Kelas Melukis Digital app Procreate
Q&K Art Studio
Q&K Ruqaiyah N Maski Resources
(IP0590910-M)
Sesi Malam
8pm - 9pm
Personal Coaching : Buku Cerita Digital
Aiman (13)
dari Kuala Kangsar, Perak
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Salam sabtu semua. moga sihat semua hari ini dan dipermudahkan segala urusan. Hari ini tiada sesi fizikal kerana cikgu ada event famili yang penting. Jadi sesi malam sahaja kita adakan kelas. Alhamdulillah semua berjalan lancar. Syukur. Baik kita terus kongsikan feedback cikgu ya.
Alhamdulillah setelah lama tak belajar bersama adik Aiman akhirnya di rezekikan untuk berjumpa semula di sesi kelas melukis buku cerita digital ini.
Walaupun jarang gunakan app procreate ini adik Aiman dapat ingat dengan baik fungsi2 penting tools procreate. Sebelum mula melukis, adik Aiman & cikgu bersama-sama membincangkan jalan cerita apa yg sesuai dilukis & akhirnya adik Aiman memilih tema hero utk cerita kali ini.
Adik Aiman dapat melukis dengan baik, teknik2 nya juga betul sehingga dapat hasilkan karakter utama beserta 3 ekspresi wajah karakternya. InsyaAllah di kelas akan datang kami akan bersama-sama mendesign pula tajuk buku yg sesuai sebelum mula melukis cerita ini.
Terbaik buat adik Aiman hari iniπ✨ππ»π
Itu sahaja dari KMDP esok pula insyaAllah kelas fizikal dijalankan seperti biasa. Moga semua peserta sihat dan dapat hadir dengan semangat melukis ya hehe. Selamat malam, assalamualaikum.
π€²π·πΈ❤️π
.
Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :
www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital
Channel Telegram:
https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate
#kelasprocreatemalaysia
#kelasmelukisdigital
#melukisdiipad
#procreateclass
#digitaldrawingclass
#qnkartstudio
#supportlocal
No comments:
Post a Comment