16hb Dis 2025, Selasa
Kelas Melukis Digital app Procreate
Q&K Art Studio
Q&K Ruqaiyah N Maski Resources
(IP0590910-M)
Kelas Online dari Cyberjaya
Sesi Pagi
9am - 11am
B1 : Basic Draw (character & background)
Ammar (10) & Amal Khadijah (9)
dari Penang
Sesi Petang
5.30pm - 6.30pm
PDASS 1 jam
Rayyan (14)
Melaka
Sesi Malam
8pm - 9pm
PDASS 1 jam
Fatima (8 )
dari Kuala Lumpur
9pm - 10pm
PDASS 1 jam
Qaireen (12)
dari Rompin, Pahang
FB Post for pictures and video related to this post : https://www.facebook.com/share/v/1Pu6pe8fnG/
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Assalamualaikum wbt semua kenalan dan sahabat handai, didoakan moga dilancarkan urusan dan hari hari kalian dengan segala yang telah kita rancang, mudah mudahan Allah menjaga hati kita agar sentiasa tenang dan hidup penuh dengan kejujuran. Andai kata kita ada salah dan kita tidak tahu, moga Allah pertemukan kita orang2 yang baik yang dapat menasihati kita agar berubabah dan baiki diri menjadi seorang hamba Allah yang diredhai aamin.
Ok hari ini kita santuni 5 peserta dari 4 buah negeri yang berbeza. Penang, Melaka, KL dan Pahang. MasyaAllah syukur semua dapat hadiri kelas dengan penuh hormat dan baik budi pekerti. Inilah rezeki yang amat disyukuri para guru-guru mendapat anak murid yg baik.
Berikut feedback cikgu untuk mereka semua.
——
Alhamdulillah hari ini telah masuk kelas topik asas melukis komik & animasi. Komik yg diajarkan oleh cikgu adalah berkenaan dgn komik strip yg tiada dialog. Agak mencabar nk lukis komik seperti ini kerana tiada dialog & hanya bergantung pada lukisan utk menyampaikan cerita. Syukur adik Ammar & Khadijah mempunyai idea yg sgt baik & mudah difahami. Ada beberapa part yg cikgu bantu ‘tune’ sikit agar apa idea yg digambarkan mereka tu sampai.
Seterusnya cikgu juga ajarkan topik asas motion animasi. Dan kesemua artwork pd hari ini semuanya kemas & memuaskan. Untuk sesi kelas advance pula, adik Ammar & Khadijah boleh memilih salah satu topik utk belajar dgn lebih mendalam lagi ya. Boleh pilih sama ada mahu belajar karakter, background, komik atau animasi. Terbaik buat adik Ammar & adik Khadijah hari iniπππ»ππ€©✨π€² jumpa lagi nantiπ
——
Alhamdulillah tadi kami bersama-sama berjaya siapkan page pertama komik adik Rayyan lengkap berwarna & ada teks nya.
Pada muka surat ke-2 & seterusnya cikgu mendapati adik Rayyan tersalah sketch pd layer layout komik. Jika tersalah begini nanti ada kesukaran utk tracing & warna.
Dengan kesilapan begini adik Rayyan dapat tingkatkan lagi pengetahuannya dalam bab penggunaan layer. Nanti cikgu kongsikan susunan layer ya.
Terbaik buat adik Rayyan hari iniπ€©π✨
—
Alhamdulillah cikgu suka sangat melihat adik Fatima siapkan lukisannya pada kelas lalu sehingga ke proses warna. Hasil artwork adik Fatima kali ini sgt kemas & outstanding, ini mungkin kerana karakter-karakter yg dilukisnya pelbagai & unik.
Pada malam ini juga cikgu berikan task melukis tema pantai. Di pantai ini adik Fatima harus melukis 3 atau 5 situasi yg ada di pantai. Alhamdulillah adik Fatima sudah siapkan outline nya & insyaAllah pada kelas akan datang kami akan mula lakukan proses warna. Terbaik buat adik Fatima yaππ»✨ππ€²π€©
—
Malam ini cikgu bersama-sama sedang hasilkan lukisannya pada kelas poster berkaitan karakter komik masing-masing.
Pada permulaan lukisan, cikgu agak kagum adik Qaireen dapat buat solid figure, namun untuk langkah berjaga-jaga boleh mulakan sketch basic dahulu ya.
Kedua-dua karakter dapat dilakar dengan baik tadi & pada kelas akan datang kami akan mula buat proses clean-up sedikit, tracing & seterusnya warna. Terbaik buat adik Qaireen yaπ€©ππ»π€²π✨
—
Syukur syukur ya Allah untuk hari ini. Allahumma solli ala saidina Muhammad, Wa’ala alihi wasohbihi wabarik wasallim. Tamat perkongsian untuk hari di KMDP. Jom kita berehat. Rabu esok cikgu cuti huhu. Selamat malam semua, Assalamualaikum wbt.
π€²ππ·π
.
Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :
www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital
Channel Telegram:
https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate
#kelasprocreatemalaysia
#kelasmelukisdigital
#melukisdiipad
#procreateclass
#digitaldrawingclass
#qnkartstudio
#supportlocal




No comments:
Post a Comment