11hb Jan 2026, Ahad
Kelas Melukis Digital app Procreate
Q&K Art Studio
Q&K Ruqaiyah N Maski Resources
(IP0590910-M)
Kelas Fizikal di Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor
Sesi Pagi
10am - 12pm
PDASS 2 jam - Nadia (16), Aisyah Hana (14)
PDASS 1 jam - Rizq (12)
C1 : Advance Draw - Zara Imani (12)
PS: Untuk lihat attachment berbentuk video/ pdf semasa kelas dan/atau hasil animasi/komik/buku cerita peserta,
boleh ke Telegram Channel atau FB kami dan cari tarikh post yang dimahukan. Terima kasih.
Kelas Fizikal Hometutor di Jalan Duta, Kuala Lumpur
Sesi Tengahari
2.40pm - 4.40pm
Personal Coaching : Buku Cerita Digital
Nurin (14), Nadia (12) & Don (9)
Kelas Online dari Cyberjaya
Sesi Malam
8.30pm - 9.30pm
PDASS 1 jam
Fatima (9)
dari Kuala Lumpur
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Assalamualaikum wbt
Semua sihat? Ready utk sekolah esok? Moga semua urusan berjalan lancar, buat yang telah jalani sesi pertama hari ini bagi peserta Johor, Kedah, Kelantan, dan Terengganu. Esok negeri2 kumpulan B pula huhuhu. Biasalah tu kalau ada anak yang tak berapa nak excited masuk sekolah, kita parents pun pernah jadi budak2 hihihi. Apa-apa moga sihatlah semua ya dan kami doakan moga Allah cukupkan segala keperluan kalian aamin.
Baik hari ni kita ada 8 peserta kesemuanya. Kelas fizikal di cyber 4 orang, hometutor 3 beradik dan online malam ini seorang. Tak mampu nak share semua feedback khas mereka di sini sebab ramai sgt huhu. Jadi macam biasa kita share overall. Tahniah buat yang hadir dan syukur semua sihat sihat dan sentiasa bersemangat hadiri kelas ini. Masing2 telah berikan karya terbaik mereka sesuai kemampuan dan kesungguhan yang dicurahkan.
As parents, jangan sekali kali kita bandingkan dan merendahkan hasil karya anak2 kerana ketahuilah kita dicipta masing2 ada ‘hebat’ kita yang tersendiri. Mungkin di kelas ini hanya medium untuk kita cungkil apa minat mereka, apa sebenarnya ‘core’ mereka. Jangan jemu memberi peluang anak2 mencuba perkara baru janji baik untuk perkembangan mereka. InsyaAllah, doa dan usaha serta istikharahlah yang terbaik utk kita tahu apa jalan terbaik Allah tetapkan buat anak2 ini.
Dan usahlah pula kita memandang rendah pada karya anak-anak lain sedangkan mereka masih di fasa belajar, tanpa kenal abc, masakan boleh menulisnya dengan baik, belajar bunyinya, belajar membuat ayat, malah mengarang sebuah cerita. Semuanya ada step by step. Bersihkan hati, tukar sudut pandang kita kepada mata seekor lebah, mencari yang baik, yang manis. Janganlah bermata lalat, lihat dan minat yang buruk, busuk dan rosak sahaja.
Ingat lagi projek e-majalah kita? Lupa? Ala tak mengapa. Buat yang baru dan yang mahu refresh balik tentangnya meh saya kongsi semula ya.
.
RESHARE
Jadi kami di Q&K Art Studio merancangkan sebuah e-majalah (komik dan lukisan) secara bulanan.
(utk sebuah majalah - kita sediakan bayaran penyemangat ya! Moga akan datang kita boleh kongsi rezeki lebih lagi, doakan ya!)
Kategori Komik Strip -
(cerita sempoi dalam 1 muka dalam 4 kotak/ 8 kotak)
hitam putih (upah rm2)/ berwarna (upah rm4) (1 page)
total 4 slot
2 slot : hitam putih
2 slot : berwarna
——————
Kategori Komik Bersiri - 9 page termasuk cover
(Hasilkan komik yang bersambungan di majalah berikutnya sehingga cerita selesai)
total 10 slot
8 slot : + hitam putih (upah rm2x9=rm18)
2 slot : + bewarna (upah rm4x9=rm32)
——————
Kategori Komik One-shot - berwarna (4 page x rm4 = rm16)
(Komik yang diceritakan dan tamat terus dalam 4 muka surat shj)
total 2 slot : berwarna shj
——————
Kategori Ilustrasi Berwarna A4 (poster 1 page rm5)
(lukisan ilustrasi yang pelbagai untuk kalian ekspressi diri - boleh jadi ala poster, atau ala cover buku dll untuk tatapan dan difikirkan)
total 10 entri : berwarna
——————
Kategori Buku Cerita - berwarna (8 page x rm3 = rm24)
(Lapan muka surat cerita yang terus tamat dilukis secara ilustrasi penuh dengan teks yang ringkas)
total 2 Slot : berwarna
MAKLUMAN
*Bayaran akan direlease selepas majalah kita publish untuk bacaan umum okeh. Boleh ya.
Kita kumpul bahan utk 3 buah majalah dulu, kemudian baru publish. 👍 Limit 1 orang sertai 1 kategori. Orang yang sama boleh sertai kategori lain dalam edisi majalah sama. Contoh pilih Kategori ilustrasi Berwarna A4, hanya 1 entri. Kemudian hantar entri Komik Strip (berwarna) 1 utk 1 majalah, diperbolehkan. Boleh terus wasap Cikgu Qay untuk pertanyaan lanjut ya.
Mudah mudahan ini adalah platform selamat dan terbaik untuk anak-anak mahupun dewasa yg ingin kembangkan ilmu dan berkarya seiring redha Ilahi. Tak semestinya cerita pasal dakwah, banyak story2 yang kreatif kita boleh hasilkan tanpa perlu melanggar apa yang Allah telah hadkan kita hamba-hambaNya. All the best semua!
Itu sahaja seringkasnya malam ini. Selamat malam semua Assalamualaikum wbt.
🤲🌷🌸❤️👍
.
Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :
www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital
Channel Telegram:
https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate
#kelasprocreatemalaysia
#kelasmelukisdigital
#melukisdiipad
#procreateclass
#digitaldrawingclass
#qnkartstudio
#supportlocal
No comments:
Post a Comment