28 Nov 2025, jumaat
Kelas Melukis Digital app Procreate
Q&K Art Studio
Q&K Ruqaiyah N Maski Resources
(IP0590910-M)
Kelas Online dari Cyberjaya
Sesi Pagi
PDASS 1 jam
9am - 10.00am - Aisyah (8)
10.00am - 11.00am - Zahraa (12)
dari Kota Bharu, Kelantan
Sesi Malam
8.30pm - 9.30pm
PDASS 1 jam
Qaireen (12)
dari Rompin, Pahang
Bismillah Ar Rahman Ar Rahim
Assalamualaikum wbt
Sudah masuk jumaat hari ini! Didoakan moga semua dalam sihat sejahtera aamin. Kepada semua kenalan, sahabat handai, saudara mara yang diuji banjir, didoakan moga Allah kurniakan rezeki yang lebih baik atas harta yang tidak boleh dibaiki lagi.
Allah sahaja tahu apa yg terbaik buat kita, doakan moga difahamkan hikmah pada bebanan ujian yang dipikul, dengan itu hati kita mudah tenang, redha dan berlapang dada dengan masalah dunia nan sementara ini. Moga diberikan kekuatan dan dimakbulkan doa doa ya aamin.
Baik untuk hari ini berikut adalah feedback cikgu maski ya.
——
Hari ini adik Aisyah berjaya siapkan lukisan karakter yang berbeza pose & juga lukisan latarbelakang. Akhirnya tugasan ini melengkapkan lukisan poster adik Aisyah.
Seterusnya adik Aisyah diberikan tugasan melukis watak anime yg diminati.
Tugasan ini akan melatih diri untuk hasilkan sesuatu yang akan menjadi style melukis adik Aisyah sendiri.
Adik Zahraa pula bersama-sama cikgu sedang hasilkan watak yang ke-4. Selepas 2 watak dewasa dilukis, kali ini adik Zahraa memfokuskan utk melukis watak kanak-kanak pula.
Alhamdulillah watak yang dilukis amat comel & kemas sekali. Adik Zahraa ada kelebihan di bahagian garisan lukisan. Mmg sgt teliti.
Terbaik buat adik Zahraa & adik Aisyah hari ini yaπππ€©✨
——
Hari ini cikgu mahu melihat kreativiti adik Qaireen utk menyambung projek komik pendeknya di muka surat ke-2.
Kali ini cikgu mahu melihat pelbagai angle komik yg dilukis & kepelbagaian background pada komik. Adik Qaireen mempunyai idea yg amat menarik, hanya perlu improve dekat ‘body language’ karakter agar menjadi lebih menarik & ‘hidup’.
Di akhir kelas ada beberapa cadangan dari cikgu utk improve kan page ke-2 adik Qaireen. Overall, lukisan adik Qaireen kemas & terbaik. Terbaik buat adik Qaireenπππ€©✨
.
Jom Selawat, Allahumma Solli Ala Saidina Muhammad, Wa’ala Alihi Wasohbihi Wabarik Wasallim
Reshare : Projek e-majalah kita masih on ya, its ok hantar lambat, janji kalian tepati tarikh submit yg kalian targetkan. Mudah mudahan usaha kecil ini menjadi permulaan untuk suatu yg besar dan bermakna aamin. Buat yang telah mendaftar, terima kasih banyak sudi memberi kepercayaan kepada kami. Didoakan kita semua sama-sama diberikan kesihatan yang baik selalu dan dicukupkan segala keperluan serta dimakbulkan doa-doa aamin aamin.
Selamat malam guys. Assalamualaikum wbt
π€²π·πΈ❤️π
.
Mahu sertai sama kelas kreatif seperti ini? Mari WhatsApp Pn Qay :
www.wasap.my/60199368133/pembacablogminatlukisdigital
Channel Telegram:
https://t.me/kelasmelukisdigitalprocreate
#kelasprocreatemalaysia
#kelasmelukisdigital
#melukisdiipad
#procreateclass
#digitaldrawingclass
#qnkartstudio
#supportlocal
No comments:
Post a Comment