Mari kenali kami

Tuesday, December 23, 2025

Blog 23hb dis 2025 (selasa)

23hb Dis 2025, Selasa

Kelas Melukis Digital app Procreate

Q&K Art Studio

Q&K Ruqaiyah N Maski Resources

(IP0590910-M)


Sesi Pagi

10am - 12pm

Kelas Fizikal di Tamarind Square, Cyberjaya, Selangor

B2 : Basic Production (comic & animation)  - Marissa (12)

C2 : Advance Production - Maghfirah (9)







PS: Untuk lihat attachment berbentuk video/ pdf semasa kelas dan/atau hasil animasi/komik/buku cerita peserta, 

boleh ke Telegram Channel atau FB kami dan cari tarikh post yang dimahukan. Terima kasih.




Sesi Malam

Kelas Online dari Cyberjaya

8.30pm - 10.30pm

C1 : Advance Draw

Ammar (10) & Amal Khadijah (9)

dari Penang













Bismillah Ar Rahman Ar Rahim


Salam selasa semua. Kesihatan diri masih naik turun, tapi kami tetap doakan kalian semua sentiasa dalam bahagia dan ceria semua aamin. Hari ini kita ada 2 sesi. Fizikal bersama 2 beradik, dan Online juga bersama 2 beradik. huhu Oh ya, kami ingin mengucapkan tahniah kepada adik Maghfirah kerana berjaya menamatkan sesi 5F nya. Terbaik dan sangat membanggakan. Alhamdulillah.


Baik tanpa lengahkan masa, berikut feedback cikgu untuk mereka semua.


——


Syukur alhamdulillah, berakhir sudah sesi pembelajaran full course adik Maghfirah bersama cikgu tadi. Seperti biasa, setiap task adik Maghfirah akan buat yg terbaik & adik Maghfirah sgt kreatif dalam menghasilkan setiap karya. Cikgu amat kagum kerana setiap kelas adik Maghfirah sgt fokus & dapat siapkan task yg diberikan cikgu. Hasil animasi tadi pun amat kemas & comel.Terbaik adik Maghfirah 🎊✨👍😊🎉🎉🎉


Buat adik Marissa pula, hari ini adalah topik asas melukis komik & asas animasi.

Adik Marissa ada kelebihan dari segi kematangan stroke/style lukisannya walaupun amat bersahaja dalam penghasilan setiap lukisan.


Setiap watak komik dihasilkan dengan pelbagai ciri unik & ceritanya juga sgt naive. Hasil animasi hari ini juga amat baik & kemas. Terbaik buat adik Marissa ya👏🏻👍🎉✨🤲Jumpa pula di sesi kelas advance ya.



Alhamdulillah malam ini masing-masing telah masuk topik Kelas advance yg pertama. Adik Ammar memilih topik animasi & adik Khadijah pula topik komik.


Di sesi ini cikgu ajarkan teknik-teknik yg lebih mendalam dari kelas sebelum ini. Terus terang adik Ammar & Khadijah sgt terbaik hari ini kerana dapat hasilkan artwork yg kemas & memuaskan.


Adik Ammar diberikan tema ghost & melukis background yg sesuai utk animasi nya nanti. Adik Khadijah pula diberikan tema tentang budak yg bangun lewat ke sekolah, dan sesi ini adik Khadijah belajar masukkan teks pada komiknya.


InsyaAllah di sesi akan datang masing-masing akan menyambung task yg diberikan. Kali ini cikgu mahu melihat idea adik Ammar & Khadijah ya. Terbaik buat semua hari ini✨👍🤩👏🏻🎉



Syukur syukur ya Allah untuk hari ini. Allahumma solli ala saidina Muhammad, Wa’ala alihi wasohbihi wabarik wasallim. Tamat perkongsian untuk hari di KMDP. Marilah kita berehat. Rabu Khamis cikgu cuti huhu. Selamat malam semua, Assalamualaikum wbt.


🤲😍🌷👍

.


Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay : 

www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital


Channel Telegram: 

https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate


#kelasprocreatemalaysia

#kelasmelukisdigital

#melukisdiipad

#procreateclass 

#digitaldrawingclass

#qnkartstudio

#supportlocal

No comments:

Post a Comment

Blog 13hb Mac 2026 (jumaat)

13hb Mac 2026, jumaat Kelas Melukis Digital app Procreate Q&K Art Studio Q&K Ruqaiyah N Maski Resources (IP0590910-M) Kelas Fi...