16hb Jan 2026, jumaat
Kelas Melukis Digital app Procreate
Q&K Art Studio
Q&K Ruqaiyah N Maski Resources
(IP0590910-M)
Kelas Online dari Cyberjaya
Sesi Petang
PDASS 1 jam
5pm - 6pm : Aisyah (9)
6pm - 7pm : Zahraa (13)
dari Kelantan
Sesi Malam
8pm - 9pm
Personal Coaching : Animasi 2D
Maya (8)
dari Jasin, Melaka
PS: Untuk lihat attachment berbentuk video/ pdf semasa kelas dan/atau hasil animasi/komik/buku cerita peserta,
boleh ke Telegram Channel atau FB kami dan cari tarikh post yang dimahukan. Terima kasih.
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Assalamualaikum wbt
Salam semua! Didoakan sihat dan hidup kita berbahagia semua ya guys alhamdulillah, syukur segala nikmat dan kemudahan dariNya. Bagi mereka yang diuji kesihatan mari kita sama sama minta kesembuhan dan kembali diberikan peluang utk baiki diri agar menjadi orang yang lebih baik dari sebelum ini.
Bagi sesiapa diuji ketidakcukupkan moga Allah memberi kita peluang bertaubat dan istighfar. Dengan usaha kita itu moga Allah memulih kehidupan kita kearah yang lebih Dia redhai, dan memelihara kita dari belenggu dunia yang tidak berkesudahan ini. aamin
Baik tanpa buang masa kita share feedback cikgu hari ini ya.
——
Alhamdulillah hari ini cikgu mula berikan tugasan baru buat adik Aisyah iaitu cikgu ajarkan cara melukis dengan menggunakan teknik gabungan elemen dari objek, haiwan & manusia.
Melalui elemen ini adik Aisyah dapat menghasilkan karakter yg lebih berani & unik.
Adik Zahraa pula cikgu mula berikan task berkenaan dengan doodle. Utk task doodle penting utk kita fikirkan tema agar dapat kita hasilkan bersesuaian lukisan. Adik Zahraa telah mengabungkan doodlenya dgn pelbagai elemen yg menarik.
InsyaAllah di kelas akan datang kita akan sambung task masing-masing ini ya. Terbaik buat adik Zahraa & Aisyah 🤩👍🎉✨
——
Alhamdulillah hari ini adik Maya sudah melengkapkan lukisan latarbelakang dgn baik sekali. Warna & shadow pada lukisan background juga sgt kemas.
Selepas siapkan background, adik Maya sudah mula menganimasikan watak yg sudah dilukisnya. Teknik animasi kali ini cikgu ajarkan agar menjaga susunan di layer lukisan agar animasi dapat dihasilkan dgn smooth.
InsyaAllah di kelas akan datang kami akan bersama-sama siapkan task animasi ini. Terbaik buat adik Maya🎉✨🤩👍
.
Jom Selawat, Allahumma solli ala saidina Muhammad, wa ala ali Muhammad
Reshare : Projek e-majalah kita still on ya, its ok hantar lambat, janji kalian tepati tarikh submit yg kalian targetkan. Mudah mudahan usaha kecil ini menjadi permulaan untuk suatu yg besar dan bermakna aamin. Buat yang telah mendaftar, terima kasih banyak sudi memberi kepercayaan kepada kami. Didoakan kita semua sama-sama diberikan kesihatan yang baik selalu dan dicukupkan segala keperluan serta dimakbulkan doa-doa aamin aamin.
Selamat malam guys. Assalamualaikum wbt
🤲🌷🌸❤️👍
.
Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :
www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital
Channel Telegram:
https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate
#kelasprocreatemalaysia
#kelasmelukisdigital
#melukisdiipad
#procreateclass
#digitaldrawingclass
#qnkartstudio
#supportlocal
No comments:
Post a Comment