Mari kenali kami

Friday, December 5, 2025

Blog 5hb Dis 2025 (jumaat)

5hb Dis 2025, jumaat

Kelas Melukis Digital app Procreate

Q&K Art Studio

Q&K Ruqaiyah N Maski Resources

(IP0590910-M)


Kelas Online dari Cyberjaya


Sesi Pagi

PDASS 1 jam 

9am - 10.00am - Aisyah (8)

10.00am - 11.00am - Zahraa (12)
dari Kota Bharu, Kelantan












Sesi Malam

8pm - 10pm

C1 : Advance Draw

Ayatul Husna (12)

dari Melaka










Bismillah Ar Rahman Ar Rahim


Assalamualaikum wbt 


Alhamdulillah untuk nikmat perjalanan pada hari jumaat ini! Tidak dilupa kita doakan kepada semua kenalan dan saudara islam kita yang masih berjuang sehari hari di tanah air mereka. Juga di Malaysia sendiri ujian banjir dan pelbagai lagi cabaran hidup yang ditetapkan Allah ia hadir.


Maka itu doakan moga difahamkan hikmah pada bebanan ujian yang dipikul, agar itu hati kita mudah tenang, redha dan berlapang dada dengan masalah dunia nan sementara ini. Kerana hanya Allah sahaja tahu apa yg terbaik buat kita. Moga diberikan kekuatan dan dimakbulkan doa doa ya aamin.


Alright guys untuk hari ini berikut adalah feedback cikgu maski ya.


——


Alhamdulillah hari ini adik Aisyah berjaya siapkan task melukis lukisan anime nya. Task ini dapat mengasah skill melukis ketahap yg lebih baik. Dengan rujukkan yg betul cikgu percaya adik Aisyah dpt kembangkan teknik2 lukis seperti sketch, tracing & warna.


Buat adik Zahraa pula, hari ini adik Zahraa telah siapkan wataknya yg ke-4. Watak ke-4 kali ini adik Zahraa melukis watak haiwan. Dan dengan masa berbaki tadi kami bersama-sama mula tracing lukisan2 watak yg sudah siap.

InsyaAllah di sesi akan datang kami akan mula warna ya.


Terbaik buat adik Zahraa & adik Aisyah hari iniπŸ‘πŸ€©πŸŽ‰πŸ‘πŸ»


——


Hari ini adalah kelas advance pertama adik Husna dalam topik karakter. Alhamdulillah hari ini banyak teknik2 yg diajarkan pada adik Husna untuk perkemaskan lagi teknik melukis karakter.


Cikgu memberikan tema utk melukis karakter ini & adik Husna telah memilih tema detektif. Karakter yg dilukisnya bagus hanya perlu selalu guna tools yg akan memudahkan proses mencipta karakter. 


Idea adik Husna juga kreatif & cikgu bantu untuk tune bagi kemas lagi agar karakter yg dihasilkan lebih firm & solid. InsyaAllah kelas akan dtg kita akan buat pose lain, ekspresi wajah & poster karakter ya. Terbaik buat adik Husna hari iniπŸ€©πŸ‘πŸ»πŸ‘πŸŽ‰✨

.

Jom Zikir, Bismillahilllazi laa yadhurru ma’as mihi, syai un fil ard dhi, wala fissama ‘i wahuwas sami’un alim.


Reshare : Projek e-majalah kita still on ya, its ok hantar lambat, janji kalian tepati tarikh submit yg kalian targetkan. Mudah mudahan usaha kecil ini menjadi permulaan untuk suatu yg besar dan bermakna aamin. Buat yang telah mendaftar, terima kasih banyak sudi memberi kepercayaan kepada kami. Didoakan kita semua sama-sama diberikan kesihatan yang baik selalu dan dicukupkan segala keperluan serta dimakbulkan doa-doa aamin aamin. 


Selamat malam guys. Assalamualaikum wbt


🀲🌷🌸❤️πŸ‘

.


Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay : 

www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital


Channel Telegram: 

https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate


#kelasprocreatemalaysia

#kelasmelukisdigital

#melukisdiipad

#procreateclass 

#digitaldrawingclass

#qnkartstudio

#supportlocal

No comments:

Post a Comment

Blog 13hb Mac 2026 (jumaat)

13hb Mac 2026, jumaat Kelas Melukis Digital app Procreate Q&K Art Studio Q&K Ruqaiyah N Maski Resources (IP0590910-M) Kelas Fi...