7hb Dis 2025, Ahad
Kelas Melukis Digital app Procreate
Q&K Art Studio
Q&K Ruqaiyah N Maski Resources
(IP0590910-M)
Kelas Fizikal di Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor
Sesi Pagi
10am - 12pm
PDASS 2 jam - Harriz (12), Qaisara (10), Qalisya (6)
PDASS 1 jam - Rizq (11)
Sesi Malam
Kelas Online dari Cyberjaya
8pm - 10pm
PDASS 2 jam
Aisyah Hana (13)
dari Bintulu, Sarawak
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Assalamualaikum wbt
Syukur kehadrat ilahi hari ini Allah tetap berikan kita kesihatan walaupun kita masih lagi sedang berjuang perbaiki diri, perbaiki ibadah, buang tabiat buruk dan macam-macam lagilah cabaran kita bergelar insan ini. Ucapkan alhamdulillah kerana Allah masih sayangkan kita, beri kita makan minum, tempat tidur yang selamat dan selesa, dan disayangi keluarga tercinta. Alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah.
Its a struggle to do things we love, when we have tried hard enaugh but seems never got any result. jom doakan moga Allah berikan jalan keluar dari segala masalah, berikan kefahaman andai kita tak tahu apa punca yang menyebabkan kita usahakan itu tak berhasil. moga bila kita dah faham tu kita belajar baiki lagi, makin better dan lebih better. InsyaAllah aamin.
Oh untuk hari ini sesi fizikal kita ada 4 peserta dan online seorang. Kesemuanya peserta latihan bulanan, alhamdulillah everyone did their best, Awesome guys!
Marilah terus mencipta karya baru, enjoy the moment, kejarlah impian, luahkan segala yg terpendam. Agar tidak terbiar karya yang mereka hasilkan begitu sahaja, dan mana2 karya yang ada potensi, kita boleh kumpul dan terbitkan bersama untuk menjadi tatapan dan bacaan ramai.
Makanya wujud lah idea projek e-majalah kita. Mana tahu dengan karya itu kita mampu menyentuh hati mereka, mengubah hidup mereka secara langsung atau tak langsung. Marilah kita berkarya dengan niat mahu memberikan manfaat di dunia ini, demi akhirat yang baik aamin.
.
KONGSI SEMULA
Jadi buat yang belum tahu di e-majalah ini kita ada kategori berikut (utk sebuah majalah):- (kita dah ada bayaran penyemangat sekali ya! Doakan akan datang kita boleh kongsi rezeki lebih lagi, aamin!)
Kategori Komik Strip -
(cerita sempoi dalam 1 muka dalam 4 kotak/ 8 kotak)
hitam putih (upah rm2)/ berwarna (upah rm4) (1 page)
total 4 slot
2 slot : hitam putih
2 slot : berwarna
——————
Kategori Komik Bersiri - 9 page termasuk cover
(Hasilkan komik yang bersambungan di majalah berikutnya sehingga cerita selesai)
total 10 slot
8 slot : + hitam putih
2 slot : + bewarna
——————
Kategori Komik One-shot - berwarna (4 page x rm4 = rm16)
(Komik yang diceritakan dan tamat terus dalam 4 muka surat shj)
total 2 slot : berwarna shj
——————
Kategori Ilustrasi Berwarna A4 (poster 1 page rm5)
(lukisan ilustrasi yang pelbagai untuk kalian ekspressi diri - boleh jadi ala poster, atau ala cover buku dll untuk tatapan dan difikirkan)
total 10 entri : berwarna
——————
Kategori Buku Cerita - berwarna (8 page x rm3 = rm24)
(Lapan muka surat cerita yang terus tamat dilukis secara ilustrasi penuh dengan teks yang ringkas)
total 2 Slot : berwarna
MAKLUMAN
*Bayaran akan direlease selepas majalah kita publish untuk bacaan umum okeh. Boleh ya.
Kita kumpul bahan utk 3 buah majalah dulu, kemudian baru publish. 👍 Limit 1 orang sertai 1 kategori. Orang yang sama boleh sertai kategori lain dalam edisi majalah sama. Contoh pilih Kategori ilustrasi Berwarna A4, hanya 1 entri. Kemudian hantar entri Komik Strip (berwarna) 1 utk 1 majalah, diperbolehkan. Boleh terus wasap Cikgu Qay untuk pertanyaan lanjut ya.
Mudah mudahan ini adalah platform selamat dan terbaik untuk anak-anak mahupun dewasa yg ingin kembangkan ilmu dan berkarya seiring redha Ilahi. Tak semestinya cerita pasal dakwah, banyak story2 yang kreatif kita boleh hasilkan tanpa perlu melanggar apa yang Allah telah hadkan kita hamba-hambaNya. All the best semua!
Itu sahaja seringkasnya malam ini. Selamat malam semua Assalamualaikum wbt.
🤲🌷🌸❤️👍
.
Jemput hubungi sekiranya mahukan bimbingan kami. Mari WhatsApp Pn Qay : www.wasap.my/60199368133/kelasmelukisdigitalprocreate
Channel Telegram:
Jemput Search ‘Kelas Melukis Digital app Procreate’ di telegram ok.
TQ sudi follow. Kalian memang the best lah.
Blogspot kami juga ya : http://kelasmelukisdigitalprocreate.blogspot.com utk lihat kompilasi testimoni yg ada dll ya. Terima kasih
#kelasprocreatemalaysia
#kelasmelukisdigital
#melukisdiipad
#procreateclass
#digitaldrawingclass
#qnkartstudio
#supportlocal









No comments:
Post a Comment