggar apa yang Allah telah hadkan kita hamba-hambaNya. All the best semua!
Itu sahaja seringkasnya kali ini. Selamat pagi selamat petang selamat malam semua Assalamualaikum wbt.
🤲🌷🌸❤️👍
.
Jemput hubungi sekiranya mahukan bimbingan kami. Mari WhatsApp Pn Qay : www.wasap.my/60199368133/kelasmelukisdigitalprocreate
Channel Telegram:
Jemput Search ‘Kelas Melukis Digital app Procreate’ di telegram ok.
TQ sudi follow. Kalian memang the best lah.
Blogspot kami juga ya : http://kelasmelukisdigitalprocreate.blogspot.com utk lihat kompilasi testimoni yg ada dll ya. Terima kasih
#kelasprocreatemalaysia
#kelasmelukisdigital
#melukisdiipad
#procreateclass
#digitaldrawingclass
#qnkartstudio
#supportlocal
No comments:
Post a Comment